Anda masih boleh turun 5kg sebulan walaupun buat diet santai tanpa berlapar. Sebenarnya banyak cara dan tip yang anda boleh amalkan. Cuma nak ikut atau tidak sahaja.
Terung John. Menu rendah karbo yang enak dan mampu menjadi salah satu hidangan bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan.
Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN:
1 biji terung panjang – potong memanjang
1 homemade beef patty/daging burger
3 biji telur
Garam pink himalaya
Serbuk lada hitam
Sedikit daun ketumbar
Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali.
2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan.
4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan.
6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
8. Terung John enak sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noorul Izzah Marzuki
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bersenam Terlalu Lama Membuatkan Anda Cepat Tua
Isi Kandungan
TogglePenuaan tidak dapat dielakkan dalam kitaran hidup seseorang. Ia berlaku kepada sesiapa sahaja daripada kita, walaupun kuat dan sihat. Sebaik sahaja memulakannya, anda mungkin mengalami banyak perubahan yang tidak dijangka di dalam badan, seperti refleks yang perlahan, tulang yang lemah, kedutan, masalah ingatan dan insomnia. Beberapa kesan awal penuaan muncul sekitar usia 35 dan kemudian cenderung meningkat dengan cepat.
Elemen paling penting untuk menentukan berapa cepat dan lambat umur anda adalah bagaimana anda bersenam dan jenis senaman yang anda lakukan. Yang menghairankan, terlalu banyak senaman yang boleh mempercepatkan proses penuaan.
SENAMAN YANG TERLALU LAMA BUAT ANDA NAMPAK TUA?
Selain membawa kepada kesihatan dan kecergasan, melakukan terlalu banyak senaman adalah punca utama meletakkan badan anda di bawah tekanan yang melampau dan stres. Dan apabila anda tertekan, kortisol dilepaskan pada tahap yang tinggi. Kortisol boleh menyebabkan keletihan, kehilangan ingatan, berat badan perut, insomnia dan malah lebih menakutkan, memecahkan kolagen – risiko penuaan pra-matang.
Bersama dengan kortisol, apabila anda bersenam, badan anda mengeluarkan hormon yang dipanggil endorfin dalam masa 30 minit. Ini hormon rasa baik yang berinteraksi dengan reseptor di dalam otak dan mewujudkan perasaan positif di dalam badan. Tetapi apabila anda memaksa badan anda untuk bersenam berlebihan, anda tidak lagi merasa teruja dan euphoric. Sebaliknya, anda mungkin merasa mual dan letih sepanjang masa. Jika anda terus mengulanginya, badan anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk sembuh. Dan anda berusia lebih cepat.
JADI APAKAH SENAMAN YANG BAIK?
Daripada senaman berlebihan, anda perlu memikirkan cara untuk melakukannya dengan betul dan menikmati manfaat terbaik daripada senaman. Semua yang anda perlukan adalah kira-kira 30-40 minit senaman empat kali seminggu.
Anda boleh melakukannya dua kali seminggu, dan kemudian menghabiskan dua hari kepada latihan kekuatan, menari dan yoga. Ambil masa yang cukup antara senaman.
Masukkan yoga dalam rutin kecergasan anda adalah disyorkan. Yoga bukan sahaja mengekalkan fokus otak anda, melegakan otot dan semangat anda, membawa anda fleksibiliti, tetapi ia juga membantu anda kelihatan lebih muda, mencegah jerawat, dan mengurangkan proses penuaan.
Anda boleh cuba beberapa langkah Yoga seperti Child’s Pose, Down-ward Dog, Legs-Up-The-Wall dan Sun Salutations. Kesemua mereka boleh berbuat baik dengan meningkatkan aliran darah dan menjadikan kulit berseri bercahaya.
Senaman adalah bermanfaat bagi kebanyakan kita tanpa mengira umur, dengan syarat anda melakukannya pada tahap yang stabil dan teruskan dengan tempoh garis panduan. Ingat supaya tidak bekerja terlalu keras jika anda tidak mahu lebih berusia daripada umur. Lakukannya dengan bijak dengan senaman yang sederhana akan lebih bermakna untuk kesihatan, kemudaan, jangka hayat anda.
Oleh : Farah Aziz
Sumber : https://hellodoktor.com/
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Gerakan Elak Gemuk
Adakah anda pernah berada pada situasi ini. Rakan anda mengambil makanan dengan kerap dalam masa sehari seperti nasi lemak, ayam goreng, mi goreng dan tidak melakukan senaman tetapi tidak pula badannya tergolong dalam obesiti. Anda punyalah susah mengawal diet tidak pula kurus macam kawan anda tu. Adakah anda berasa pelik? Adakah anda patut menyerah kalah?
Keradaan ini ada berkait rapat dengan kadar metabolisme dan genetik seseorang. Secara ringkasnya, metabolisme adalah proses kimia yang menukar bahan makanan ke dalam bentuk tenaga. Ada orang yang dilahirkan dengan metabolisme tinggi, jadi dia sukar mendapat kegemukan. Manakala orang yang mempunyai metabolisme rendah mudah mendapat kegemukan. Metabolisme akan mula menurun pada umur 25 .
Semakin meningkat umur seseorang tu, makin rendah metabolismenya. Kita akan perasan orang yang berumur 30 tahun nampak sedikit gemuk dan seterusnya. Kadar metabolisme seseorang itu berbeza mengikut jantina, umur, genetik, tahap aktif, dan sebagainya.
Untuk mengelakkan seseorang tu menjadi obesiti, ia bergantung pada berapa cepat kadar metabolismenya. Metabolisme boleh di tingkatkan dengan beberapa cara selain bergantung pada genetik. Salah satu caranya adalah meningkatkan penggunaan tubuh badan dengan menambah otot-otot. Lagi banyak otot seseorang itu, lagi banyak jumlah kalori untuk dibakar.
Cara meningkatkan Metabolisme
– Melakukan ‘weight training’
– Senaman kardiovaskular
-Minum air secukupnya
-Jangan elak makan pada waktu yang ditetapkan
-Aktifkan tubuh anda dengan aktiviti harian
- Goblet Squat
Senaman squat penting kerana senaman ini menggunakan pelbagai otot kaki berbanding dengan senaman yang lain. Lagi banyak otot digunakan maka lagi banyak kalori di perlukan untuk dibakar. Letakkan dumbbell di hadapan anda dengan merapatkan siku ke badan. Mulakan squat dengan posisi berdiri tegak, pandang ke hadapan. Squat serendah 90 darjah dan ulangi langkah ini sebanyak 30 kali.
- Static Reverse Lunge
Berdiri dengan membuka kaki anda, langkah ke belakang dengan jarak yang optimal dan pastikan tubuh dalam keadaan stabil. Semasa anda melangkah ke belakang, pastikan anda dalam posisi 90 darjah. Tolak kembali tubuh anda ke hadapan. Sekiranya mudah bagi anda, tambah bebanan dengan meningkatkan berat dumbbell. Lakukan sebanyak 30 kali.
- T Formation Press-up
Senaman bagi meningkatkan kekuatan pada oblique serta otot abdominal anda. Mulakan pada posisi push up, kemudian pusing ke kanan jadi berat badan anda akan diletakkan pada tubuh badan anda di bahagian kiri kemudian tukar posisi. Lakukan sebanyak 30 kali.
- Mountain Climber
Mulakan dengan posisi seperti push up. Kemudian, angat satu kaki anda dan rapatkan lutut pada dada. Sentuh kembali kaki pada lantai dan lakukan pada sebelah kaki lagi. Lakukan senaman ini selama 1 minit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Cara Efektif Buat Orang Gemuk Cepat Kurus Dalam Masa Sebulan
Isi Kandungan
ToggleKalau nak cepat kurus dalam masa sebulan pastikan anda ikuti panduan ini dalam misi untuk cepat kurus dan buang lemak. Yang penting, anda kena ada kesungguhan untuk berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.
Bukan lagi rahsia, 10 tip ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa lagi, jom mulakan hari ini!
BACA: Ikut 8 Waktu Terbaik Ini Untuk Minum Air Putih, Barulah Berat Mudah Turun!
1. Minum air secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
BACA: Ketahui Suplemen Baik & Tak Elok Untuk Lelaki
2. Jangan lupa ambil suplemen kalsium
Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.
BACA: Yang Serius Nak Diet, Baca Coach Ini Kongsi 12 Idea Mudah & Jimat Nak Pilih Makanan!
3. Makan snek di antara waktu makan
Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.
BACA: Amal 5 Jenis Regangan Mudah Ini Pasti Tidur Anda Lebih Nyenyak!
4. Tidur yang secukupnya
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
BACA: Rahsia Tukar Cara Berdoa Ikut 6 Formula Ini, Mampu Ubah Kehidupan Jadi Lebih Baik!
5. Jangan stres
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.
BACA: 7 Perkara Ini Wajib Buat Di Waktu Pagi, Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun!
6. Dapatkan cahaya matahari yang cukup
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.
BACA: Senaman Pernafasan Orang Jepun Ini Mampu Hilangkan Berat Badan, Buat 2 Minit Sehari!
7. Buat senaman menggunakan pemberat
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
BACA: Kalau Nak Vitamin C Beri Manfaat Untuk Anda, Elok Amalkan 3 Tip Ini!
8. Vitamin C tingkatkan metabolisme
Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
BACA: 12 Aktiviti Yang Mudah Membakar Kalori, Salah Satunya Tengok Cerita Seram!
9. Ambil makanan pedas
Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
BACA: Kalau Nak Buang Lemak, Ini 5 Jenis Teh Kurus Yang Bagus Untuk Anda Minum!
10. Minum teh hijau atau teh oolong
Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI