Siapa tak kenal dengan lelaki sado dan kacak Nazrief Nazri, bermula daripada program pencarian bakat, ‘Hero Remaja’, Nazrief yang pada awalnya melangkah ke dalam industri sebagai seorang model, kini mula dikenali sebagai seorang pelakon,pengacara dan penyanyi dan terus berjaya dalam karier seninya.
Bagi yang tidak tahu, Nazrief sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam dunia nyanyian sejak usia belasan tahun. Pelakon berusia 26 tahun itu menyertai banyak pertandingan nyanyian pada zaman persekolahan, cuma rezeki dalam bidang lakonan hadir terlebih dulu.
“Saya percaya diri sedang berada di landasan yang betul. Insya-Allah dengan usaha dan doa, saya harap akan dapat mengecapi kemuncak kerjaya suatu hari nanti,” katanya
Muzik lagu Cinta Semalam nyanyian Naz yang dimuat naik dilaman YouTube pada akhir Jun lalu sudah ditonton 415,050 pelayar internet setakat ini. Meskipun masih kabur dengan keupayaannya menambat hati peminat sebagai penyanyi, Nazrief tekad dengan pendiriannya untuk mengimbangi semua cabang seni yang diceburinya.
Kini Naz sibuk menyempurnakan rancangan rancangan Buletin musim kedua di saluran HyppTV. Untung pengetahuan korang, program ini mengisarkan tentang paparan sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan dan persatuan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Menurut Naz lagi, program ini sangat menyentuh jiwa dia dan ia mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesusahan orang disekeliling kita dan memerlukan bantuan daripada kita.
Selain hebat berlakon, Naz juga berkebolehan dalam bidang pengacaraan. Menurut Naz, dia mengagumi bakat yang ada pada Aliff Satar dan mahu mencontohi dan ikut jejak langkah figura tersebut.