“Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me”
Itulah kata-kata semangat yang dipegang sehingga ke hari ini oleh Faiz Saumi, sorang pembantu penyelidik di Universiti Sains Malaysia, Penang.
Untuk turunkan berat badan terutamanya dari 116kg ke 66kg memang bukanlah sesuatu yang mudah, namun jika ada kesungguhan dan tekad segala-galanya akan berubah menjadi nyata.
Dari berbadan gempal kini dirinya berubah menjadi seperti lelaki mempunyai tubuh yang fit! Penampilanya juga berubah bertambah lebih baik.
Diet yang digunakan hanyalah cut sugar dan melakukan beberapa senaman.
“Benda ini terjadi masa bulan puasa tahun lepas, asal saya 116kg, lepas tu dia turun mendadak dan ada perubahan.
“Saya bertekad untuk diet terus tetapi bermula dengan kuantiti makan yang sikit. Minuman bergula masih macam biasa.
“Kemudian saya buat research yang nak lagi drastik, kita kena cut sugar. Saya tekad, masa itu bulan Oktober 2019.” Kongsinya kepada Maskulin
Bijak percaturan, Faiz turut memasang strategy dan target untuk turun sebelum bulan puasa tahun ini.
“Macam bulan puasa pada tahun ini saya dah target berat badan saya mesti 66kg sebab nak aim makan sedap-sedap di bulan Ramadan. Alhamdulillah saya capai target tersebut.
“Maka bila saya terbabas di bulan puasa, saya tak khuatir dan risau Sebab saya dah dapat cover berat yang saya nak walau rasa bersalah akan hadir sebab kita sudah terbiasa dengan amalan diet yang kita buat.” Tambahnya lagi.
Di Facebook milik Faiz, dia sering sahaja berkongsi amalan seharian yang dilakukan hingga ke tahap ini.
“Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.
Jam 10.00-11.00 pagi:
Makan lagi buat macam snacking sambil buat kerja buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.
Jam 1.00-2.00 petang @ lunch time:
Wajib ambil lunch ye! Jangan sesekali skip lunch! yang biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yg tidak bergoreng).
Jam 3.00-4.00 petang:
buat snacking lagi seperti epal / kekacang / jambu batu / buah naga / pisang.
Jam 5.30-6.30 petang:
Ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.
Jam 7.00-7.30 malam @ dinner time:
Saya elakkan nasi untuk waktu malam. Tapi saya akan ambil sumber protein yang banyak untuk naikkan otot hasil penat dari workout.
Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yang besar. Antara sayur sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.
Jam 9.00-9.30 malam:
Selepas isyak, saya akan buat teh hijau panas tanpa gula.