Lelaki pada zaman sekarang memang penuh dengan pelbagai aktiviti masa lapang yang menyihatkan. Kalau bukan setiap hari pun setidak-tidaknya hujung minggu pasti terisi dengan aktiviti yang mempau mengeluarkan peluh seperti berlari, futsal, berbasikal dan juga pelbagai sukan lain.
Seiring dengan kegiatan menyihatkan ini pengambilan minuman bertenaga atau energy drink juga menjadi semakin popular di kalangan lelaki. Kalau ke pasar raya atau kedai runcit buka sahaja peti ais pasti anda boleh dapati deretan pelbagai jenama minuman tenaga ditawarkan.
Ada pelbagai perisa dan warna! Namun tahukan anda bahawa pengambilan berlebihan minuman tenaga ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian posting oleh Public Helath Malaysia, mereka menceritakan tentang satu senario di mana seorang lelaki berusia 25 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital selepas mengadu sakit dada dan muntah.
Apa yang menghairankan lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tak merokok. Pemeriksaan lanjut mendapati degupan jantungnya sangat kencang dengan kadar 130 ke 140 denyutan seminit, sedangkan denyutan normal ialah antara 60 ke 100 sahaja.
Nak tahu mengapa situasi ini boleh berlaku dan apakah kaitannya dengan minuman tenaga, ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah;
Pemeriksaan jantung ( ECG ) mendapati pesakit tersebut mengalami sejenis masalah denyutan jantung abnormal yang dikenali sebagai Atrial Fibrillation. Rawatan kecemasan diberikan dan degupan jantung kembali normal.
Sekiranya lewat mendapat rawatan, pesakit ini berisiko mendapat serangan jantung dan jantung boleh berhenti berdenyut!
Ads
Pertanyaan lanjut mendapati, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori mengambil “Minuman Tenaga” yang popular di pasaran 2 tin setiap hari.
Ini bukan kes yang asing dibahagian kecemasan. Di US, terdapat lebih 20 ribu kes setiap tahun melibatkan “Minuman Tenaga” . Selain dari serangan jantung, ada pesakit yang di kejarkan ke hospital akibat sawan, pengsan dan juga kematian.
Hal serius ini mendorong WHO untuk bersuara dan menyatakan amaran kepada masyarakat mengenai bahaya “Minuman Tenaga’.
Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pada asalnya , ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960 an dan semakin popular di Europe menjelang tahun 1980 an dan 90 an.
Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dikalangan remaja.
Ads
Ini merupakan antara gejala bahaya yang boleh dihidapi jika ia diambil berlebihan.
MENGAPAKAH MINUMAN TENAGA MEMBERI RISIKO KEPADA KESIHATAN?
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi gula yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.
APAKAH YANG DI CADANGKAN OLEH PENGKAJI?
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
Ads
✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”
KESIMPULAN
Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.
Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.
Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.
Infomasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketagihan adalah gangguan kompleks yang dicirikan dengan penggunaan dadah kompulsif. Ketagihan boleh dibahagikan kepada beberapa sub-jenis dengan dua cara. Pertama, orang boleh menjadi ketagih kepada beberapa ubat atau beberapa tingkah laku. Kedua, terdapat dua jenis bahan penyalahgunaan: penyalahgunaan bahan dan kebergantungan / dependens bahan.
Seseorang boleh menjadi penagih dadah sehari-hari atau dengan beberapa tingkah laku.
Terdapat beberapa bahan yang boleh membuatkan anda ketagih, termasuk:
Alkohol
Tembakau
Opioid (seperti heroin)
Dadah preskripsi (sedatif, hipnotik, atau anksiolitik seperti pil tidur dan penenang)
Kokain
Ganja (marijuana)
Bahan peransang / Stimulan (seperti methamphetamine, dikenali sebagai meth)
Halusinogen
Inhalan / Ubat sedut
Phencyclidine
Juga, terdapat beberapa orang yang ketagihan kepada tingkah laku.
Makan
Seks, atau menonton pornografi
Permainan komputer / internet
Bekerja
Bersenam
Obsesi spiritual (berbanding dengan ketaatan agama)
Dua jenis ketagihan adalah kepada dadah dan alkohol: Penyalahgunaan bahan dan pergantungan bahan. Kedua-duanya tidak sama dengan ketagihan secara langsung tetapi penggunaan bahan-bahan secara berbahaya. Ketagihan adalah kedua-dua psikologikal dan tingkah laku. Ketagihan dikaitkan dengan kerinduan / keinginan, kompulsi, ketidakupayaan untuk mengelakkan penggunaan dadah dan disfungsi gaya hidup yang disebabkan oleh penggunaan dadah. Tanpa mengira bahan, pergolakan dalam kehidupan seseorang boleh disebabkan oleh salah satu jenis.
Penyalahgunaan Bahan
Penyalahgunaan adalah lebih ringan daripada pergantungan. Mereka yang mempunyai penyalahgunaan bahan mesti memenuhi beberapa kriteria yang berlaku dalam tempoh 12 bulan:
Mempunyai kesukaran melengkapkan tanggungjawab: Sebagai contoh, enggan bekerja kerana minum alkohol atau menggunakan dadah
Gunakan bahan-bahan dalam keadaan berbahaya secara fizikal
Mempunyai berulang-ulang masalah undang-undang kerana penggunaan bahan, seperti berkali-kali mendapat saman pemanduan di bawah pengaruh atau caj dadah
Terus-menerus menggunakan alkohol atau dadah walaupun akibatnya terhadap masalah sosial, seperti pengasingan
Kebergantungan Bahan
Jenis ketagihan yang lebih serius adalah pergantungan bahan. Mereka yang mempunyai ketergantungan bahan memenuhi tiga daripada tujuh kriteria berikut yang berlaku dalam tempoh satu tahun:
Toleransi terhadap bahan tersebut. Seorang penagih mungkin memerlukan sejumlah besar alkohol atau dadah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan kesan yang sama
Simptom-simptom penarikan (Withdrawal symptoms). Terdapat tekanan / stres fizikal dari semasa ke semasa apabila mereka berhenti menggunakan dadah
Penggunaan yang berpanjangan. Ini berlaku apabila orang itu telah menggunakan dadah untuk tempoh yang lebih lama daripada yang mereka perlukan pada asalnya
Tidak boleh berhenti. Orang yang bergantung kepada bahan akan menghadapi masalah untuk mencegah diri mereka atau mengurangkan dadah pilihan mereka
Kehilangan masa. Pesakit menghabiskan banyak masa mencari, menggunakan, atau memulihkan diri daripada bahan selepas penggunaan
Ponteng kerja atau aktiviti lain
Tidak menghiraukan kesannya. Pesakit terus menggunakan dadah walaupun mereka sedar akibat negatifnya. Sebagai contoh, seseorang yang bergantung kepada alkohol boleh minum ia walaupun ia memberi mereka masalah sakit perut dan masalah hati.
Bentuk badan menarik bukanlah sesuatu yang ingin dijadikan kebanggaan tetapi lebih pada membina keyakinan diri. Pelakon popular Saharul Ridzwan ini walaupun kini semakin sibuk menguruskan perniagaan dan keluarganya, dia tetap mementingkan kesihatan tubuh badan juga penampilannya.
JAGA BADAN ANDA WALAUPUN SIBUK SEBAGAI AYAH
“Ketika di bangku sekolah, saya merupakan seorang remaja yang gemuk. Kerana kegemukan itu, saya disisihkan dan rasa rendah diri mula menyelubungi diri. Ketika itu, saya merasakan keyakinan diri berada di tahap paling rendah. Untuk tidak disisihkan rakan-rakan, saya cuba sedaya upaya untuk berdiet dan menurunkan berat badan.
Mungkin kerana tertekan, berat badan saya turun mendadak sehingga menyebabkan badan saya terlalu kurus. Tiga tahun lalu, saya mula menjadi ahli pusat kecergasan berhampiran tempat tinggal. Lapan bulan pertama saya melakukannya sendiri. Selepas faham dan tahu mengenai teknik workout yang betul, saya terus melakukannya. Saya juga dapatkan nasihat daripada beberapa orang yang punyai pengetahuan mengenai penjagaan tubuh dan cara workout.
Saya akan workout tiga kali seminggu dan baru-baru ini saya mula membuat senaman cross fit. Ia sememangnya amat berkesan dan bagus. Kesannya dalam dilihat dalam jangka masa yang agak cepat kerana ia memberikan tindak balas dari seluruh tubuh dan semua anggota badan.”
PENDORONG SEMANGAT
“Ramai, kebanyakannya rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Apabila melihat kawan-kawan lain mempunyai bentuk badan menarik dan sasa, saya juga menginginkan bentuk badan sedemikian. Mungkin pada mulanya sedikit sukar kerana terpaksa bekerja keras, tapi lama kelamaan saya mula melihat hasil yang diinginkan.
Selain dari itu, keluarga juga turut memberikan dorongan untuk saya berusaha. Kata mereka, bukan semata-mata untuk bentuk badan menarik, tetapi penting juga menjaga kesihatan tubuh. Bagi saya, tidak rugi sekiranya kita menjaga kesihatan.”
KEPENTINGAN MEMPUNYAI BENTUK TUBUH MENARIK
“Bagi saya, bentuk tubuh menarik memberikan kelebihan kepada kita terutamanya lelaki. Saya tidak membina bentuk badan menarik semata-mata untuk mencuri perhatian, tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan kepuasan diri sendiri.
Banyak faedah sebenarnya. Jika kita rajin bersenam dan workout, kita kurang alami penyakit. Setiap kali melakukan workout, tubuh akan membuang toksin-toksin yang boleh memberi penyakit dan menghilangkan stres”.
PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
“Makanan tambahan semestinya perlu untuk pertumbuhan otot. Saya mengambil whey protein sebagai makanan tambahan. Untuk pemakanan pula, saya mengambil tiga hidangan setiap hari tetapi elak mengambil nasi dan makanan berminyak. Saya menggantikan nasi dengan mi dan sumber karbohidrat lain. Air kosong adalah penting dan perlu diminum dengan kuantiti yang mencukupi.”
LIMA CIRI-CIRI LELAKI MASKULIN
Berani
Sentiasa jujur dengan diri sendiri
Tegas dengan pendirian
Tampil dalam keadaan berkeyakinan
Bijak mengatur langkah dalam kehidupan
Nama: Mohd Saharul Ridzwan b Hashim
Nama panggilan: Syarul
Tarikh lahir: 26 Januari 1989
Asal: Bangi
Berat: 73 kg
Tinggi: 178 cm
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak dapat dinafikan sepanjang bulan puasa badan kita akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit.
Walaupun tak semua orang alaminya namun ramai juga berdepan dengan masalah kulit kering dan bibir merekah sepanjang berpuasa.
Apatah lagi di kalangan mereka yang bekerja di bawah mentari panas dan suhu tinggi. Kekurangan air dalam badan menjadi faktor mengapa kondisi ini terjadi. Namun anda jangalah risau kerana perkara ini hanyalah sementara sahaja. Mengatasi kulit kering sebenarnya cukup sederhana, namun juga perlu konsistensi. Hanya dengan mengubah beberapa cara dan aktiviti harian, ia nya pasti membantu
JAGA MANDI
Salah satu kebiasaan perkara yang harus diiubah adalah frekuensi dan durasi mandi. Mandi terlalu kerap memang dapat membuat kulit bersih. Namun, ini dapat menyebabkan minyak semula jadi di kulit hilang sehingga jadi kering.
Pastikan kamu mandi setiap hari, tapi lakukan secukupnya, jadi jangan terlalu kerap. Selain itu, pastikan pula mandi tidak melebihi waktu 10 minit dan tidak kurang dari 5 minit. Kebiasaan ini akan membantu kamu mengatasi kulit kering
GUNA PELEMBAP
Pelbagai punca boleh menyebabkan kulit kering. Salah satu yang paling kerap menyebabkan seseorang mengalami masalah ini adalah sabun yang kurang sesuai.. Terutama jika sabun badan kamu gunakan untuk muka.
Oleh sebab itu, mulai sekarang pastikan menggunakan sabun yang mengandungi pelembap untuk menjaga kesegaran kulit. Apalagi khusus untuk sabun wajah, sebaiknya pilih yang mengandung tinggi pelembap.
PELEMBAP KULIT
Menggunakan sabun pelembap saja tidak cukup. Bila perlu, gunakan pelembap setelah mandi. Penggunaan pelembap kulit setelah mandi ini akan membantu kamu mengatasi kulit kering sepanjang hari, apalagi ketika cuaca berubah-ubah seperti sekarang ini.
Ada banyak sekali produk pelembap kulit yang dijual di pasaran. Masing-masing tentu memiliki kebaikan tersendiri. Apapun pilihan kamu, pastikan pelembap tersebut mengandung banyak nutrisi untuk kulit.
Meskipun kamu menggunakan losyen pelembap yang mampu melindungi kulit dari sinar matahari (sun block), sebaiknya hindari kulit dari panas berlebih dalam waktu yang lama.
Sinar ultraviolet sangat buruk bagi kulit. Tak hanya menyebabkan kulit kering dan bersisik saja, tapi juga dapat menimbulkan kanser kulit. Oleh itu, setiap kali keluar rumah gunakan pelindung seperti topi dan jaket.
TUBUH CUKUP MINERAL
Pada dasarnya tubuh kita terdiri 70 % lebih dari cecair. Apabila cecair dalam tubuh berada di bawah nomal atau kurang, maka akan mengakibatkan kulit menjadi kering, bersisik, pecah-pecah, dan bahkan lebih parah lagi.
Untuk mengatasinya kamu harus memperbanyakkan mengambil air putih. Para doktor mengesyorkan untuk mengambil minimal 2 -3 liter air putih sehari. Oleh itu pada waktu malam dan bersahur minumlah air putih yang mencukupi.
JAUHI ROKOK
Merokok tidak hanya berbahaya untuk paru-paru saja. Hasil kajian di Harvard University membuktikan asap rokok dapat mencuri kelembapan di kulit, sehingga membuatnya kering, kusam, dan pecah-pecah.
Selain berhenti merokok, kamu juga harus menghindari asap rokok, kerana asap rokok dapat mengurangkan produksi kelenjar minyak di kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.