Sahur itu penting. Itu perkara yang perlu kita semua ingat sepanjang mengerjakan ibadah puasa yang bermula pada hari ini.

Jadi amatlah penting kita mengambil makanan yang boleh memberikan tenaga mencukupi untuk bertahan seharian tanpa makan dan minum.

Oatmeal atau bijirin oat sudah diketahui ramai bahawa ia merupakan salah satu makanan yang sihat. Oar dikatakan boleh membantu untuk rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat kalau kita bersahur dengan Overnight Oats ni.

Resepi Sahur Sihat Overnight Oat Mampu Bekalkan Tenaga Tinggi Sepanjang Hari

Selain itu ia turut diperkayakan dengan serat yang baik untuk penghadaman dan boleh membantu untuk kurangkan kadar kolestrol dalam tubuh. Paling penting oat juga sangat sesuai untuk anda yang nak turunkan berat badan!

5 BAHAN ASAS

Bahan-bahannya ialah:

1. 5 ke 6 sudu besar rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman).

2. 1 cawan susu segar (saya gunakan susu Farm Fresh kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang).

3. 1-2 sudu besar yogurt asli (jenama Farm Fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat).

Ads

4. 1/2 sudu besar Chia seeds (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan Omega-3 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi).

5. 1-2 sudu besar madu (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga).

Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing. Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Resepi Sahur Sihat Overnight Oat Mampu Bekalkan Tenaga Tinggi Sepanjang Hari

Bagi menu yang lebih variasi anda boleh rujuk tambahan di bawah. Selamat mencuba!

Ads

Banana and blueberries overnight oats

Bahan tambahan:
Pisang
Beri biru (blueberries)

Pistachio joy with black raisins overnight oats

Bahan tambahan:
Pistachio
Kismis hitam

Mango lassi overnight oatmeal

Ads

Bahan tambahan:
Lassi mangga (mangga, natural yoghurt, susu segar, madu)
Potongan mangga

Apple-kurma (dates) overnight oats

Bahan tambahan:
Epal merah
Kurma – dicincang

Overnight choc – chia oats

Bahan tambahan:
Serbuk coklat
Extra chia seeds
Sirap coklat
Choc cube/ kinder (optional)

Nota Tambahan

Better makan fresh-fresh. Boleh simpan limit 3 hari sahaja. Anjeli pernah try.  Jangan simpan lama-lama sebab takut masam. Ada susu dan yogurt kan.Oat tak perlu masak sebab ni jenis instant. Kekacang tak perlu bakar ke panggang ke goreng ke sangai ke. What ever. Korang campur je semua.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI