Itulah ungkapan yang pernah dikatakan dengan tegas oleh Dr Mehmet Oz, doktor perubatan dari Amerika Syarikat menerusi satu temu bual bersama CNBC tentang bahaya mencabut bulu hidung.
Malah jelasnya lagi mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di kawasan segi tiga di antara hidung, mata dan telinga adalah cukup berbahaya.
“Anda cabut atau picit di kawasan tersebut, ia sangat bahaya. Itu bagi saya ‘the triangle of death’ kerana berdepan risiko jangkitan yang boleh merebak hingga ke bahagian otak jelasnya lagi.
Tidak dinafikan mencabut bulu hidung mungkin dilihat sebagai tindakan kecil dan tidak berbahaya. Namun, ia sebenarnya boleh membawa risiko kesihatan yang serius.
Berikut MASKULIN nyatakan dengan lebih terperinci mengapa mencabut bulu hidung adalah tindakan yang sebaiknya dihindari.
Ads
Risiko Jangkitan
Sepeeti dinyatakan di atas, mencabut bulu hidung membawa risiko jangkitan. Rongga hidung merupakan tempat yang kaya dengan bakteria, termasuk Staphylococcus aureus, yang boleh menyebabkan jangkitan jika bakteria tersebut memasuki luka kecil yang terjadi akibat mencabut bulu hidung.
Luka tersebut boleh menjadi pintu masuk bagi bakteria untuk menyerang dan menyebabkan jangkitan, yang kadang-kadang boleh menjadi serius dan menyebar ke bahagian lain dari wajah atau bahkan ke otak, dalam kes yang sangat jarang tetapi serius.
Segi Tiga Bahaya
Kawasan segitiga bahaya (triangularis danger area) pada wajah kita meliputi hidung dan kawasan sekitarnya, mempunyai aliran darah yang terhubung langsung ke sinus kavernosus di otak. Ini bermakna jangkitan di kawasan ini berpotensi menyebar ke otak, menyebabkan kondisi serius seperti trombosis sinus kavernosus, yang boleh mengancam nyawa.
Ads
Keradangan dan Kesakitan
Mencabut bulu hidung boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan di rongga hidung. Ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan tetapi juga boleh mengganggu fungsi normal hidung seperti pernafasan dan penapisan partikel asing.
Keradangan yang berterusan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti sinusitis atau jangkitan sinus yang berulang.
Kerosakan Membran Mukosa
Membran mukosa di dalam hidung berfungsi sebagai penghalang pertama terhadap partikel asing dan patogen. Mencabut bulu hidung boleh merosakkan membran ini, mengurangkan kemampuannya untuk melindungi tubuh dari infeksi dan alergen.
Ads
Alternatif yang Lebih Selamat
Untuk mengurangkan risiko kesihatan yang disebutkan, sangat disarankan untuk menggunakan cara alternatif yang lebih selamat untuk mengurus bulu hidung yang berlebihan, seperti:
Menggunakan gunting bulu hidung khusus yang dirancang untuk memotong bulu hidung tanpa merisikokan cedera.
Menggunakan trimmer bulu hidung elektrik, yang dapat mengurangi bulu hidung dengan cepat dan selamat.
Jika perlu, berkonsultasi dengan profesional perubatan tentang prosedur yang lebih selamat dan lebih efektif untuk mengatasi masalah bulu hidung yang berlebihan.
Kesimpulan
Mencabut bulu hidung boleh kelihatan seperti solusi cepat untuk masalah estetika, tetapi risiko yang terkait dengan amalan ini jauh melebihi manfaatnya.
Dengan memilih alternatif yang lebih selamat dan memahami bahaya yang terlibat, kita dapat menjaga kesehatan dan kesejahteraan kita tanpa mengambil risiko yang tidak perlu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Malang tidak berbau, seorang lelaki di China alami buta mata selepas menampar seekor lalat yang hingga di mukanya.
Mengikut laporan Sinar Harian, selepas saja menampar lalat tersebut, mata kiri lelaki bernama Wu itu secara tiba-tiba menjadi merah sebelum bengkak di bahagian kelopak mata.
Sewaktu menjalani rawatan di rumah sakit, doktor mengesahkan Wu dijangkiti konjuktivitis atau radang mata bermusim. Malah, berkemungkinan terkena ‘racun’ dari serangga kecil yang hidup di dalam air longkang kotor.
Walaupun menggunakan ubat dengan betul, keadaan mata Wu semakin teruk dan sewaktu kembali ke hospital, doktor berkata matanya telah mengalami ulser.
Jadi, lalat tersebut didapati membawa kuman sehingga menjejaskan mata Wu dan terpaksa dibuang.
Selepas kejadian terbabit, doktor menasihati orang ramai untuk tidak menampar atau memukul serangga yang berlegar-legar di bahagian sensitif seperti di mata atau telinga.
Tahukah anda pada masa kini ramai di kalangan lelaki berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik?
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki sebenarnya bukanlah satu perkara asing. Ia merupakan satu fenomena biasa yang kita lihat berlaku di antara rakan-rakan terdekat. Malah lebih buruk jika sakit belakang itu melibatkan kecederaan serius seperti ‘slip disc’.
Malah, kajian mendapati dianggarkan lebih 80 peratus individu terutamanya lelaki orang mengalami sakit belakang pada usia menjelang 40-an. Bukan sahaja ia menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Public Health Malaysia dalam satu perkongsian memberi sebab perkara ini terjadi. Antara penyebab seseorang itu boleh mengalami sakit belakang adalah:
1.Duduk terlalu lama tanpa bergerak.
2.Membongkok semasa mengambil mengangkat barang berat.
3.Pakai kasut tumit tinggi terlalu lama
4.Tidur meniarap atau menggunakan bantal yang terlalu tinggi
5.Bawa beg berat di sebelah bahu
6.Letak dompet di poket belakang
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG
Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
CARA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS
Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
Ujian sinar X dan MRI
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat sebaiknya untuk anda semua.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“100 push ups, 100 sit ups, 100 squats & 10 kilometer running , every single day!”
Bagi peminat manga dan anime One Punch Man, ayat di atas pastinya tidak asing lagi buat anda. Kerana itulah rejim senaman yang diamalkan oleh Saitama atau nama adiwrianya, One Punch Man untuk medapatkan kekuatan luar biasanya.
Yam MASKULIN akui kekuatan One Punch Man di dalam manga dan anime memang tak masuk akal. Akan tetapi rejim senaman yang dilakukannya sebenarnya sesuatu yang mencabar dan boleh dilakukan.
Ada orang pernah cuba tak lakukan senaman ini? Itulah persoalan yang telah lama bermain di fikiran penulis sebelum ini.
Dan jawapannya akhirnya terjawab apabila seorang lelaki di Singapura melakukan senaman One Punch Man ini selama sebulan. Hasilnya memang mengejutkan dan sangat berhasil.
MEMULAKAN CABARAN
Menerusi sebuah video yang dikongsi olehnya, Sean Seah menunjukkan bagaimana badannya mengalami transformasi yang luar biasa sepanjang sebulan melakukan cabaran ini.
Pada hari pertama melakukan cabaran, beratnya adalah 70 kilogram dengan body age 40 tahun. Melihatkan badannya semakin naik Sean ambil keputusan untuk mencuba cabaran senaman One Punch Man.
Dia memulakan senaman dengan level 5 iaitu sebanyak 50 kali setiap jenis senaman dan 5 kilometer larian. Untuk seminggu pertama dia telah mendapatkan perubahan yang positif di mana bertanya turun dan body age juga semakin menurun. Sean melakukan level 5 ini selama kira-kira dua minggu.
Namun selepas itu perubahan seakan terhenti, lalu Sean ambil keputusan untuk tingkatkan kepada level 7, iaitu 70 kali setiap senaman dan 7 kilometer larian.
Dan pada hari ke-22 dia terus meningkatkan kepada level 9 dengan 90 kali setiap senaman dan 9 kilometer larian. Memang sukar melakukan sit up dan push up sebanyak 90 kali.Oleh itu Sean membahagikannya kepada 3 bahagian dengan 30 kali setiap set.
Manakala Sean melengkapkan level 10 pada hari ke-23 dan diteruskan sehingga hari ke-30.
HASIL SELEPAS SEBULAN!
Transformasi hasil senaman One Punch Man ini benar-benar membuahkan hasil buatnya. Lemak badannya terutama di bahagian perut boleh dikatakan lenyap dan ini dilakukan tanpa ke gym.
Selain senaman ini Sean juga mengurangkan tiga jenis makanan dalam diet hariannya iaitu makanan berminyak, gula dan kaborhidrat.
Jika anda ingin cuba cabaran ini, bolehlah mulakan dengan level 2 hingga level 5.
Kalau dia boleh, anda takkan tak boleh?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.