Tahniah buat Remy Ishak dan Ashraf Muslim kini bergelar Datuk!
Pada sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam ahad lepas, dua bintang besar industri hiburan Malaysia, Remy Ishak dan Ashraf Muslim, telah menerima penghargaan tertinggi atas sumbangan mereka dalam dunia seni.
Acara penuh gemilang ini menyaksikan kedua-dua pelakon tersebut dianugerahkan Darjah, Bintang, dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, yang merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan oleh negeri Melaka.
Remy Ishak dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)
Remy Ishak, atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak, telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Penerimaan anugerah ini bukan sahaja menandakan pencapaian besar dalam kerjaya beliau, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mengejar impian mereka. Ketika ditemui oleh pemberita, Remy menyatakan rasa terharu dan terkejut kerana terpilih untuk menerima anugerah berprestij ini.
Ashraf Muslim dianugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T)
Sementara itu, Ashraf Muslim turut diraikan dengan penganugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), satu pengiktirafan yang mengiktiraf jasa dan sumbangannya dalam dunia seni.
Ashraf, yang telah menceburi industri hiburan selama hampir dua dekad, melihat anugerah ini sebagai satu ganjaran besar atas segala usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini.
Artikel ini diambil dan diolah dari Keluarga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jeff Lau Tawan Ultra Asia Race Di Vietnam, Kongsi Pengalaman Berlumba Dengan Pikul Beg 10kg!
Buat mereka yang cukup arif dalam dunia maraton dan ultra-maraton di Malaysia, nama Jeff Lau pastinya sudah tidak asing lagi. Kaliber yang dimiliki oleh atlet yang berkaksi dalam larian ekstrem sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.
Sebelum ini MASKULIN pernah memaparkan pengalamannya menyertai perlumbaan di dalam cuaca beku sejauh 500km. Melakukan larian 10 hari dalam cuaca sejuk ekstrem bukanlah satu perkara yang mudah.
Dan baru-baru ini, Jeff Lau juga telah berjaya menghabiskan ultra-race yang berlangsung di Vietnam. Lebih menarik dia melakukan acara perlumbaan ini bersama-sama dengan ayahnya.
Nak tahu apa cabaran yang dihadapainya sepanjang perlumbaan yang luar biasa mencabar tersebut? Ikuti temu bual eksklusif MASKULIN bersama Jeff Lau.
BERAKSI DI ULTRA-RACE ASIA DI VIETNAM, BOLEH KONGSI APAKAH TAHAP KESKURANNYA BERBANDING PERLUMBAAN LAIN?
Selari dengan fokus dan tema dibawa Under Arnmour, ‘Real Tough’, Salah satu bahagian yang paling mencabar dalam perlumbaan ialah membawa beg galas kami yang hampir 10kg bersama kami sepanjang perlumbaan. Ini sangat mencabar untuk ayah saya dan saya.
Beg galas 10kg kami termasuk keperluan untuk hidup semasa perlumbaan ultra yang termasuk seperti beg tidur, pisau, cermin, kit pertolongan cemas dan pelbagai keperluan penting yang lain. Selain itu, kemi juga perlu bawa bekalan makanan untuk sepanjang empat hari perlumbaan.
Sebagai peserta kami harus membawa bekalan dengan kira-kira kami dikehendaki membungkus kira-kira 2000k kalori setiap hari, yang berfungsi sehingga kira-kira 8,000 kalori pada hari pertama. Di samping itu, saya juga perlu membawa peralatan Under Armour yang membantu saya mengharungi perlumbaan.
ADAKAH ANDA MELAKUKAN LATIHAN SPESIFIK UNTUK PERLUMBAAN INI & BAGAIMANA ADAKAH IA BERBEZA?
Membina kekuatan luaran dan dalaman tidak datang sekelip mata. Saya mula menyediakan diri dari segi mental dan fizikal lebih awal lagi. Saya mengambil masa tiga (3) bulan untuk membuat persediaan menghadapi perlumbaan ultra ini.
Untuk mempersiapkan diri, saya mengambil beg galas seberat 8kg, bersenjatakan peralatan dan kasut prestasi Under Armour yang betul dan berlari selama kira-kira dua hingga tiga jam di Bukit Kiara setiap hujung minggu.
PERSEDIAAN PALING PENTING SEHARI SEBELUM PERLUMBAAN BERMULA?
Malam sebelum perlumbaan paling penting sekali ialah tidur yang cukup. Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan untuk memastikan badan saya berehat dengan baik. Saya akan mandi air panas, minum banyak air dan menikmati hidangan yang enak dan tidur dengan lena.
ADAKAH ANDA PERLU JALANI SENAMAN DAN LATIHAN INTENSIF BAGI BIKA DAYA TAHAN DIRI TINGGI BAGI PERLUMBAAN EKSTREM SEPERTI INI?
Setiap perlumbaan memerlukan rejim latihan yang berbeza berdasarkan ketinggian, corak perlumbaan, jarak, cuaca dan banyak faktor lain.
SELAIN PERSEDIAAN KECERGASAN, BAGAIMANA PULA DENGAN PERALATAN DAN MAKANAN?
Kelengkapan pakaian, kasut dan peralatan prestasi Under Armour amat penting untuk ultra-maraton. Saya bernasib baik kerana Under Armour memberikan dokongan dan sokongan. Saya menggunakan kasut UA HOVR Summit Fat Tyre Cuff Running Shoes yang merupakan sebahagian daripada kerjasama dengan Michelin Tyre pada masa lalu.
Selain itu saya mengambil produk Hammer Nutrition yang menaja saya untuk keseluruhan perlumbaan. Beberapa produk termasuk Fizz, recoverite, gel kuasa dan banyak lagi.
Pada pendapat saya, sangat penting untuk memasukkan latihan kekuatan dan daya tahan dalam rejim latihan anda semasa membuat persediaan untuk ultra-maraton dan dengan peralatan larian dan suplemen berprestasi yang betul, saya dapat menamatkan perlumbaan dengan selamat.
ADAKAH ANDA MENGIKUTI PROGRAM DIET YANG KETAT SEBAGAI PERSEDIAAN?
Tidak pun. Saya memang tidak ada atau mengikuti rejim diet yang ketat. Saya masih boleh nikmati nasi lemak dan mee kari selepas latihan.
KETIKA PERLUMBAAN BAGAIMANA ANDA TERUS MEMOTIVASIKAN DIRI UNTUK MENAMATKANNYA WALAUPUN BERDEPAN KESUKARAN?
Hari ketiga perlumbaan merupakan paling sukar buat saya. Ini kerana kami perlu mendaki gunung bertingkat setinggi 2000m pada jarak 4km. Laluan mendaki sangat curam, licin dan berbatu. Ayah saya dan saya keletihan dari segi mental dan fizikal kerana kami telah berlumba selama dua hari.
Pada saat inilah saya teringat tentang mentaliti “Real Tough” Under Armour, di mana kerja keras tanpa henti bertemu dengan mendalam untuk menghilangkan keraguan, dan takut serta mendedahkan semangat yang ada dalam diri saya untuk membantu saya mencapai matlamat saya.
APAKAH TIP BOLEH ANDA KONGSI KEPADA PELARI TRAIL YANG LAIN?
Walau berapa usia sekali pun anda boleh menyertai dan menghabiskan larian ultra-maraton jika mempunyai matlamat yang jitu.
APAKAH MAKANAN PALING ANDA MAHU MAKAN SELEPAS TAMAT PERLUMBAAN.
Nasi goreng kampung dan jus tembikai.
Syabas MASKULIN ucapkan kepada Jeff Lau dan bapanya yang berjaya mengharungi dan menamatkan perlumbaan yang luar biasa sukar seperti ini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lepas Amalkan 9 Tip, Gadis Ini Berjaya Kurus & Turunkan Berat 23kg
Turunkan berat badan memanglah sesatu yang mudah, namun untuk mengekalkannya agar konsisten itu bukanlah mudah.
Menurut Dilla.Nur di twitternya, dia berjaya turunkan 23kg dengan mengamalkan beberapa tip turunkan berat badan dengan konsisten. Malah dia percaya dengan kemampuan diri dan yakin pada diri sendiri membuatkan misi turunkan berat badan ini berjaya .
Tips turun berat kedua:
Jaga kalori yang masuk dalam badan setiap hari. Tahu berapa kalori yang badan perlukan. Bagi ada defisit kalori.
Jaga kualiti kalori juga, bukan kuantiti semata-mata. Kuantiti & kualiti.
— dilla.nur_ (@dillanur10) February 25, 2020
#1: Jangan minum air manis
Sering kali kita dengar jangan dekati air manis jika kita sedang berusaha menurunkan berat badan. Amalkan minum air kosong terlebih dahulu.
#2: Jaga Kalori
Setiap kalori yang masuk di tubuh badan hari-hari perlu di kira. Jaga kualiti kalori dan bukannya kuantiti semata-mata.
Tips turun berat keempat:
Lepas dah berjaya tukar snacking, cuba tukar menu breakfast kepada yg rendah kalori, tinggi protein, rendah karbo dan tinggi serat.
Lupakan dulu nasi lemak, roti canai, mee goreng dan teh tarik!
— dilla.nur_ (@dillanur10) February 25, 2020
#3: Pilih snacking yang betul
Jangan ambil mudah tentang pemilihan snacking, jika anda mahu makan kudap-kudap, pilihlah makanan yang bersesuaian seperti kekacang atau buah-buahan. Jika anda ambil snacking bar juga boleh tetapi berpada-pada. Elakkan makanan bergoreng seperti karipap dan pisang goreng.
#4: Lupakan nasi lemak, ambil makan yang renda kalori
Jika anda berjaya tukar menu snack anda, pasti anda juga akan berjaya tukar menu sarapan pagi anda juga. Lupakan nasi lemak, ambil makanan rendah kalori, tinggi protein, rendah karbo dan tinggi serat.
Tips turun berat keenam:
Lepas dah berjaya ubah bab makan.. then baru start EXERCISE.
Toksah dok kalut nak exercise kalau makan pun serupa bela jin. Nanti ko penat pastu mula la nak give up.
Sebab energy badan kita bergantung 80% dari pemakanan kita, bukan dari exercise.
— dilla.nur_ (@dillanur10) February 25, 2020
#5: Tukar menu dinner pula
Tiada salahnya jika anda tukar sedikit menu makan malam anda kepada healty food. Pastikan kuantiti makan malam anda half portion dari lunch. Untuk lebih berkesan, pilih makan yang jenis cecair kerana apabila malam badan tidak akan proses selaju siang, jadi tidaklah ia menganggu tidur anda.
#6: Exercise
Selepas tukar menu makanan, barulah anda fokus pada exercise. Tak perlulah anda terlebih bersenam, lakukan sedikit demi sedikit, barulah tak mudah give up.
Tips turun berat kelapan:
Cari partner atau kawan utk exercise, yg memang ada sama goals nak turun berat juga.
Bila sorg liat, sorg lagi ajak, memang akan paksa diri utk pegi juga. Saling support each other.
Kalau dua2 liat, better ko cari org lain je, sebelum dua2 kelaut dlm!
— dilla.nur_ (@dillanur10) February 25, 2020
#7: Pilih senaman yang kita suka
Pilihlah senaman yang kita suka seperti jogging, hiking ataupun swimming. Sekiranya anda suka aktiviti indoor dan lakukan aktiviti melibatkan berat, pilihlah gym. Paling penting mesti ada gila supaya kita boleh fokus untuk mencapai misi.
Alhamdulillah sy turun 23kg dengan amalkan tips mudah ni. Yg paling penting konsisten & yakin dgn diri sendiri!
If rasa tak mampu nak buat sendiri, sy boleh bantu utk guide dlm coaching lengkap beserta meal plan & teknik zigzag utk completekan 21 hari pertama anda!
Komen ‘NAK’
— dilla.nur_ (@dillanur10) February 25, 2020
#8: Cari partner untuk exercise
Untuk mengelakan bosan, cari teman yang punyai misi yang sama untuk turunkan berat badan, lebih bersemangat lah anda.
#9: Jangan kerap timbang
Elakkan berdiri depan penimbang setiap hari. Timbang 1-2 minggu sekali lepas bagun tidur. Timbang hari-hari akan membuatkan minda anda stress dan tertekan. Perlu diingat badan yang mengalami stress susah untuk turun ye!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
KP Kesihatan Dr Noor Hisham Diiktiraf Antara Doktor Terbaik Dunia Tangani COVID-19
Setiap hari jam 5 petang perhatian kita pasti tertumpu kepada sidang media harian yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberikan perkembangan terkini tentang penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Tampil dengan penuh ketenangan dan sentiasa bersedia menjawab apa jua soalan dari pihak media membuatkan ramai rakyat Malaysia kagum dengan kemampuan beliau.
Bukan mudah untuk setiap hari tampil di hadapan media dan rakyat Malaysia menyampaikan sesuatu yang penting tatkala negara berdepan krisis yang cukup meruncing.
Namun dengan nada keyakinan dibawanya membuatkan kita semua berasa lebih tenang dan selamat.
Jadi tidak hairanlah apabila sebuah stesen televisyen dari China, Global TV Network menyenarikan Dr Noor Hisham sebagai antara tiga doktor terbaik di atas usaha menangani wabak COVID-19.
Dua lagi figura yang turut dipilihialah Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga individu hebat ini mendapat pujian daripada warga negara masing-masing kerana telah menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang awam ketika dunia sedang panik berdepan wabak ini.
Buat pengetahuan anda, Dr. Noor Hisham yang kini berusia 56 tahun telah memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak tahun 2013.
Beliau kini diangkat sebagai wira oleh rakyat Malaysia di atas usahanya yang tidak ernah kenal erti penat memberikan maklumat terkini sama ada di kaca televisyen mahupun laman media sosial.
Dr. Noor Hisham juga dipuji kerana dilihat sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Semoga dedikasi luar biasa Dr. Noor Hisham menjadi inspirasi buat kita semua.
Stay home and stay safe!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI