MASKULIN akui tak semua orang ada kepakaran atau kebolehan dalam bidang memperbaiki perlatan elektrik dan elektronik.
Kalau graduan jurutera memang tak payah cerita, perkara seperti ini merupakan ‘makanan’ harian mereka.
Antara peralatan elektrik yang sering dimiliki oleh majoriti orang ialah kipas angin. Tapi pernahkah anda berdepan dengan kipas yang kelajuannya semakin menurun?
Jpadi bagaimanakah anda nak kembalikan kelajuannya kepada asal. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle @lutfyhady.
Perkongsian menerusi bebenang di Twitter oleh beliau menunjukkan cara-cara bagaimana untuk membaiki kipas yang perlahan kembali kepaada kelajuan asal.
Ikuti perkongsian beliau di bawah.
Mula-mula buka sangkar kipas dan juga buka penutup head.
Kemudian buka sampai habis hingga nampak kotak hitam atau kapasitor di dalam.
Dapatkan kapsitor yang sesuai mengikut value tertera di kedai perkakasan elektrik.
Jika remeh nak buka satu-persatu, kerat terus dan solder dengan kapasitor baru.
Untuk wayar hitam boleh balutnya dengan pelekat hitam, kemudian pasang dan skru semula sampai habis.
Iptulah antara beberapa langkap serta tip yang dikongsikan oleh @lutfyhady. Semoga perkongsian beliau boleh memberikan manfaat kepada anda semua pembaca MASKULIN.
Yang terakhir sekali jelasnya;
Selamat mencuba!
Kredit: @lutfyhady
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI