Dubai merupakan rumah bagi ramai millionaire dan billionaire. Tetapi artikel ini tentang seorang remaja lelaki yang membawa kekayaannya ke satu peringkat lain. Rashed Belhasa, 15 memiliki begitu banyak koleksi kereta-kereta mewah.
Menerusi akaun Instagramnya, beliau berkongsi Ferrari F12 Berlinetta yang baru dimilikinya dengan balutan monograf Louis Vuitton dan Supreme.
Oleh kerana tidak berminat dengan warna asal Ferrari tersebut, Rashed meminta sebuah firma mengubah modelnya dengan konsep Louis Vuitton X Supreme merah yang sangat istimewa membaluti warna kuning Ferrari itu.
Proses transformasi berkenaan dikongsi menerusi akaun Youtube miliknya dengan nama Money Kicks. Sejak dimuat naik 3 Ogos lalu, video berkenaan sudah ditonton 2.2 juta.
Walaupun perlu menunggu tiga tahun lagi untuk mendapatkan lesen memandu, ia tidak menghalang anak kepada jutawan pembinaan itu mengumpul kenderaan mewah.
Ini bukan kali pertama Rashed melakukan perubahan sedemikian pada keretanya. Tahun lalu, Rashed menukar Cadillac Escalade miliknya kepada signatur rekaan corak Yeezy.
Selain daripada hobi supercar mewah, Rashed juga mengumpul koleksi pakaian berjenama dan memiliki milkshake sempena namanya. Tidak ketinggalan beliau memiliki kira-kira 200,000 pasang koleksi sneaker.
Malah, rumahnya dilengkapi dengan zoo haiwan eksotik merangkumi 50 ekor singa, harimau, cheetah dan harimau kumbang.
Beliau menghabiskan kira-kira USD5,000 (RM21, 490) sebulan untuk pakaian berjenama mewah dan USD5,000 untuk membeli sepasang sneaker.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=4TwTtH4DCCc[/embedyt]