Skuad Harimau Malaya bakal melalui transformasi besar apabila lebih ramai pemain berdarah kacukan atau warisan dijangka menyertai skuad kebangsaan.
Ini sekali gus menggantikan konsep tradisional yang menumpukan kepada pemain ‘anak jati’ Malaysia.
Revolusi ini dijangka memberikan dimensi baharu kepada perkembangan bola sepak negara, dengan pelantikan jurulatih baharu, Peter Cklamovski dari Australia, yang diumumkan baru-baru ini.
Pendekatan menggunakan pemain warisan sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di arena bola sepak antarabangsa.
Negara-negara seperti Perancis, England, dan Jerman telah lama memanfaatkan strategi ini untuk menguatkan pasukan mereka.
Ketika ini, beberapa pemain keturunan Malaysia yang beraksi di kelab terkenal Eropah telah dikenalpasti.
Antara nama besar tersebut ialah Kiernan Dewsbury-Hall, pemain tengah Chelsea berusia 26 tahun, dan Marcus Tavernier yang kini beraksi bersama Bournemouth.
Selain itu, beberapa pemain lain turut berada dalam radar seperti Josh Brownhill (Burnley FC), Zian Flemming (Millwall), Jamie Shackleton (Sheffield United), Taylor Moore (Bristol Rovers), Harvey Knibbs (Reading FC), dan Andy Smith (Hull City).
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha yang dipelopori oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Beliau sebelum ini mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.
BACA LAGI : Peter Cklamovski Jurulatih Baharu Harimau Malaya, 10 Trivia Lelaki 46 Tahun Ini
Jika usaha ini berjaya, peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan wajah baharu skuad Harimau Malaya yang dibarisi pemain-pemain berkualiti tinggi, bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Revolusi ini membuka lembaran baharu kepada bola sepak Malaysia, dengan harapan Harimau Malaya mampu bangkit sebagai pasukan yang digeruni di rantau Asia dan di pentas dunia.
Sumber : Utusan
Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro di Astro Ria, setiap Jumaat jam 9 malam! Siapa tahu, anda mungkin dapat inspirasi daripada semangat dan kesungguhan bros untuk melangkaui batas diri mereka!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy
Faidzal “Abang Nasi Lemak” dan Kelvin “Content Creator” menjadi duo yang pertama disingkirkan daripada Maskulin Who’s Your Bro. Maskulin mengucapkan ribuan terima kasih dan all the best for your future Faidzal & Kelvin!