Fesyen

Ridzman Zidaine Sekali Lagi Diberi Peluang ‘Catwalk’ Jenama Mewah Terkenal

Share

Kemunculan model kelahiran Malaysia, Ridzman Zidaine untuk kembali berjalan di pentas peragaan Minggu Fesyen Milan mencuri tumpuan pemerhati fesyen tanah air.

Mengikut laporan, Ridzman Zidaine sekali lagi diberi peluang catwalk untuk jenama mewah terkenal Emporio Armani di Milan Fashion Week beberapa hari lepas.

Malah, pemuda ini juga dipilih jadi Model Louis Vuitton beberapa minggu lepas…

Memulakan Kerjaya Di Usia 19 Tahun

Pada usia 19 tahun, Ridzman memulakan kerjaya sebagai seorang model menerusi agensi TopBoi Citizen di Malaysia yang diasaskan oleh jurufoto terkenal, Ridduan Ismail aka TTFGA (Tukang Tangkap Foto Gembira Anda).

Ya! Nama Ridzman dipetik daripada nama bekas pemain bola sepak Perancis & an overall legend, Zinedine Zidane. FOTO: Instagram @ridzmanzidaine

Setelah disunting oleh agensi itu, model ini terus melakukan kemunculan debut di Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan seterusnya melakar kerjaya sebagai seorang model sepanjang dua tahun selepas itu.

Sambung Pengajian Di London

Tidak lama kemudian apabila Ridzman memutuskan untuk menyambung pengajian di London, dia menempah peluang untuk beraksi di acara Minggu Fesyen London dan Minggu Fesyen Paris pula pada tahun lalu.

Di sana, dia diwakili oleh agensi Next Models Managment yang juga menghimpunkan model terkenal seperti Ana Beatriz Barros, Imogen Waterhouse, Alexa Chung dan Kit Butler.

Suasana minggu fesyen di Eropah pastinya mempunyai perbezaan jelas dengan minggu fesyen Kuala Lumpur terutamanya dari segi penjagaan masa yang amat ketat dan tentunya.

Sebab itulah, korang melihat pertunjukan fesyen di sana dilangsungkan di lokasi berlainan mengikut hala tuju koleksi mereka pada musim itu. It is all about the money..

Berikan Yang Terbaik

Kata Ridzman, tugasnya sebagai seorang model tidak jauh berbeza sama di lapangan fesyen Malaysia mahupun antarabangsa di mana dia masih akan memberikan yang terbaik semasa berjalan di pentas peragaan mengikut idea sesebuah jenama.

“Saya teruja dan gembira dengan kerjaya yang saya punyai sekarang. Dan dengan sokongan media dari tanah air yang melaporkan mengenai debut saya dahulu di Eropah, ia tentunya membuatkan saya terharu,” katanya.

Ridzman di pertunjukan fesyen Joe Chia sempena S/S 2023 sempena Mercedes-Benz Fashion Week. FOTO: Instagram @ridzmanzidaine

Trust the process

Apabila diminta untuk berkongsi sedikit tip bagi seorang model tempatan melangkah ke peringkat antarabangsa, jelasnya,

“Agak janggal juga bagi saya untuk memberikan nasihat kepada model-model tanah air memandangkan saya juga masih baharu dalam industri ini.

“Cuma apa yang boleh saya katakan adalah jadi sahaja diri sendiri dan usah gentar untuk keluar dari zon selesa. Trust the process dan sentiasa bersabar kerana impian sememangnya boleh terlaksana,” simpul Ridzman.

Artikel ini diambil dan diolah dari Remaja.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Published by
Nana