Hospital pemulihan swasta pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital ReGen Rehab menjadi tuan rumah kepada bengkel “Resipi Untuk Pemulihan” yang pertamanya demi memperkenalkan langkah-langkah penting untuk hasil pemulihan yang terbaik.
“Resipi Untuk Pemulihan ini mencerminkan komitmen kami untuk “Bringing You Back” kepada keadaan diri anda yang terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab, Hanafi Salehuddin
“Dengan adanya perkadaran tertinggi ahli terapi dengan latihan sub-kepakaran di hospital rehabilitasi, kami akan terus meningkatkan kualiti penjagaan pesakit kami, menlangkaui jangkaan pemulihan.
“Saya amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh ReGen Rehab dalam menerajui amalan pemulihan yang terbaik di Malaysia untuk manfaat pesakit dan juga penjaga,” tambahnya.
Dengan adanya pelbagai rangkaian perkhidmatan untuk pesakit dalam, pesakit luar dan pemulihan harian, ReGen Rehab secara konsisten mengangkat piawaian baharu bagi perkhidmatan pemulihan dan memperoleh pengiktirafan sebagai perintis inovasi dalam penjagaan pesakit holistik.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan dan Pakar Perunding Pemulihan ReGen Rehab, Datin Dr Lydia Abdul Latif, penganjuran “Resipi untuk Pemulihan ini bertujuan mendidik orang ramai agar dapat memahami dengan mendalam tentang proses pemulihan dan pelbagai aspeknya.
“Rehabilitasi ialah proses dinamik yang merangkumi langkah-langkah yang berbeza – kepakaran perubatan, pendekatan terapeutik atau panduan pemakanan, semuanya digandingkan dengan harmoni untuk menghasilkan pengalaman pemulihan yang transformatif,” jelas Dr Lydia.
“Apabila semua faktor tersebut diambil kira, para pesakit akan menjalani proses pemulihan yang lebih cepat dengan hasil yang lebih baik, mengoptimumkan kualiti hidup dan kesejahteraan mereka, seterusnya menjadikan kos keseluruhan bagi perubatan dan sosial lebih rendah”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Rehabilitasi dan peranan ReGen Rehab dalam “Resipi Untuk Pemulihan” anda, layari laman web atau laman media sosial Facebook dan Instagram.
View this post on Instagram
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI