Siapa yang tidak rimas kalau kulit kepala berjerawat? Jerawat yang ada di muka pun belum settle, tumbuh pula jerawat di kulit kepala.
Selain menjengkelkan, kulit kepala berjerawat ini juga menyakitkan dan ia sering mengakibatkan rambut mudah gugur dan timbul bau yang kurang menyenangkan jika jerawat bernanah.
KebiasaaNnya kulit kepala berjerawat berlaku apabila liang-liang rambut tersumbat dengan kekotoran dan minyak.
Ini menyebabkan folikel pada kulit kepala membesar dan berkemungkinan dijangkiti bakteria jika anda tidak membersihkan kulit kepala dengan sebaiknya.
Untuk mengelakkan kulit kepala berjerawat dan timbul masalah keguguran rambut, pastikan anda tidak mengabaikan perkara-perkara penting ini.
Ads
1. Malas Mencuci Rambut
Sikap malas mencuci rambut bukan sahaja akan menyebabkan rambut menjadi kusam dan berbau, ia juga menjadi punca kulit kepala berjerawat dan gatal. Pastikan anda mencuci rambut dengan syampu yang sesuai sebanyak tiga kali seminggu. Selain berkesan untuk mencegah dan menghapuskan kelemumur, mencuci rambut secara teratur juga boleh menghalang kegatalan dan munculnya jerawat pada kulit kepala.
2. Tidak Cukup Tidur
Kurang tidur juga menjadi punca jerawat timbul di kulit kepala kerana tubuh badan anda terganggu untuk membiak semula sel-sel kulit yang mati. Bahkan kekurangan tidur juga menyebabkan proses metabolisme tubuh berjalan dengan tidak sempurna. Itulah sebabnya pentingnya tidur yang cukup dan berkualiti agar anda mendapat tubuh badan yang sihat, segar dan bermaya.
3. Tidak Cuci Syampu Dengan Bersih
Ads
Pastikan anda mencuci rambut sebersih-bersihnya selepas bersyampu untuk mengelakkan sisa-sisa syampu melekat pada kulit kepala. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, akan timbul masalah jerawat di kulit kepala kerana liang-liang rambut anda tersumbat. Oleh itu, gandakan aktiviti membilas rambut selepas menggunakan syampu bagi mengelakkan perkara ini terjadi.
4. Menggunakan Tuala Yang Kotor
Antara sebab utama hadirnya jerawat di kulit kepala adalah disebabkan anda sendiri tidak menjaga kebersihan. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika anda sering menggunakan tuala mandi yang lembap dan tidak bersih. Selain itu, penggunaan sarung bantal yang kotor juga menyumbang kulit kepala kotor dan berjerawat. Sebaiknya ganti tuala mandi anda dengan yang baharu seminggu sekali, begitu juga dengan cadar dan sarung bantal yang ditukar sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
5. Tidak Pandai Menguruskan Tekanan
Tekanan adalah sesuatu yang sering dialami oleh ramai individu terutamanya jika harus menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yang singkat. Tekanan yang tidak terkawal untuk tempoh masa yang lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk jerawat pada kulit kepala. Oleh itu, penting untuk anda menguruskan tekanan dengan baik agar tidak mendatangkan kesan negatif terhadap penampilan diri.
Ads
6. Terdedah Kepada Cuaca Panas
Kulit kepala yang terdedah kepada cuaca panas dan berhabuk turut menyumbang kepada kehadiran jerawat di kulit kepala. Ini kerana cuaca panas diiringi dengan minyak dan habuk boleh melekat pada liang-liang kulit kepala dan menjadi punca bakteria merebak sehingga timbulnya jerawat. Oleh itu, anda digalakkan memakai topi untuk melindungi kulit kepala daripada habuk dan cuaca panas. Namun elak pakai topi dalam tempoh yang lama kerana ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kulit kepala.
7. Tidak Menjaga Pemakanan
Diet pemakanan juga penting dan perlu dititikberatkan. Kurangkan pengambilan makanan seperti udang, ketam dan kerang kerana ia boleh merangsang kulit kepala mudah gatal dan naik jerawat. Pengambilan makanan yang seimbang penting untuk penumbuhan rambut sekali gus menyihatkan kulit kepala.
8. Pakai Topi Tempoh Yang Lama
Tidak dinafikan pemakaian topi elok untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan habuk, akan tetapi jika anda terlampau kerap memakai topi setiap masa walaupun cuaca tidak panas ia boleh menjadi punca munculnya jerawat di kulit kepala. Kulit kepala yang tertutup terlalu lama boleh menyebabkan perpeluhan dan membuatkan pori-pori kulit kepala tersumbat dan menghasilkan jerawat yang terhasil daripada campuran bakteria serta kekotoran.
MASKULIN yakin ramai di antara anda kenal dengan watak Pac-Man yang pernah popular pada era awal permainan video pada suatu ketika dahulu.
Anda masih ingat bukan akan karakter berbentuk bulat dan berwarna kuning yang kerjanya memakan ‘dot’ dan cukup fobia kepada hantu.
Okay sedikit throwback. Watak Pac-Man ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1980 di negara matahari terbit, Jepun. Dan karakter ini pada awalnya diberi nama ‘Puckman’ dan ia terinspirsari daripada bentuk bulat piza.
Kepada anda yang mungkin kini sudah berusia 30 tahun ke atas pastinya cukup kenal dengan permainan video yang menjadi antara pencetus revolusi industri ini ke tahap populariti seperti sekarang.
Kini Pac-Man muncul sebagai antara permainan video paling penting dalam sejarah yang kini dikenali sebagai retrogaming.
KOLEKSI EDISI TERHAD
1 Million pula merupakan antara siri minyak wangi lelaki yang paling popular dikeluarkan oleh Paco Rabanne. Ia mengambil isnpirasi era industri 1 MILLION yang muncul dalam bentuk jongkong emas. Ia kini dianggap sebagai antara minyak wangi paling ikonik di pasaran.
Jadi apa kaitannya dengan jenama minyak wangi Paco Rabanne 1 Million dengan Pac-Man?
Kolaborasi istimewa ini menyaksikan Paco Rabane memperkenalkan ‘MILLION PAC-MAN: COLLECTOR EDITIONS’. Selain minyak wangi lelaki, 1 MILLION koleksi untuk wanita iaitu Lady Million turut diperkenalkan sama.
Apa yang menarik koleksi edisi terhad pengumpul istimewa ini didatangi dengan botol serta bungkusan berbeza daripada 1 MILLION yang biasa. Lebih hebat lagi setiap belian minyak wangi ini melayakkan anda untuk bermain permainan video MILLION x PAC-MAN.
Di pek bungkusan minyak wanginya terdapar QR code yang membolehkan anda untuk mengimbas lalu bermain permainan video ini. MASKULIN difahamkan juga sesiapa yang mencatatkan jumlah mata tertinggi akan memenangi hadiah untuk diterbangkan ke Jepun!
Setiap markah yang diperolehi akan tersimpan dan carta tertinggi boleh disemak di laman sesawang miillionpacman.pacorabane.com
Koleksi edisi terhada 1 Million Pac-Man Collector EDT kini boleh dapati dipasaran dengan harga RM350 manakala Lady Million Pac-man Collector EDP, RM425.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang sukar untuk memuaskan hati semua orang tetapi sebagai individu, anda harus bijak menampilkan diri anda untuk disenangi orang ramai.
Selain berpakaian kemas dan berbau harum, anda juga harus memiliki 5 elemen ini yang menjadi kunci kepada setiap pertemuan
1. Murahkan dengan senyuman
Sentiasa murahkan bibir anda dengan senyuman apabila berjumpa dengan orang baharu. Walaupun cuma sekadar berselisih bahu, jika dia terpandang anda, terus lemparkan senyuman dan automatik ‘stranger’ itu akan turut menjadi mesra.
2. Diam dan bersuara bila perlu
Tak perlu jadi terlalu ‘kepochi’ untuk menarik perhatian ramai. Ada baiknya anda diam terlebih dahulu, scan suasana sekeliling dan apabila ada ‘stranger’ berdekatan, anda sudah boleh menggunakannya sebagi point perbualan.
3. Sentiasa merendah diri
Bertanyalah khabar kepada ‘stranger’ dan tanya asal usul mereka. Mereka mungkin mendedahkan mereka seseorang yang berpangkat besar atau bekerja di syarikat yang ternama namun apabila sampai part anda, cuba merendah diri walaupun anda lebih ‘besar’ daripada mereka.
4. Berpakaian kemas dan ikut tema
Sentiasa alert dengan kehendak majlis untuk memudahkan anda diterima ramai. Tidak salah untuk tampil berbeza tetapi pastikan ia masih menepati tema dan tidak membuatkan orang sekeliling ‘pandang lain macam’.
5. Bersikap terbuka
Anda akan menemui pelbagai jenis orang yang berbeza latar belakang mahu pun fahaman. Namun untuk membuatkan anda muda diterima ramnai, positifkan diri anda dan bersikap terbuka. Jika mereka meluahkan sesuatu pandangan peribadi dan anda tidak bersetuju, dengar dan diam sahaja melainkan mereka meminta pendapat anda.
Semoag bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang tak sedar sebenarnya lelaki berambut panjang mempunyai satu tarikan yang luar biasa di mata wanita.
Lihat sahaja aktor, penyanyi serta rockers di seluruh dunia. Dengan gaya rambut panjang itulah mereka berjaya membuatkan ramai wanita histeria menyebut nama mereka.
Melangkah ke situasi keraimaian, jejaka berambut panjang seakan mempunyai magnet yang kuat sehingga ramai akan memerhatikan setiap gerak langkah mereka.
Jadi perkara ini bukanlah auta tetapi auta! Namun kalau anda yang mempunyai rambut panjang tapi tak pandai menggayakannya maka amat rugilah.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 15 jenis gaya rambut panjang yang boleh membuatkan hati wanita bergegar bagaikan deruman enjin kereta berkuasa tinggi!
Kepada anda yang berkira-kira ingin menyimpan rambut panjang mungkin 15 gaya di atas boleh dicuba. MASKULIN dengan yakin boleh katakan penampilan serta persona anda akan berubah 100%.
Ada satu perkara yang tak dapat kita ungkapkan terhadap jejaka berambut panjang. Ia satu misteri yang hanya orang berambut panjang sahaja yang faham dan rasa.
Selamat mencuba ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.