Sedapnya Coney Dog kan tapi kalau teringin mesti kena pergi ke A&W kan….Apa kata lepas ni kita buat sendiri. Resepinya pun mudah, setakat masak macam ni tak kan la abang-abang yang maskulin tak boleh kan.
Sebenarnya asal usul Coney Dog berasal dari Amerika Syarikat dan sempena nama Pulau Coney…Ia mula dikenalkan dari abad ke-20 di Michigan dan lama kelamaan menjadi makanan kegemaran masyarakat Amerika Syarikat.… Jadi ini perkongsian resepi coney dog dari By Dapur Mama Rrose.


Bahan-bahannya:
Sedikit Buttercup
Dagin & Ayam cincang
Bawang putih potong dadu
Bawang Holland potong dadu
Sos cili
Sos Black paper
Sos Honey Bbq
Maggie Cukup Rasa
Gula




Cara2nya
- Cairkan buttercup tumis bawang putih dan bawang holland separuh masak,masukkan daging & ayam cincang tadi,kacau bagi sebati dan biarkan sehingga air daging & ayam tu kering
- Kacau bagi sebati,masukkan sos cili,sos black paper,sos honey bbq dan kacau rata
- Masukkan maggie cukup rasa & gula
- Kacau sebati dan tutup api
- Rasakan mengikut citarasa sendiri dan pastikan ada rasa pedas,masin dan manis
SELAMAT MENCUBA
Sumber : rrose rapii