RODA PANAS 2 kini sudah pun memasuki episod yang keenam untuk musim tahun ini. Dalam lima epsiod lalu, RODA PANAS 2 telah menonjolkan pelbagai tema automotif berkaitan kereta dan motosikal seperti pacuan empat roda, kereta klasik, motosikal berkuasa tinggi serta tidak ketinggalam koleksi motosikal klasik.
Bagi episod minggu ini, MASKULIN yakin ramai yang tidak sabar untuk menantikan ia ditayangkan kerena tema untuk episod enam adalah drag dan drift.
Kedua-dua ‘disiplin’ sukan automotif ini cukup semakin popular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Ambil contoh sukan drift. Ia telah mula dipelopori dan dipopularkan oleh penggemar kereta di negara Jepun.
Kini ia telah menjadi fenomena yang sangat luar biasa hinggakan menjadi sebahagian daripada filem aksi Hollywood. RODA PANAS 2 menjemput seorang pakar iaitu Loyai bersama keretanya, Nissan S13 dan jemputan Helmy Khalid yang merupakan pemandu kereta drift.
Ads
Dalam segmen drift ini, hos Fizo Omar menemubual mereka tentang selok-belok sukan drift yang dilihat memerlukan skil sangat tinggi. Dalam masa yang sama Fizo turut merasai sendiri berada di dalam kereta drift yang sedang beraksi!
Ads
Manakala untuk segmen drag pula RODA PANAS 2 menampilkan seorang pelumba muda yang baru berusia 21 tahun, Syahin Danial. Hadir bersama kereta Daihatsu Charade yang diubah suai untuk perlumbaan drag, Daniel turut berkongsi pengalamannya berkecimpung sejak berusia 15 tahun lagi!
Ads
Buat anda yang meminati drift dan drag inilah episod RODA PANAS yang tidak harus anda lepaskan. Anda boleh menonton RODA PANAS 2 episod 6 pada Ahad, 20 Februari 2022 jam 6 petang di saluran Astri RIA dan platform Astro GO.
Tidak dinafikan salah satu jentera moden yang mampu membuatkan ramai terpegun dan terkesima melihatnya ialah Tesla Cybertruck!
Terbaru, Tesla Malaysia akhirnya membawa sensasi automotif terbaru, Tesla Cybertruck, untuk tatapan umum. Anda boleh menyaksikan sendiri Tesla Cybertruck di depan mata dengan mengunjungi Pusat Pengalaman Tesla yang terletak di Pavilion Damansara Heights.
MASKULIN difahamkan ia dibuka untuk umum bermula dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 17 Mei 2024.
Buat masa sekarang Tesla Malaysia belum memberikan butiran mengenai sejauh mana anda dapat mendekati Cybertruck ini, tetapi kemungkinan ada pengaturan kawalan orang ramai semasa waktu puncak. Walau bagaimanapun, anda bebas untuk mengunjunginya berulang kali dalam beberapa minggu akan datang.
SELURUH NEGARA
Tambahan pula, menurut wakil Tesla Malaysia, Cybertruck dipamerkan akan dipamerkan di Malaysia untuk beberapa bulan akan datang.
Walaupun masih belum jelas di mana lagi kenderaan elektrik yang gagah ini akan dipamerkan seterusnya, nyata sekali ini bukanlah satu-satunya perhentian dalam jelajah pameran mereka di seluruh negara.
Bagi anda yang bertanya-tanya, walaupun Cybertruck sudah terpampang di Pavilion Damansara Heights, ini tidak bermakna anda sudah boleh membuat pesanan untuk trak futuristik ini di Malaysia.
Buat masa ini, Cybertruck hanya dibuat dengan konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD), dan belum ada pengumuman dari Tesla mengenai kemungkinan pengeluaran versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk melihat dengan mata kepala sendiri keajaiban teknologi Tesla!
Berikut MASKULIN kongsikan 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang jentera hebat ini!
Ketahanan Tetingkap Dipertikaikan
Salah satu momen yang paling terkenal dalam pelancaran Cybertruck ialah apabila tingkapnya, yang diklaim sebagai ‘Armor Glass’, pecah semasa demonstrasi.
Walaupun ini mungkin kelihatan sebagai kegagalan, ia sebenarnya menunjukkan tahap eksperimenasi dan inovasi yang Tesla berani ambil. Glass tersebut dirancang untuk tahan terhadap benturan yang ekstrem, walaupun masih memerlukan beberapa penambahbaikan.
Reka Bentuk Mencetus Kontroversi
Bentuk Cybertruck yang geometri dan tidak konvensional merupakan satu daripada ciri paling berbeza trak ini. Reka bentuk ini bukan sahaja estetik, tetapi juga fungsional, memaksimumkan kekuatan dan kestabilan kenderaan.
Ini adalah pendekatan yang berbeza dari kebanyakan kenderaan di pasaran, dan ia telah memecah pendapat di kalangan pengguna dan pemerhati industri.
Walaupun banyak perhatian diberikan kepada rupa dan teknologi Cybertruck, keupayaannya dalam laluan off-road adalah luar biasa.
Ia dilengkapi dengan sistem penggerak semua roda (all-wheel drive) dan suspensi yang boleh laras, membolehkan ia mengatasi pelbagai jenis medan dengan mudah. Ini menjadikannya bukan hanya trak kerja tetapi juga kenderaan petualang.
Pilihan Kustomisasi Pelbagai
Tesla telah menunjukkan bahwa mereka merancang untuk menawarkan Cybertruck dalam beberapa konfigurasi berbeza.
Ini termasuk pilihan motor tunggal, dua motor, dan tiga motor, yang akan mempengaruhi bukan sahaja harga tetapi juga prestasi, jarak pandu, dan keupayaan towing. Ini membolehkan pembeli untuk menyesuaikan Cybertruck mengikut keperluan dan keinginan mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kereta yang terkandas di tepi jalan boleh menjadi situasi yang sangat mencemaskan, terutamanya jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat cara untuk mendapatkan khidmat towing (tunda) secara percuma. Kita tak perlu pun keluarkan duit untuk menggunakan perkhidmatan towing ini. Ada saja yang percuma dan cara tersebut dikongsi oleh Farhan.com melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya sekiranya kereta rosak di tengah jalan berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan khidmat towing percuma.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi langkah selamat yang perlu dilakukan sementara menunggu lori towing tiba.
Kereta rosak tengah jalan, ini cara panggil towing percuma
1. Berhenti di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan bonet belakang. Letak juga segi tiga kecemasan di belakang kereta .
2. Kemudian lihat bahagian belakang road tax, ambil nombor telefon insuran yang tertera.
3. Cari tempat yang selamat dan hubungi nombor telefon insuran tadi. Mereka akan bertanya bebeberapa soalan sebelum menghantar lori towing dan ervis ini adalah percuma.
Tambah Farhan lagi semasa menunggu lori towing pastikan kita tidak duduk di dalam, di depan atau di belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan. Ia untuk mengelakkan risiko dirempuh oleh kenderaan lain. Sebaiknya cari tempat selamat jauh sedikit dari kereta untuk menunggu.
Sebelum ini, ramai yang bertanyakan kepada Sinar Turbo tentang kehadiran model Yamaha NVX Edisi GP. Bagi memenuhi permintaan peminat grafik berkenaan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini memperkenalkan model tersebut ke pasaran tempatan.
Buat mereka yang berminat dengan NVX Edisi GP dengan warna dan grafik baharu itu, anda hanya perlu menambah RM600 berbanding versi biasa yang ditawarkan pada harga cadangan RM10, 500 seunit.
Menurut HLYM, model tersebut akan berada di pasaran bermula minggu depan.
Untuk makluman, NVX 155 dilengkapi enjin bersesaran 155cc SOHC , 4-lejang yang dipadukan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan sistem penyejukan cecair. Teknologi VVA itu mampu meningkatkan tindak balas enjin sehinggakan motosikal mampu memecut secara maksimum ketika pada kelajuan rendah hingga tinggi. Paling penting, skuter itu dilengkapi teknologi Blue Core.
Selain itu, model berkenaan dilengkapi dengan sistem ABS, sistem kunci pintar (keyless), sistem stop dan start, sistem penjana motor pintar dan ciri answer back yang memudahkan pemilik mengesan motosikal di kawasan parkir. Dengan hanya menekan butang pada kunci pintar anda akan mendengar bunyi beep sekiranya berada berhampiran dengan motosikal.
Model skuter supersport Yamaha itu juga didatangkan dengan skrin besar digital sepenuhnya yang memudahkan penunggang melihat informasi seperti speedometer, odometer, baki minyak, takometer dan lain-lain.
Reviu skuter Supersport Yamaha NVX 155Dengar ada yang sakit hati sebab stok warna biru model NVX 155 di pasaran tak banyak. Sampai kena tunggu dua bulan. Betoika? ish..ish tak patut HLYM. Dah tahu warna tu orang suka, keluarkan la banyak sikit. Nah…korang tatapla dulu video review ringkas Sinar Turbo tentang NVX 155. Sebulan peram tak sempat nak edit. Model tunggang uji warna biru (saja bagitahu nak bakar line), mana-mana yang tengah tunggu nak dapatkan color biru tu bertabahla bro. Pssttt….jangan bagitahu abam JPJ admin pakai visor helmet gelap. Tak jumpa pulak visor lutsinar nak ganti masa shoot. Padahal alasan malu orang nampak muka…kahkahkah.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...