
Barli merupakan satu jenis bijirin yang kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, manganese, selenium, zink, protein, asid amino, serat dan beberapa jenis antioksida yang lain.
Campuran air barli dan lemon dikatakan sangat berkhasiat untuk menurunkan kolestrol. Tak susah membuatnya. Kami lampirkan sekali resepinya disini. Selamat mencuba ya!
Bahan-Bahan:
Barli biji
Cara caranya:
1. Basuh barley & rendam seketika.
2. Masak barli sehingga lembut.
3. Masukkan dalam cawan – squeeze sdikit lemon + madu.
Kebaikannya
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ramai Berjaya Kuruskan Badan Hanya Dengan 5 Cara Ini

1.KURMA SEBAGAI MENU PAGI
Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
2.DILARANG SKIP SARAPAN
Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
3.AMBIL KOLESTEROL BAWAH 300 MG
Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari. Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yan
4.MAKAN BUAH SETIAP MALAM
Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus seperti lemon atau limau. Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
5.CUKUP PROTEIN
Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Badan Sixpack?Kena Tengok Apa Yang Ada Atas Pinggan Kamu Dulu

Membentuk sixpack memang salah satu yang paling susah dan memerlukan usaha yang kuat. Namun ia tidak bermaksud kamu tidak mungkin capai impian berbdan sado kan?
Kadang-kadang kesilapan yang kecil menyebabkan nak badan 6 pack tetapi akhirnya berjaya dapat perut yang ‘maju ke depan.’ Makan sudah jaga tapi tak berjaya juga. Di mana silapnya? Jom Kami Share cara dapatkan badan 6 pack yang sebenarnya berpunca daripada apa yang anda makan!
Peraturan Asas Tentang Makanan
1. Makan seperti Raja pada waktu pagi, makan seperti Putera waktu tengahari dan makan seperti pengemis pada waktu petang.
2. Ambil enam hidangan kecil setiap hari untuk menjaga paras gula dan minum air secukupnya (3 liter sehari)
3. Jangan tahan lapar lebih tiga jam kerana ini mengakibatkan badan anda menekan kapasiti untuk membakar kalori.
4. Jangan ambil makanan ringan selepas jam 11 malam.
Apa yang Patut di Makan?
Buah-buahan dan sayuran adalah wajib setiap hari. Untuk sarapan, ambil makanan tinggi karbohidrat seperti bubur, telur separuh masak atau telur masak hancur yang korang makan bersama roti gandum yang dibakar. Kalau teringin makanan ringan sekalipun ambil buah-buahan kering dan kekacang. Untuk sayuran, ambil bayam, brokoli, kobis dan kacang hijau.
Nak cepat dapat badan 6 pack kenalah ‘dibalance’ gaya pemakanan anda dengan aktiviti bersenam atau workout. Asyik makan benda berkhasiat tetapi badan terlentang atas sofa depan televisyen-hasilnya memang tak kemana. Sejam sebelum dan selepas buat senaman, ambil minuman berprotein.
Kalau nak makan daging, pilih daging kurang lemak. Dua hingga tiga cawan teh hijau juga baik diminum seharian kerana ia mampu membuang toksik dan mengelakkan perut buncit. Dalam masa yang sama, korang kena pastikan lemak dapat disingkirkan dari badan jadi jangan lupa ambil buah-buahan seperti oren, limau gedang dan lemon.
Makanan Mesti Elak!
Jangan guna banyak sos berperisa dalam makanan anda. Majoriti sos-sos berperisa ada banyak perisa tambahan yang tinggi kandungan garamnya. Daripada sos, baik guna minyak zaiton, minyak bijan, jus lemon atau sos soya kurang masin. Elakkan juga snek ringan seperti keropok, cokelat dan jem kerana ia akan buat anda ketagih dan menikmatinya dalam kuantiti yang banyak. Minuman 3 dalam 1 juga harus dielakkan dan pada waktu petang jangan ambil karbohidrat.
Contoh rutin Pemakanan Untuk bantu Dapat 6 Pack
7 pagi: Bubur oatmil beserta pisang, kismis dan teh hijau.
10 pagi: Dua biji telur separuh masak dilapisi daging salai di atas roti gandum
12 tengahari: Minuman protein yang diambil sebelum bersenam
2 petang: Minuman protein sekali lagi selepas bersenam, diikuti dengan makan daging dada ayam bersama bayam, tomato ceri dan kentang manis.
5 petang: Bar protein dan pisang
8 malam: Stik tuna gril bersama brokoli, lobak merah dan kale. ‘Tutup’ dengan pencucui mulut seperti betik dan jus limau.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sakit Telinga? Apa Puncanya? Jom Fahami Tentang Sakit Telinga

Pengenalan
Kesakitan telinga biasanya disebabkan masalah samada telinga luar (dari cuping telinga hingga gegendang telinga) atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga).
Ianya boleh disebabkan oleh masalah di tekak atau mulut seperti jangkitan pada tekak ( ‘tonsillitis’, ‘pharyngitis’).
Ketumbuhan pada tekak juga boleh menyebabkan kesakitan telinga.
Punca-punca
Berikut disenaraikan sebab-sebab utama kesakitan telinga.
- Tahi telinga
Tahi telinga boleh terkumpul di dalam saluran telinga (saluran auditori). Akhirnya ia akan membentuk plak, yang mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan.
- Tahi telinga
- Jangkitan pada saluran telinga
Bakteria (‘furunculosis’/bisul) atau jangkitan kulat (‘otomycosis’)
- Jangkitan pada saluran telinga
- ‘Eczema’
‘Eczema’ boleh berlaku pada saluran telinga, menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, bersisik dan gatal. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan dan kesakitan.Keradangan telinga tengah
- ‘Acute suppurative otitis media’
Kesakitan telinga biasanya bermula di dalam telinga. Keradangan telinga tengah ialah punca yang paling kerap dan biasanya (walaupun tidak semestinya) disebabkan jangkitan.Akibat tekanan yang meningkat pada telinga tengah, gegendang telinga meregang dan bengkak. Ini akan mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan. Faktor yang paling kerap ialah demam selesema.
- ‘Acute suppurative otitis media’
Tanda dan Gejala
Gejala-gejala berkaitan :
- Kurang pendengaran
- Kegatalan
- Lelehan telinga
Rawatan
- Tahi telinga termampat boleh dilembutkan dengan minyak zaitun atau sayuran atau ubat titik telinga sodium bicarbonate sebelum dikeluarkan oleh kakitangan perubatan yang terlatih/ENT doktor.
- Ubat titik telinga ini boleh dibeli di farmasi.
- ‘Syringing’ iaitu menyembur tahi telinga dengan air suam dan hanya boleh dilakukan oleh kakitangan perubatan yang terlatih sahaja. Amalan ini tidak boleh dilakukan pada telinga yang terkena jangkitan atau gegendang telinga berlubang. Prosedur ini jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang, penig, loya dan muntah.
- Ubat tahan sakit yang ringan seperti ‘paracetamol’ boleh diambil jika sakit menjadi teruk.
- Jangkitan pada saluran telinga mesti dirawat oleh pakar telinga hidung dan tekak. Ia memerlukan cucian yang sempurna, memasukkan kain yang berubat atau mungkin pembedahan.
- Ubat titik telinga yang mengandungi ‘corticosteroid’ boleh mengurangkan dan menyembuhkan radangan pada saluran telinga. Ubat Anti-bakteria atau anti-fungus mungkin diperlukan jika terdapat jangkitan. Pil atau suntikan antibiotik boleh digunakan untuk merawat bisul / ‘furuncle’ di dalam saluran telinga. Penyaliran nanah mungkin diperlukan.
- Kesakitan telinga akut beserta kurang pendengaran dan selesema menandakan jangkitan kuman pada telinga tengah. Keadaan ini memerlukan rawatan awal dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan ‘decongestant’. Ini untuk mengelakkan gegendang telinga pecah dan nanah meleleh.
Pencegahan
- Tahi telinga bergerak secara perlahan ke arah lubang telinga dan terkeluar. Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Bagaimanapun, kain boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada lubang telinga.
- Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian tengah, tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri. Ia juga menyebabkan berlakunya gegendang telinga berlubang dan jangkitan pada saluran telinga (otitis externa).
- Pengidap ‘Eczema’ perlu berhati-hati mengorek telinga dengan putik kapas kerana ia akan menyebabkan keadaan lebih teruk.
- Elakkan daripada menghembus hidung dengan kuat atau berenang / menyelam semasa mengalami selesema. Ini boleh menyebabkan jangkitan telinga tengah (otitis media)
sumber: myhealth.gov.my
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI