Bercakap tentang kopi memang ramai sekali peminatnya.

Setiap hari boleh katakan sekuruh rakyat Malaysia membelanjakan ratusan ribu ringgit hanya untuk minuman yang boleh menyegarkan diri dari rasa mengantuk.

Antara jenama minuman yang sering menjadi sebutan peminat kopi ialah Starbucks. Tapi kalau nak beli setiap hari memang mencabar poket juga dibuatnya.

Ads

Resipi Kopi DIY Ala-Starbucks Versi Jimat, Buat Sendiri Pun Boleh!

BACA: 11 Idea Resepi Air Detoks Untuk Buang Toksin, Kesannya Pasti Kempis & ‘Flat’ Punya Perut Tu Dalam Seminggu!

MASKULIN tertarik dengan perkongsian seorang pengguna Twitter @amaazmi yang pernah membuat perkongsian resipi istimewanya iaitu kopi ala-Starbucks. Ternyata ramai yang sangat berminat dengan resipinya ini.

Ads

Anda pun MASKULIN yakin berminat nak cuba bukan? Jom kita ikuti bagaimana nak hasilkan kopi ‘meletop’ ini sendiri di rumah.

Berikut merupakan resipinya.

Ads

Bahan-Bahan:

Resipi Kopi DIY Ala-Starbucks Versi Jimat, Buat Sendiri Pun Boleh!

  • 2 sudu Milo
  • 1 paket Nescafe Latte
  • 1 paket Oldtown White Coffee Mocha
  • 1 sudu Nutella (Tak letak pun takpe)
  • Susu putih (Dutch Lady)

Cara-Cara:

Resipi Kopi DIY Ala-Starbucks Versi Jimat, Buat Sendiri Pun Boleh!

  1. Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan.
  2. Masukkan 2 sudu Nutella pula dan larutkan air panas.
  3. Masukkan 1/4 cawan susu putih. Letak ais.

Senangkan? Selamat mencuba semua!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI