Sebut sahaja tentang Aquaman pasti kita tak berapa nak ambil serius tentang superhero yang kebolehannya sering ditertawakan dan menjadi bahan meme di Internet.
Namun kemunculan Aquaman di dalam filem Justice League sebelum ini (walaupun ramai yang agak berasa annoyed dengan ‘my man’ yang diungkapnya puluhan kali) telah membuatkan ramai peminat terutamanya pengikut setia komik DC Comics untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang karakter yang dilakonkan oleh Jason Momoa.
Muncul dengan badan tegap, badan penuh tattoo Aquaman yang dikenali juga dengan nama Arthur Curry merupakan seorang anak kacukan iaitu manusia dan bangsa maju yang hidup dalam tamadun misteri di dasar laut dikenali sebagai Atlantean.
Jadi mengapa ramai yang tertarik dengan filem ini yang merupakan filem keenam dalam siri filem DC Extended Universe (DCEU)? Walaupun filem-filem DCEU sebelum ini seperti ‘Batman v Superman’, ‘Suicide Squad’ dan ‘Justice League’ mendapat kritikan agak negatif daripada pengkritik filem namun ada sesuatu yang berbeza MASKULIN saksikan menerusi ‘Aquaman’.
Adakah ia mampu mengulangi kehebatan filem ‘Wonder Woman’ yang dianggap antara filem superhero terbaik dalam sejarah? Sejujurnya ia belum mencapai tahap itu. Tapi seriously bro, ‘Aquaman’ merupakan antara filem superhero terbaik bagi tahun 2018.
Antara elemen terbaik dipaparkan dalam filem ini ialah sequence aksinya yang disusun dengan cukup baik. Melihat sahaja nama James Wan, pengarah berasal dari Sarawak ini sudah memberikan keyakinan kepada MASKULIN apatah lagi hasil-hasil kerjanya sebelum ini seperti ‘Furious 7’ dan ‘Saw’ menjadi filem rujukan buat ramai penggiat filem sendiri.
Visual yang dihasilkan untuk menggambarkan sebuah tamadun yang jauh berbeza dari dunia kita benar-benar mengagumkan. Ia seolah kita berada di dunia asing dengan segala kelengkapan, teknologi, budaya dan interaksi yang jauh berbeza.
Filem ini juga bertindak sebagai sebuah pengenalan buat karakter Aquaman sendiri. Permulaan cerita disusuli dengan prolog bagaimana ayahnya seorang penjaga rumah api bertemu dengan seorang puteri Atlantis bernama Atlanna. Mereka kemudian jatuh cinta dan berkahwin, lalu lahirlah Arthur Curry yang namanya juga diambil bersempena dengan nama taufan yang melanda ketika itu.
Arthur membesar dengan mengetahui identiti dirinya yang unik dan belajar bagaimana untuk mengawal kuasa yang diwarisinya. Sejak kecil dia sudah terpisah dengan ibunya yang terpaksa pulang ke tempat asal demi menyelamatkan nyawa Arthur dan ayahnya.
Naratif yang dibawa oleh antagonis dikenali dengan nama samaran Black Manta pula kelihatan agak lemah. Misi membalas dendamnya terhadap Aquaman dilihat terlalu linear dan tidak dikembangkan dengan baik. Walau bagaimanapun kredit harus diberikan terhadap pencipta sut Black Manta yang memang awesome gila!
Lakonan Jason Momoa juga agak baik, tetapi ia hanya menepati expectation sahaja. Tak ada kurang dan tak ada lebih. Banter antara dia dan Mera lakonan Amber Heard juga agak menyeronokkan walaupun kadangkala nampak agak awkward dan klise.
Secara keseluruhan, ‘Aquaman’ menjanjikan satu prospek yang lebih baik untuk DCEU walaupun ia dilanda pelbagai kontroversi terutamanya melibatkan perancangan belakang tabir. Peminat-peminat DCEU pastinya boleh menarik nafas lega dengan ‘Aquaman’ yang sebelum ini diletakkan dengan harapan cukup tinggi.
RATING MASKULIN: 3.5/5
PERADUAN MASKULIN X AQUAMAN
HADIAH UTAMA x 4
T-shirt Aquaman
Buku nota Aquaman
HADIAH KEDUA x 2
Ladies Tank Aquaman
Metal phone ring Aquaman
HADIAH KETIGA X 4
Topi Aquaman
HADIAH SAGUHATI x 10
Pas tayangan berkembar WB
Soalan:
1. Siapakah pelakon yang membawakan watak sebagai Orm?
2. Apakah ikatakan antara Orm dan Aquaman?
SYARAT:
1) Sila share posting ini ke laman media sosial, copy link dan paste bersama jawapan
2) Like Facebook & Instagam MASKLULIN
3) Hantarkan jawapan sebelum 20 Disember 2018
4) Emelkan jawapan ke mohd_farizul@ideaktiv.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI