Risiko Serangan Jantung Ketika Bermain Bola Sepak & Sukan, Bagaimana Ia Boleh Berlaku

Share

Dua hari lepas dunia bola sepak digemparkan dengan kejadian melibatkan pemain Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah di atas padang ketika pasukannya bertemu Finland di kejohanan EURO 2020.

Kejadian yang disaksikan oleh jutaan peminat bola sepak di dunia tersebut cukup menggemparkan dan perlawanan tersebut terpaksa dibatalka buat seketika. Selepas rebah pasukan paramedik segera memberikan rawatan seperti bantuan segera CPR dan juga menggunakan automoted external defibrillator (AED).

Foto: AP

Rawatan pantas pasukan perubatan tersebut serta tindakan pantas rakan sepasukannya dipercayai telah menyelamatkan nyawa Christian Eriksen. Menurut laporan terbaru, beliau kini telah sedar dan menerima rawatan susulan di hospital.

Kejadian itu benar-benar telah membuka mata kita semua akan risiko serangan jantung yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun seorang atlet profesional yang sentiasa aktif.

Foto: Getty Images

Bahkan kejadian seperti ini sebenarnya kian menjadi igauan buruk buat ramai golongan lelaki terutamanya yang berusia lewat 20-an sehingga ke 40-an.

Kita juga sering mendengar kes bagaimana lelaki muda berusia dalam linkungan 30-an rebah di atas gelanggang futsal atau di atas trek larian ketika sedang bermain atau berlari akibat serangan jantung.

Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku?

MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

Hasil ujian autopsi menunjukkan kebanyakan kematian golongan bersukan ini adalah disebabkan Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung yang menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.

Ada beberapa simptom saja yang menunjukkan jantung seseorang itu mempunyai masalah. Antaranya termasuklah:

  • Keletihan melampau.
  • Kaki bengkak.
  • Mengah ketika bernafas.
  • Dan sakit pada bahagian dada.

Jangan sesekali berasa bahawa anda masih muda lalu fikir tak perlu ambil serius tentang tahap kesihatan diri.

Kematian melibatkan ahli sukn profesional membuktikan, walaupun aktif bersukan dan berusia muda, ia tak bermaksud seseorang itu bebas daripada serangan mati mengejut seperti ini.

Untuk elak perkara ini berlaku ada beberapa langkah dan amalan hidup sihat boleh anda amalkan.

Kurangkan Pengambilan Fast Food

Memang susah untuk sesiapa berhenti mengambil makanan fast food. Semua iklan fast food menggiurkan orang, sekarang ini. Tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan pengambilannya ke tahap minima.

Lebihkan makanan seperti buah beri, brokoli, oatmeal, buah tembikai, buah epal dan paling mudah, switch minuman bergula kepada air kosong.

Tinggalkan Rokok, Vape Dan Yang Sewaktu Dengannya

Kes kematian mengejut banyak berkaitan dengan tabiat merokok. Bukan saja rokok menjadi punca kepada kanser, emphysema dan strok. Malah ia melemahkan kesihatan kardiovaskular. Itulah punca jantung tiba-tiba berhenti apabila seseorang bersukan lebih daripada kemampuan diri.

Berhenti merokok bukan saja menyihatkan malah duit pembelian rokok pun boleh dibuat belanja untuk barang yang lebih berfaedah.

Lakukan Pemeriksaan Doktor Secara Tetap

Jangan ingat ketika usia masih muda, korang tak perlu berjumpa doktor.

Tabiat melakukan check-up di klinik atau hospital sebenarnya memudahkan seseorang untuk memeriksa tahap terkini kesihatan mereka agar mereka sedar apakah aspek yang perlu diperbaiki.

Sekurang-kurangnya, lakukan appointment sebanyak 2 kali setahun alright.

Jangan Paksa Diri

Kalau dah terlalu penat tu, jangan pula nak push diri untuk bermain lagi. Contohnya emasa fun run – kalau sudah penat, berjalanlah sekejap. Bila perasan degupan jantung semakin laju daripada degupan normal, hentikan dulu aktiviti itu.

Jangan Pandai-Pandai Ambil Booster

‘Budak-budah gym’ mudah terdorong untuk mengambil suplemen booster demi melonjakkan stamina ke tahap yang lebih tinggi. Kadangkala terlalu tinggi sehingga melebihi limit badan sendiri. Ini juga antara punca masalah jantung.

Lebih baik korang rujuk dulu kepada ahli farmasi atau doktor sebelum membeli suplemen.

Relakskan diri

Ramai orang muda terutamanya lelaki menganggap aktiviti bersukan di gym dan di gelanggang adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan.

Selepas seharian di universiti atau tempat kerja, mereka ingin lepaskan lelah dan rasa stres dengan work out sehabis mungkin. Namun sebenarnya, cara terbaik untuk melepaskan lelah adalah dengan berehat.

Apabila tertekan, pelbagai reaksi kimia berlaku pada badan. Dengan berehat, badan dapat menyelaraskan kembali sel di dalam badan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim