Pada jam 8 pagi hari ini bermulanya tempoh permohonan kredit RM100 e-Madani, sebuah inisiatif diperkenalkan kerajaan untuk memperkasakan pembayaran tanpa tunai.
Para pemohon yang menepati syarat kelayakan boleh membuat permohonan sehingga tarikh tutup, iaitu jam 11.59 malam pada 20 Februari 2024.
Sudah pasti ramai rakyat Malaysia yang layak teruja untuk memohon dan sudah merancang perkara untuk memanfaatkan kredit bernilai RM100 itu.
Namun, tahukah anda ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan dengan kredit tersebut?
Memetik portal Manfaat, kredit eMadani boleh digunakan untuk semua perkara kecuali 10 perkara ini:
Anda tidak boleh menghantar atau menerima wang secara terus antara individu
Anda tidak boleh menukarkan kredit e-MADANI kepada wang tunai
Walaupun selama ini anda membayar bil utiliti menggunakan aplikasi e-dompet, penggunaan kredit e-Madani ini tidak boleh digunakan untuk tujuan berkenaan.
Sebarang bayaran fi yang berkaitan dengan kerajaan yang terhubung dengan aplikasi e-dompet juga tidak dibenarkan
Pembelian bil telekomunikasi, sama ada pascabayar atau prabayar, yang terintegrasi dengan aplikasi e-dompet juga tidak termasuk dalam manfaat kredit e-Madani.
Bagi pencinta games, anda boleh lupakan hasrat anda untuk membeli permainan menggunakan kredit e-Madani. Jika anda mahu beli juga, gunakan wang peribadi anda sahaja.
Sayangnya, kredit e-Madani tidak boleh digunakan untuk membayar tempat letak kereta
Jika anda ingin menambah nilai kad Touch N Go anda atau MyRFID untuk digunakan di plaza tol, pastikan anda menggunakan wang peribadi anda ya.
Sebarang aktiviti pelaburan yang terhubung dengan aplikasi e-dompet juga tidak dibenarkan
Jika anda suka membeli-belah secara atas talian, harap maaf kerana anda masih perlu menggunakan wang peribadi anda juga untuk melakukan perkara tersebut.
Apa-apa pun masih banyak perkara boleh dilakukan untuk memanfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan ini. Jadilah pengguna yang bijak untuk merancang apakah yang anda mahu lakukan dengan kredit bernilai RM100 itu.