Skuad Harimau Malaya bakal melalui transformasi besar apabila lebih ramai pemain berdarah kacukan atau warisan dijangka menyertai skuad kebangsaan.
Ini sekali gus menggantikan konsep tradisional yang menumpukan kepada pemain ‘anak jati’ Malaysia.
Revolusi ini dijangka memberikan dimensi baharu kepada perkembangan bola sepak negara, dengan pelantikan jurulatih baharu, Peter Cklamovski dari Australia, yang diumumkan baru-baru ini.
Pendekatan menggunakan pemain warisan sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di arena bola sepak antarabangsa.
Negara-negara seperti Perancis, England, dan Jerman telah lama memanfaatkan strategi ini untuk menguatkan pasukan mereka.
Ketika ini, beberapa pemain keturunan Malaysia yang beraksi di kelab terkenal Eropah telah dikenalpasti.
Ads
Antara nama besar tersebut ialah Kiernan Dewsbury-Hall, pemain tengah Chelsea berusia 26 tahun, dan Marcus Tavernier yang kini beraksi bersama Bournemouth.
Selain itu, beberapa pemain lain turut berada dalam radar seperti Josh Brownhill (Burnley FC), Zian Flemming (Millwall), Jamie Shackleton (Sheffield United), Taylor Moore (Bristol Rovers), Harvey Knibbs (Reading FC), dan Andy Smith (Hull City).
Inisiatif TMJ untuk Memajukan Bola Sepak Malaysia
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha yang dipelopori oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Beliau sebelum ini mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.
Jika usaha ini berjaya, peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan wajah baharu skuad Harimau Malaya yang dibarisi pemain-pemain berkualiti tinggi, bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Revolusi ini membuka lembaran baharu kepada bola sepak Malaysia, dengan harapan Harimau Malaya mampu bangkit sebagai pasukan yang digeruni di rantau Asia dan di pentas dunia.
Sumber : Utusan
Ads
Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro di Astro Ria, setiap Jumaat jam 9 malam! Siapa tahu, anda mungkin dapat inspirasi daripada semangat dan kesungguhan bros untuk melangkaui batas diri mereka!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Faidzal “Abang Nasi Lemak” dan Kelvin “Content Creator” menjadi duo yang pertama disingkirkan daripada Maskulin Who’s Your Bro. Maskulin mengucapkan ribuan terima kasih dan all the best for your future Faidzal & Kelvin!
Dalam pelbagai jenis rutin senaman, tidak dapat dinafikan bahawa bahagian perut atau abdomen pasti dianggap sebagai antara paling penting. Ramai orang pada masa kini melakukan senaman perut kerana ingin membakar lemak di bahagian tersebut. Kalau ingin tegap, inilah antara bahagian badan yang penting.
Ada juga yang melakukannnya untuk mendapatkan six packs. Tapi tidak kisahlah di atas sebab apa anda ingin lakukan kerana apa yang penting senaman di bahagian ini cukup penting.
Terdapat segala macam jenis bentuk atau rutin senaman perut yang boleh anda lakukan. Namun adakah anda tahu senaman yang terbaik dan mampu memberikan kesan impak tinggi? Kalau dilakukan pasti memberikan pelbagai kesan positif kepada diri.
Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.
PLANK
Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.
BYCYCLE CRUNCH
Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.
SIDE PLANK
Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.
VERTICAL LEG CRUNCH
Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!
REVERSE CRUNCH
Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!
Senaman Perut Mantap, Kalau Tahu Kelebihannya Pasti Anda Nak Buat Setiap Hari
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bisul selalunya terjadi bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar.
Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Bisul boleh timbul pada mana-mana bahagian tubuh tetapi yang kerap muncul adalah di muka, leher, ketiak, punggung atau paha termasuk kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel.
Namun awas! Bisul ini tidak boleh dipecahkan dengan cara mencucuknya menggunakan jarum kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria.
Cara yang lain, anda boleh buat dengan menggunakan 8 tip ini :
1. Tuam dengan tuala panas
Ambil tuala bersih dan rendamkannya dalam air panas. Kemudian perah dan tuam pada bahagian yang tumbuh bisul di antara lima hingga 10 minit. Lakukan sebanyak tiga atau empat kali sehari. Kaedah tuaman ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.
2. Cuci dengan sabun antibakteria
Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.
3. Sapu krim antibakteria
Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap. Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.
4. Jaga kebersihan diri
Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.
5. Rawat luka dengan segera
Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.
6. Elak duduk terlalu lama
Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.
7. Jangan kongsi tuala
Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi yang tidak boleh meninggalkan nasi, apa kata cuba konsep diet Sukusukuseparuh untuk menurunkan berat badan. Maklum sahajalah tidak semua orang boleh menukar menu makanan semata-mata untuk kurus.
Jadi untuk melatih perut anda agar kekal kenyang walaupun berdiet, konsep Sukusukuseparuh ini sememangnya sesuai untuk anda amalkan.
Dalam konsep diet Sukusukuseparuh ini, anda masih makan nasi tapi dalam jumlah yang sedikit bersama sayur-sayuran yang banyak dan makanan sumber protein untuk membuatkan anda kenyang lama.
Sekiranya anda sedang mencari diet yang sesuai untuk menurunkan berat badan, konsep Sukusukuseparuh yang dikongsikan Doktor Khairul Hafidz Alkhair ini boleh anda jadikan panduan.
Di situ nampak pinggannya penuh & membukit kan? Itu kerana lebih separuh di pinggan saya adalah sayur-sayuran.
Ayam saya makan dan kulitnya saya buang.
Nasinya hanya suku pinggan sahaja.
Sedikit berlebihan kalori saya kerana saya sudah dalam maintainence phase, kalau yang mahu turunkan berat badan, ganti kuah sambal tu kepada sup kosong.
Dan makanan beginilah saya makan sewaktu saya berdiet dulu. Setiap kali lunch saya makan nasi, saya tak pernah tinggal makan nasi. Yang penting, jaga portion.
Sebab itu saya tak pernah rasa stress bila nak turunkan berat dahulu. Saya jadikan perjalanan menurunkan berat badan satu perjalanan yang menyeronokkan.
Kenyang ke makan begini? Sebenarnya sudah cukup.
Yang rasa kenyang itu bukan berapa banyak nasi yang kita makan, tapi apa yang kita makan untuk penuhkan ruang perut kita.
Gunakan sayur sebagai ganti nasi kita tadi.
Nak ikut?
Silakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.