Sekarang ini heboh sana-sini terutamanya di lama media sosial tentang filem terbaru daripada DC & Warner Bros. iaitu ‘Joker’. Karakter antagonis yang merupakan musuh utama adiwira Batman kini muncul dalam filem stand-alone tersendiri.

Minggu lalu sahaja filem ‘Joker’ yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix telah memecahkan box-office tayangan bulan Oktober di Amerika Syarikat dengan jumlah kutipan melebih USD90 juta.

RJ Watches Perkenalkan Jam Edisi Terhad ‘Joker’ Bernilai RM75 Ribu!

RJ Watches Perkenalkan Jam Edisi Terhad ‘Joker’ Bernilai RM75 Ribu!

IKLAN

Ternyata lakonan yang dibawakan oleh Joaquin telah memberikan impak cukup hebat seperti mana yang telah dilakukan oleh mendiang Heath Ledger menerusi ‘The Dark Knight’ dahulu.

BACA: SEIKO 5 Sports Kini Comeback Dengan Rekaam Jam Lebih Elegan

IKLAN

Populariti filem ini juga menyaksikan pelbagai barangan terkait karakter ini diperkenalkan. Antara yang paling menarik perhatian ialah jam tangan Joker buatan Swiss.

RJ Watches Perkenalkan Jam Edisi Terhad ‘Joker’ Bernilai RM75 Ribu!Dikeluarkan oleh RJ Watches, jam tangan mewah ini turut mengandungi sebanyak 57 permata, 3 strap boleh ubah dan ukiran Joker di bahaguan belakang. Jam tangan istimewa ini dikenali dengan nama ARRAW The Joker.

IKLAN

Ini bukanlah kali pertama pengeluar jam dari Swiss ini bekerjasama dengan Warner Bros. Sebelum ini juga mereka pernah mengeluarkan banyak koleksi edisi terhada jam tangan bertemakan Batman.

Jam tangan Joker edisi terhad ini dipasarkan pada harga USD17,900 (RM75135) dan bakal dipasarkan pada penghujugn bulan ini di Watches of Switzerland Soho, New York.

RJ Watches Perkenalkan Jam Edisi Terhad ‘Joker’ Bernilai RM75 Ribu!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI