Foto: newfolks.com & Twitter Dr Redza

Dalam perihal penjagaan anak terutamanya kepada bayi masih kecil berusia dua tahun ke bawah sememangnya kita sebagai bapa atau ibu sekalipun kena peka faktor keselamatan.

Tanyalah mana-mana ibu bapa pastinya mereka mahukan yang terbaik untuk anak kecil mereka. Namun kadang-kala ada yang berniat seperti itu namun menggunakan cara yang tidak betul atau salah.

Sebagai contoh memilih peralatan atau perkakasan yang pada fikiran kita baik untuk bayi tapi sebenarnya ia boleh mendatangkan keburukan. Salah satu contohnya ialah penggunaan ‘baby walker’.

Risiko Guna ‘Baby Walker’, Doktor Ini Kongsi Kes Bayi Retak Tempurung Kepala
Image by Drazen Zigic on Freepik

Rata-rata ibu bapa yang memberikan anak kecil mereka menggunakan baby walker mungkin tidak tahu bahawa peralatan yang disangka mampu membantu si kecil mereka berjalan dengan lebih cepat itu sebenarnya berisiko tinggi.

MASKULIN tertarik perkongsian yang dilakukan oleh Dr Redza Zainol yang juga Pegawai Perubatan Pediatrik tentang pengalamannya berdepan kes seorang bayi retak tempurung kepalanya akibat menggunakan baby walker.

Menerusi perkongsian untaian di Twitter, Dr Redza berkongsi bagaimana dia terkejut dan tergamam melihat keputusan CT scan bayi tersebut.

Ads

Bayi itu dikatakan menggunakan baby walker dan terjatuh di tangga. Walaupun tangga tersebut tidaklah tinggi namun ia telah menyebabkan berlakunya pendarahan di dalam otak dan retak tempurung kepala.

“Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan yang lebih baik.

Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna,” jelas Dr Redza.

BUKAN KES TERPENCIL

Tambahnya lagi, kes bayi terjatuh akibat menggunakan baby walker bukanlah kes terpecil. Malah selain kes terjatuh akibat baby walker ada juga kes seperti tersepit dan melecur.

Dr Redza turut berkongsi tentang bagaimana di negara Barat seperti Kanada telah mengharamkan sepenuhnya penggunaan baby walker.

Ads
Risiko Guna ‘Baby Walker’, Doktor Ini Kongsi Kes Bayi Retak Tempurung Kepala
Foto: Mayte Torres /Getty Images

Menurut American Academy of Pediatrics juga menegaskan baby walker tidak boleh digunakan atau diletakkan langsung di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Mereka lebih cenderung mencadangkan agar ibu bapa menggunakan dan menyediakan ruang kecil yang dipanggil ‘play yards atau playpens’. Ia merupakan satu ruang selamat untuk ibu bapa meletakkan anak kecil mereka yang sudah pandai duduk, merangkak atau berdiri.

Ruang seperti ini lebih selamat untuk digunakan namun pada masa yang sama masih memerlukan pemantauan dari ibu bapa atau orang penjaga dewasa.

Buat anda yang bergelar bapa buatlah keputusan yang betul dan tepat demi keselamatan anak-anak anda. Usah terpengaruh sangat dengan trend atau terikut-ikut dengan orang lain.

Ads

Apa jua perkara yang ingin dilakukan pastikan anda mendapat maklumat sebaiknya terutama dari mereka yang pakar dalam bidang kanak-kanak.

Semoga perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Jaga diri, jaga keluarga!

Buat anda ingin mendapatkan ilmu perenting dan kesihatan kanak-kanak boleh ikuti Telegram Dr Redza di sini.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik gaya hidup lelaki di bawah ya.

Kredit: Dr Redza Zainol

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI