Foto: nakaridore - www.freepik.com

Saban tahun kita pasti akan mendengar tentang tragedi sedih bagaimana seseorang yang kelihatan sihat dan umurnya masih muda meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan larian ataupun bersukan seperti bola sepak dan sebagainya.

Bahkan ia kini bagaimana satu musuh nombor satu buat mereka yang ingin melakukan aktviti senaman. Sebenarnya golongan paling berisiko ialah mereka yang kurang melakukan larian atau senaman secara rutin.

Jadi mereka berlari secara semberono tanpa memikirkan kemampuan heart rate (HR) yang sesuai. ‘Mengerah’ jantung untuk bekerja secara kuat secara tiba-tiba boleh mengundang bahaya.

Bila melakukannya secara mengejut dan mengerah jantung untuk bekerja keras, maka di sinilah risiko serangan boleh berlaku. MASKULIN sebelum ini ada kongsikan artikel bagaimana anda boleh lari dengan selamat dengan mengikuti lathan MAF. Anda boleh ikutinya di sini.

Risiko Serangan Jantung Ketika Berlari, Penting Untuk Tahu Kemampuan HR
Foto: ijeab – www.freepik.com

Berbalik kepada risiko serangan jantung ketika bersukan, terdapat beberapa punca mengapa ia boleh berlaku. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Kematian Akibat Masalah Jantung

Hasil ujian autopsi menunjukkan kebanyakan kematian golongan bersukan ini adalah disebabkan Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung yang menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.

Ada beberapa simptom saja yang menunjukkan jantung seseorang itu mempunyai masalah. Antaranya termasuklah:

  • Keletihan melampau.
  • Kaki bengkak.
  • Mengah ketika bernafas.
  • Dan sakit pada bahagian dada.

Jangan sesekali berasa bahawa anda masih muda lalu fikir tak perlu ambil serius tentang tahap kesihatan diri.

IKLAN

Kematian melibatkan ahli sukn profesional membuktikan, walaupun aktif bersukan dan berusia muda, ia tak bermaksud seseorang itu bebas daripada serangan mati mengejut seperti ini.

Untuk elak perkara ini berlaku ada beberapa langkah dan amalan hidup sihat boleh anda amalkan.

Kurangkan Pengambilan Fast Food

Memang susah untuk sesiapa berhenti mengambil makanan fast food. Semua iklan fast food menggiurkan orang, sekarang ini. Tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan pengambilannya ke tahap minima.

Lebihkan makanan seperti buah beri, brokoli, oatmeal, buah tembikai, buah epal dan paling mudah, switch minuman bergula kepada air kosong.

Tinggalkan Rokok, Vape Dan Yang Sewaktu Dengannya

Kes kematian mengejut banyak berkaitan dengan tabiat merokok. Bukan saja rokok menjadi punca kepada kanser, emphysema dan strok. Malah ia melemahkan kesihatan kardiovaskular. Itulah punca jantung tiba-tiba berhenti apabila seseorang bersukan lebih daripada kemampuan diri.

IKLAN

Berhenti merokok bukan saja menyihatkan malah duit pembelian rokok pun boleh dibuat belanja untuk barang yang lebih berfaedah.

Risiko Serangan Jantung Ketika Berlari, Penting Untuk Tahu Kemampuan HR
Foto: drobotdean – www.freepik.com

Lakukan Pemeriksaan Doktor Secara Tetap

Jangan ingat ketika usia masih muda, korang tak perlu berjumpa doktor.

Tabiat melakukan check-up di klinik atau hospital sebenarnya memudahkan seseorang untuk memeriksa tahap terkini kesihatan mereka agar mereka sedar apakah aspek yang perlu diperbaiki.

Sekurang-kurangnya, lakukan appointment sebanyak 2 kali setahun alright.

Jangan Paksa Diri

Kalau dah terlalu penat tu, jangan pula nak push diri untuk bermain lagi. Contohnya emasa fun run – kalau sudah penat, berjalanlah sekejap. Bila perasan degupan jantung semakin laju daripada degupan normal, hentikan dulu aktiviti itu.

IKLAN

Jangan Pandai-Pandai Ambil Booster

‘Budak-budah gym’ mudah terdorong untuk mengambil suplemen booster demi melonjakkan stamina ke tahap yang lebih tinggi. Kadangkala terlalu tinggi sehingga melebihi limit badan sendiri. Ini juga antara punca masalah jantung.

Lebih baik korang rujuk dulu kepada ahli farmasi atau doktor sebelum membeli suplemen.

Relakskan diri

Ramai orang muda terutamanya lelaki menganggap aktiviti bersukan di gym dan di gelanggang adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan.

Selepas seharian di universiti atau tempat kerja, mereka ingin lepaskan lelah dan rasa stres dengan work out sehabis mungkin. Namun sebenarnya, cara terbaik untuk melepaskan lelah adalah dengan berehat.

Apabila tertekan, pelbagai reaksi kimia berlaku pada badan. Dengan berehat, badan dapat menyelaraskan kembali sel di dalam badan.

Semoha perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Berlari dan bersukan dengan selamat. Itu yang kita mahu!

Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI