
Selalunya bab memasak ini diberikan 100% tanggungjawap dibahu isteri, tapi tak salah juga kalau suami menolong sekali sekala. Melalui shared di Facebook saudara Muhammad Ahmad berkongsi resepi Ayam Masak Bali gaya encik matt.Tambahan beliau resepi air tangannya ini mampu buat isteri dan tersayang gembira. Untung isteri Encik matt ni kan.
Mari kita lihat perkongsian lelaki ini:
Hari ini adalah yang ke 3 saya masak untuk isteri. Oleh kerana anak demam, isteri pula banyak bantu saya uruskan perniagaan. Maka sedikit hadiah buat tersayang agar tidak sibuk di dapur semata untuk hilangkan lapar suami dan anak.
Ayam Masak Bali gaya encik matt.
Bahan-Bahan;
Paling utama:
- 6-8 batang serai.
- Daun kari(segenggam)
- Ayam
Bahan untuk dikisar:
- 7-10 biji bawang merah
- 1 labu bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 1-2inci halia
- segenggam lada kering
- 5 biji cili api
Langkah-Langkah Memasak
- Goreng ayam dgaul dengan kunyit jangan garing sangat
- goreng serai dan daun kari(guna secawan minyak yang goreng ayamtadi)
- Dah naik bau masukkan bahan yang dikisar tadi.
- Setelah mendidih atau pecah minyak masukkan ayam dan gaul sehingga masak. Untuk manis letak gula melaka dan sedikit garam laut atau kicap.
Boleh cuba nanti resepi ni nanti, pasti satu family gembira.
Sumber : Muhammad Ahmad
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ini Kenapa Berkahwin Dengan Anak Sulung Lebih Kekal Lama

ANAK SULUNG SANGAT DIPERCAYAI
Dalam kehidupan, anak sulung ni ibarat pengalaman pertama buat mereka yang mendirikan rumah tangga. Jadi, banyak perkara yang hendak dilakukan atau dihadapi oleh anak sulung, turut menjadi satu kerisauan buat para ibu bapa. Sama ada dalam hal memandu kenderaan, atau masuk ke alam universiti, atau ke alam pekerjaan mahupun perkahwinan, kebanyakan ibu bapa sangat berhati-hati.
Naluri mereka sebagai anak sulung dalam keluarga telah membuatkan mereka yakin mereka mampu untuk menjadi ‘leader’. Hatta, kadangkala dalam pergaulan sekalipun, biarpun dalam kelompok yang lebih berusia, mereka mampu didominasi oleh karakter anak sulung tadi. Kebanyakan anak sulung YAKIN mereka boleh berdikari dan melakukan banyak perkara tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Mereka pasti suka jika diberikan ayat seperti, “Abang, boleh tolong bank in kan bla..bla..”, “Kakak, tolong mama sekian sekian…”. Mereka akan cuba untuk buktikan merekalah yang terbaik.
Jadi, kadangkala apabila ibu bapa mahupun insan lain yang cuba untuk mengatur itu dan ini, dan jika perkara itu kelihatan tidak diberikan kepercayaan, mereka akan menjadi tertekan. Sebagai contoh, pengalaman pertama mereka memandu kenderaan. Ada sesetengah yang tidak suka dikritik sebelum melihat terlebih dahulu mereka memandu. Oleh itu, BERIKAN KEPERCAYAAN. Kurangkan sedikit perasaan ragu-ragu dan terlalu bimbang. Mereka boleh lakukannya! Percayalah.
PENTINGKAN ORANG SEKELILING
Sebagai anak sulung, mereka ibarat menyambung HARAPAN ibu dan ayah yang perlu direalisasikan. Ibarat cerita dongeng yang sudah siap 80%, 20 % bakinya mereka merasakan merekalah yang perlu menyudahkannya. Biarpun kadangkala perkara itu terpaksa untuk menyebabkan beberapa harapan sendiri terkorban. Seringkali dalam hidup mereka, keputusan yang bakal dilakukan itu mengambil kira 360 darjah insan terpenting dalam hidup mereka. Jika insan terpenting ialah ahli keluarga dan ibu bapa, maka kepentingan untuk mengutamakan ibu bapa dan keluarga lah yang akan mendominasi keputusan anak sulung tadi.
Bukan apa, mereka cuma tidak mahu menyusahkan insan terpenting dalam hidup mereka. Menyusahkan ini dalam erti kata menyebabkan orang lain menjadi terbeban dengan keputusan yang bakal diambil. Banyak perkara yang dibuat perlu mengambil kira kebahagiaan insan terpenting sebelum diri sendiri. Biarpun terluka, namun kebahagiaan itu ialah apabila melihat insan terpenting dalam hidup mereka bahagia.
TIDAK DILIHAT LEMAH
Rata-rata karakter anak sulung kelihatan seperti ceria dan suka menghiburkan orang lain. Namun, dia menyimpan sejuta satu rahsia yang hanya akan diceritakan hanya kepada insan-insan terpilih sahaja. Banyak kisah privasi sendiri yang dipendam; tidak diceritakan kepada sesiapapun hatta ibu dan bapa sendiri. Kadangkala nampak seperti kayu atau batu kerana tidak pandai untuk mempamerkan perasaan kasih sayang. Ada masa mereka akan menjadi keanak-anakan.
Apa yang paling penting, mereka tidak mahu dilihat lemah oleh ibu bapa, dan adik-beradik yang lain. Luaran nampak macho, tapi dalam hati ada taman. Mereka sebenarnya cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan insan sekeliling, namun mungkin disebabkan ego mereka ini, mereka dilihat kurang romantis dalam perhubungan. Jadi kepada yang ada abang atau kakak yang tak reti nak bermanja-manja, mereka bukan tak suka atau tak sayang. Tapi, control macho gitu. Haha. Hakikatnya, mereka sangat sayangkan korang. Cubalah sesiapa menyentuh sensitiviti berkenaan keluarga, memang berapilah. Dan, mereka sangat protective keluarga sendiri.
SANGAT BERTANGGUNGJAWAB
Semakin membesar, anak-anak sulung sebenarnya sedang menggalas expectations daripada insan sekeliling terutama ibu dan bapa. Semasa proses membesar, mereka kerap diceritakan dengan kisah-kisah kesusahan ibu bapa, kisah-kisah kejayaan orang lain, mungkin juga kisah-kisah kejayaan ibu bapa sendiri. Perkara-perkara ini menjadi suatu motivasi untuk mereka berusaha meraih apa yang dihasratkan. Namun begitu, kadangkala kita sebagai insan terdekat kurang memberi sokongan.
Kadangkala apabila kita terlalu meletakkan expectation semata-mata, sedangkan tidak mampu digalas pun oleh anak sulung tadi, maka ia boleh menjadi penyebab kepada tekanan dalam diri. Mereka akan berfikir bahawa mereka telah mengecewakan perasaan orang lain seterusnya merasakan kekurangan dalam diri mereka. Sebaliknya, jika kita kurang untuk meletakkan expectation, namun banyakkan sokongan, mereka pasti akan berasa sedikit kebebasan dalam membuat sebarang pilihan dalam hidup. Ingatlah, bahawa KITA BUKAN TUHAN yang berhak mengaturkan itu dan ini. Sebaliknya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja. Selebihnya, TAWAKKAL kepada TUHAN. Perkara inilah yang seringkali kita tersilap.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Apa Benda Mudah Buat Lelaki Ketagih?

Ketagihan adalah gangguan kompleks yang dicirikan dengan penggunaan dadah kompulsif. Ketagihan boleh dibahagikan kepada beberapa sub-jenis dengan dua cara. Pertama, orang boleh menjadi ketagih kepada beberapa ubat atau beberapa tingkah laku. Kedua, terdapat dua jenis bahan penyalahgunaan: penyalahgunaan bahan dan kebergantungan / dependens bahan.
Seseorang boleh menjadi penagih dadah sehari-hari atau dengan beberapa tingkah laku.
Terdapat beberapa bahan yang boleh membuatkan anda ketagih, termasuk:
- Alkohol
- Tembakau
- Opioid (seperti heroin)
- Dadah preskripsi (sedatif, hipnotik, atau anksiolitik seperti pil tidur dan penenang)
- Kokain
- Ganja (marijuana)
- Bahan peransang / Stimulan (seperti methamphetamine, dikenali sebagai meth)
- Halusinogen
- Inhalan / Ubat sedut
- Phencyclidine
Juga, terdapat beberapa orang yang ketagihan kepada tingkah laku.
- Makan
- Seks, atau menonton pornografi
- Permainan komputer / internet
- Bekerja
- Bersenam
- Obsesi spiritual (berbanding dengan ketaatan agama)
- Kesakitan
- Pemotongan
- Membeli-belah
- Kecelaruan eksplosif selangan (Intermittent explosive disorder)
- Kleptomania
- Piromania
- Perjudian
Dua jenis ketagihan adalah kepada dadah dan alkohol: Penyalahgunaan bahan dan pergantungan bahan. Kedua-duanya tidak sama dengan ketagihan secara langsung tetapi penggunaan bahan-bahan secara berbahaya. Ketagihan adalah kedua-dua psikologikal dan tingkah laku. Ketagihan dikaitkan dengan kerinduan / keinginan, kompulsi, ketidakupayaan untuk mengelakkan penggunaan dadah dan disfungsi gaya hidup yang disebabkan oleh penggunaan dadah. Tanpa mengira bahan, pergolakan dalam kehidupan seseorang boleh disebabkan oleh salah satu jenis.
Penyalahgunaan Bahan
Penyalahgunaan adalah lebih ringan daripada pergantungan. Mereka yang mempunyai penyalahgunaan bahan mesti memenuhi beberapa kriteria yang berlaku dalam tempoh 12 bulan:
- Mempunyai kesukaran melengkapkan tanggungjawab: Sebagai contoh, enggan bekerja kerana minum alkohol atau menggunakan dadah
- Gunakan bahan-bahan dalam keadaan berbahaya secara fizikal
- Mempunyai berulang-ulang masalah undang-undang kerana penggunaan bahan, seperti berkali-kali mendapat saman pemanduan di bawah pengaruh atau caj dadah
- Terus-menerus menggunakan alkohol atau dadah walaupun akibatnya terhadap masalah sosial, seperti pengasingan
Kebergantungan Bahan
Jenis ketagihan yang lebih serius adalah pergantungan bahan. Mereka yang mempunyai ketergantungan bahan memenuhi tiga daripada tujuh kriteria berikut yang berlaku dalam tempoh satu tahun:
- Toleransi terhadap bahan tersebut. Seorang penagih mungkin memerlukan sejumlah besar alkohol atau dadah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan kesan yang sama
- Simptom-simptom penarikan (Withdrawal symptoms). Terdapat tekanan / stres fizikal dari semasa ke semasa apabila mereka berhenti menggunakan dadah
- Penggunaan yang berpanjangan. Ini berlaku apabila orang itu telah menggunakan dadah untuk tempoh yang lebih lama daripada yang mereka perlukan pada asalnya
- Tidak boleh berhenti. Orang yang bergantung kepada bahan akan menghadapi masalah untuk mencegah diri mereka atau mengurangkan dadah pilihan mereka
- Kehilangan masa. Pesakit menghabiskan banyak masa mencari, menggunakan, atau memulihkan diri daripada bahan selepas penggunaan
- Ponteng kerja atau aktiviti lain
- Tidak menghiraukan kesannya. Pesakit terus menggunakan dadah walaupun mereka sedar akibat negatifnya. Sebagai contoh, seseorang yang bergantung kepada alkohol boleh minum ia walaupun ia memberi mereka masalah sakit perut dan masalah hati.
OLEH : NURUL NAZRAH
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Kena Pilih Dan Amal Sayuran Yang Tepat Untuk Kulit Kekal Bersih Dan Sihat

UNTUK PENYAKIT KARDIOVASKULAR (JANTUNG) PULA, BANYAK BUKTI MENUNJUKKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN BOLEH MENGURANGKAN RISIKO KERANA KEPELBAGAIAN KANDUNGAN KHASIAT, KALIUM DAN SERAT YANG MEMPUNYAI MANFAAT TERSENDIRI.
Bagaimanapun, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan kimia yang digunakan dalam penanamannya lantas menimbulkan keperluan untuk memilih dengan teliti produk tani ini supaya tidak memudaratkan.
Kandungan sisa racun serangga dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan kepada pengguna kerana ia menjadi ia boleh punca kepada penyakit berbahaya seperti kanser.
Tip memilih makanan hijau:
– Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama. Ini kerana produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunakan kaedah pengeluaran makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesan dan pelbagai faktor pengeluaran yang sama. Dengan menukar punca makanan akan mengurangkan risiko pengumpulan sesuatu bahan toksik.
– Tanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan
Menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yang segar dan selamat dimakan.
– SERANGGA JADI PENUNJUK
MAKANAN HIJAU YANG ADA (SEDIKIT) KESAN SERANGGA MENUNJUKKAN IA KURANG ATAU TIADA SISA RACUN PEROSAK, BAGAIMANAPUN HATI-HATI AKIBAT PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS RACUN PADA TEMPOH YANG LAMA BOLEH MENYEBABKAN MAKHLUK PEROSAK LALI DENGAN RACUN ITU.
– Cuci bersih
Mencuci makanan hijau dapat mengurangkan 10 hingga 20 peratus sisa racun yang terdapat di kulit sayuran atau buah-buahan.
– Organik pilihan yang baik
Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan racun perosak. Selain memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas dari racun perosak, pengguna perlu memastikan ia juga selamat dimakan dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.
Panduan memilih
– Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dalam keadaan elok, tidak berkedut dan kulitnya kelihatan banyak mengandungi air.
– Buah-buahan segar mestilah rangup apabila dimakan.
– Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila dipatahkan.
– Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air.
– Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah berwarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.
Cara menyimpan
– Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama.
– Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh, dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.
– Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.
– Elakkan menggunakan beg plastik untuk mengelakkan buah menjadi layu dan vitaminnya hilang.
– Buah-buahan seperti pisang jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.
– Sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain sebaik saja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI