Pejam celik, pejam celik kita sudah hampir memasuki episod kelima untuk program automotif paling gempak di Malaysia iaitu RODA PANAS 2.
Selepas episod minggu lalu menghidangkan paparan berkaitan motosikal berkuasa tinggi jenis cruiser dan mewah, episod kali ini pula membawakan anda kembali ‘throwback’ yang penuh sentimental.
Menurut definisi umum motosikal klasik ialah kategori motosikal lama yang usianya sudah mencecah 25 tahun ke atas dan masih mengekalkan ‘rupa parasnya’ sama sejak ia dikeluarkan.
Di negara kita sendiri segmen peminat motosikal klasik sebenarnya cukup popular. Sama ada motosikal keluaran dari Jepun atau Amerika Syarikat, kedua-duanya memiliki kelompok peminat dan pengumpul yang bukanlah calang-calang.
Ads
Dengan semangat mengimbau memori lalu serta menghargai teknologi automotif permotoran hebat suatu ketika dahulu, RODA PANAS 2 membawakan dua tetamu bersama dua motosikal klasik yang kini dianggap ikon dalam kategorinya masing-masing.
Ads
Pada episod minggu ini, RODA PANAS 2 menjemput dua orang tetamu iaitu JD selaku expert bersama motosikal legenda, Harley Davidson WL dan juga Nizam bersama motosikal klasik buatan Jepun, Yamaha RD350 YPVS (1983).
Ads
Kedua-dua motosikal klasik dan rare ini mempunyai kehebatan serta kelebihan tersendiri. Tidak dinafikan juga ia juga kini menjadi rebutan ramai kerana cukup sukar mencari motosikal dalam kondisi baik seperti dimiliki mereka.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang motosikal gempak ini jangan lupa saksikan RODA PANAS 2 Episod 5 pada Ahad, 13 Februari 2022 jam 6 petang menerusi saluran Astro RIA dan platform Astro GO!
Dalam satu kereta, bilangan penumpang biasanya boleh mencapai 4 hingga ke 5 orang dan jika berlaku kemalangan, boleh dikatakan hampir semua akan menjadi mangsa.
Sehubungan itu amat penting bagi pemandu untuk berehat jika berjalan jauh. Paling kurang pun, tidurlah selama 20 minit tanpa sebarang gangguan.
Jika penumpang lain sudah nampak pemandu mulai menggosok-gosok mata dan menguap lebih 10 kali dalam masa 5 minit, anda harus cepat-cepat :
1. Minta tukar tempat duduk dengan pemandu
Bagi pemandu rehat dan anda gantikan untuk setengah perjalanan. Bergilir-gilir adalah bagus kerana fokus ketika memandu memang sangat memenatkan.
2. Minum kopi
Pemandu yang mengantuk boleh minum kopi untuk segarkan biji mata. Jangan paksa mata untuk terbuka kerana ia amat berbahaya.
3. Cuci muka
Minta pemandu berhenti di R&R dan cuci muka. Ini kerana dengan cuci muka boleh membuatkan pemandu terasa sejuk dan kembali fokus memandu.
Jangan biarkan pemandu tersengguk-sengguk dan menguap beberapa kali. Ini kerana itu adalah petanda yang sering disedari penumpang lain tetapi semuanya diam sahaja.
Banyakkan berborak dengan pemandu kerana jika suasana dalam kereta sunyi sepi, tidak mustahil pemandu boleh terlelap dan sepanjang Aidilfitri ini, elakkan kemalangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda memiliki kereta pastinya salah satu tanggungjawab yang tidak akan dapat lari ialah penjagaan servis dan komponen kereta yang perlu dipastikan baik.
Salah satu komponen kereta yang sangat penting bagi memastikan pemanduan lebih lancar dan selamat ialah tayar. Kebiasaannya setiap dua atau tiga tahun kita perlu menukar taya baharu – bergantung kepada jarak perjalanan dan corak pemanduan.
Ketika anda menukar tayar kereta yang baharu pernah tak anda perasan terdapat dua titik yang berwarna kuning dan merah di bahagian sisi tayar?
MASKULIN yakin ramai di antara anda pasti perasan akan kewujudan dua ‘dot’ berwarna merah dan kuning ini tapi tidak tahu apa maksudnya.
FAKTOR KESEIMBANGAN
Kebanyakan tayar yang dihasilkan di kilang dan dipasarkan didapati mempunyai dua titik besar atau ‘dot’ yang berwarna merah dan kuning. Ketika tayar dihasilkan kebanyakannya tidak mempunyai faktor keseimbangan atau balance yang baik.
Oleh sebab itu kebanyakan pengeluar tayar meletakkan ‘yellow dot’ dan ‘red dot’ dengan menggunakan cat pada bahagian sisi tayar. Jika tanda ini selari dengan poin tertentu pada tayar atau rim ia mampu mengurangkan yang diperlukan untuk imbangkan kereta.
Dalam erti kata lain ia berfungsi bagi membantu mendapatkan balancing yang sempurna. Secara tidak langsung membantu mekanik atau juru teknik tayar untuk melakukan proses balancing dengan mudah dan baik.
YELLOW DOT
Apabila tayar dihasilkan di kilang hampir semua tidak mempunyai keseimbangan yang baik. Oleh sebab itu kebanyakan pengeluar akan meletakkan titik kuning pada bahagian tayar yang mempunyai berat paling sedikit.
Apabila memasang tayar kita harus pastikan untuk menyusun titik kuning ini dengan batang injap kerana ini adalah titik paling berat roda. Dengan menjajarkan tempat paling ringan pada tayar dengan titik paling berat pada roda, imbangan tayar atau roda adalah hampir optimum.
Jadi, anda tidak akan menggunakan seberapa banyak pemberat di sekeliling roda untuk mengimbangi tayar dan roda. Berat yang lebih sedikit menjadikan roda lebih seimbang, yang kemudiannya bermakna perjalanan yang lebih senyap, lebih selesa dan tayar yang tahan lebih lama.
RED DOT
Dengan cara yang sama bahawa tayar tidak pernah seimbang dengan sempurna dari pengeluar, tayar juga tidak pernah bulat sempurna walaupun ia adalah tayar baharu. Tayar mempunyai titik tinggi dan rendah yang berlaku di mana tali pinggang bercantum dan titik ini boleh menyebabkan getaran apabila tayar bergolek.
Titik merah ini menunjukkan titik tinggi tayar. Selalunya roda juga akan mempunyai titik—sama ada titik gerudi atau pelekat untuk menunjukkan titik rendahnya; jika anda mempunyai tanda ini, anda harus menyelaraskan titik merah dengan tanda pada roda dan mengabaikan titik kuning. Dengan melakukan ini anda meminimumkan getaran yang disebabkan oleh titik tinggi tayar.
RED OVER YELLOW
Jika kedua-dua titik merah dan kuning kelihatan pada tayar anda dan anda tidak mempunyai sebarang titik atau tanda pada roda anda, merah diutamakan daripada kuning dan anda harus menyelaraskan titik merah dengan batang injap. Membatalkan titik tinggi lebih diutamakan daripada titik paling ringan tayar yang boleh ditangani dengan berat roda.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan pencerahan kepada anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Umum kita sudah tahu bahawa negara kerap berdepan dengan cuaca yang sangat panas. Malah cuaca panas ini boleh datang dan pergi lebih cepat daripada biskut.
Dan dalam cuaca panas begini amatlah penting untuk kita mempunyai penghawa dingin kereta yang berfungsi dengan baik.
Bayangkanlah anda memandu atau menjadi penumpang di dalam kenderaan pada jam 12 tengahari. Memang akan cukup menyeksakan dengan kepanasan melampau.
Penghawa dingin kereta anda sebenarnya mungkin tak rosak. Antara sebab mengapa ia tak sejuk adaah kerana filter sudah lama tak dibersihkan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
BUKA BAHAGIAN GLOVE BOX
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
CARI PENUTUP FILTER
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
PERIKSA KONDISI FILTER
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
GUNA SABUN
Kondisi sebelum dan selepas filter direndam dalam air sabun.
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
CUCI DENGAN BERUS
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
KERINGKAN
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.