Tidak dapat dinafikan kasut kini menjadi salah satu item yang cukup penting dalam penampilan seorang lelaki. Tatkala hadir di acara formal amatlah penting untuk kita mengenakan kasut yang bukan sahaja sesuai tetapi membawa aura fesyen yang mampu melonjakkan gaya.
Salah satu jenama yang cukup sinonim dengan gaya semi-formal dan kasual ialah Clarks. Sejak sekian lama Clarks cukup dikenali ramai dengan siluet hadir dengan identiti rekaan tersendiri.
Terbaru, Clarks menampilkan koleksi Clarks Torhill. Ia merupakan inovasi mereka dengan mengekalkan DNA rekaan dan juga hasil pertukangan yang diimaginasikan semula selari dengan relevan fesyen terkini.
Meneruskan legasi rekaan kasutnya seperti Wallabee dan Desert Boot, Torhill menggabungkan identiti dua siluet tersebut dengan satu hasil yang cukup ikonik.
Diperolehi daripada arkib siluet ikonik, Torhill ialah generasi akan datang model kasut, direka bentuk semula untuk kasual kontemporari berinspirasikan warisan, dan dibayangkan semula untuk peminat kasut generasi seterusnya.
Ads
Dihasilkan bagi merapatkan jurang antara Clarks Shoes dan Clarks Originals, Torhill juga datang dengan inspirasi yang lahir daripada arkib Clarks.
Gabungan koleksi SS23 Torhill penggayaan sukan santai dengan kelayakan fesyen ke hadapan yang berani — dengan aksen Wallabee yang ikonik, bahagian atas kulit dan suede dan jahitan moccasin klasik.
Reka bentuknya pula terarah kepada nostalgia yang cukup dekat di hati peminat Clakrs terarah yang layak mendapat perhatian ramai dengan mengorak langkah gaya seperti yang anda tidak pernah lihat sebelum ini.
Ads
Jenama kasut warisan British bergabung tenaga dengan rakan ikon — pemuzik dan aktivis dari Philadelphia dan salah seorang bintang muda terhangat Hollywood dan pelakon, Jabari Banks, bersama-sama dengan sejumlah pencipta TikTok untuk debut secara eksklusif Torhill di TikTok.
Paling terkenal dengan peranannya sebagai Will Smith dalam but semula Bel-Air, the Bank dinamik dan “rakan Jabari” akan mempamerkan but Torhill mereka di platform media sosial dengan #GRWM (Bersedia Dengan Saya), #Unboxing, dan kandungan #HowIWearMyTorhill.
Ads
Pelancaran pertama sosial SS23 Torhill koleksi menandakan evolusi yang berani dan menarik dalam cerita Clarks.
Ikon baharu untuk generasi akan datang, Torhill ialah kasut terbaik SS23 – siluet Clarks retro yang diilhamkan oleh masa lalu, dibayangkan semula dan bersedia untuk itu dunia di hadapan. Hadapi dunia ke hadapan dengan Clarks.
Jangan lupa subscribe atau like YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baju kemeja bukan hanya dipakai ke pejabat atau majlis formal. Kini ramai yang minat memakai baju kemeja untuk acara santai. Namun ramai yang hanya menyarungkannya saja tanpa mengetahui trik sebenar untuk memakai baju kemeja agar tampak kemas dan berkeyakinan.
Bagi memastikan anda tidak tersilap, jom kami kongsikan 5 trik bagaimana anda boleh kelihatan lebih kemas saat memakai baju kemeja.
1. Pakai singlet warna kelabu di bahagian dalam jika anda ingin memakai baju kemeja putih
Ini kerana, singlet kelabu akan nampak lebih ‘matching’ dengan tona kulit. Berbanding jika anda memakai singlet warna putih di bahagian dalam, bayangan singlet itu nampak lebih jelas dari luar dan ini mencacatkan penampilan.
2. Lipat separuh sebelum melipatnya secara penuh
Agar lipatan pada lengan nampak sempurna dan lebih kemas, pastikan anda lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya secara penuh.
3. Tarik lebihan baju di bahagian sisi belakang sebelum ‘tuck ni’ baju kemeja
jika anda ingin masukkan baju ke dalam seluar, pastikan anda tarik lebihan baju di bahagian sisi belakang. Ini penting agar baju lebih kemas, selain mengelakkan baju kemeja anda berkedut dan nampak menggelebeh.
Masih tercari-cari kemeja yang sesuai? Tahu tak selain kasut yang bergaya, Tomaz pun ada pelbagai pilihan kemeja. Boleh check di sini:
4. Baju kemeja panjang untuk ‘tuck in’, baju kemeja pendek untuk ‘tuck out’
Baju kemeja yang bahagian bawahnya panjang direka untuk anda masukkan ia ke dalam seluar, manakala baju kemeja yang bahagian bawahnya pendek direka untuk diletakkan di luar. Pastikan anda tidak tersilap memakainya.
5. Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak
Ruang kecil di bahagian kolar baju dibuat bertujuan untuk ‘collar stays’ (ruang untuk meletakkan plastik di bahagian kolar). Pastikan anda tidak membuangnya agar bahagian kolar baju kemeja anda kelihatan tegap dan tidak lembik.
Sumber: buzzfeed.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Puasa tahun ni macam terlalu sibuk aje kan? Mungkin bagi anda masih awal lagi untuk memikirkan tentang pakaian dan perkakas raya. Namun, jika anda terlalu sibuk sepanjang Ramadhan ni, mungkin anda boleh scroll telefon anda dan pilih barangan raya untuk persiapan pagi raya nanti. Ini antara Online Shooping Website yang boleh anda lihat untuk beli barang raya. Boleh beli untuk isteri dan anak-anak. Mudah dan cepat:
Aladdin Street
Sekiranya anda seorang pemegang kad Maybank, kami ada berita baik untuk anda. Dapatkan diskaun tambahan RM10 apabila anda membuat bayaran dengan Maybankard anda dan gunakan kod diskaun MBBRAYA. Sah dengan perbelanjaan minimum RM50. Berakhir 30 Jun.
Ezbuy
Gaya Raya – Nikmati pengurangan flash sales sehingga 50% ke atas barangan fesyen Muslimah seperti jubah, selendang, dan lebih lagi. Berakhir 17 Mei.
FashionValet
#fvraya2018 – Raikan gaya Lebaran dengan jenama designer seperti Emel, POPLOOK, aere, dan banyak lagi. Jika anda mengikuti perkembangan Vivy Yusof dan suaminya Fadza, maka anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat 2 orang ini memperagakan produk bawah naugan mereka. Jangan lepaskan peluang ok!
Lazada
Nikmat Dikongsi Bersama! Jimat atas barangan runcit, keperluan rohani dan banyak lagi. Jangan terlepas tawaran eksklusif seperti penghantaran percuma dan jualan kilat dari 22 Mei hingga 1 Jun 2018.
Shopee
Cahaya Raya Bersama Shopee – Berseronoklahdi bulan Ramadan dengan produk wajib dengan diskaun besar sehingga 90% diskaun ekstra RM12 dengan kod RAMH01. Berakhir 17 Jun.
Jangan lupa datang ke Karnival Karangkraf yang akan berlangsung pada 1-3 Jun 2018! Dengar cerita dapat Duit Raya!!!!!
Teezbee
Hari Raya Storewide Sale – Belilah baju Raya rompers yang “customized” untuk si kecil dengan hanya RM35. Jangan lepaskan koleksi Raya mereka juga!
Zalora
#zaloraya2018 – Zalora bergabung dengan berpuluh-puluh pereka tempatan serta antarabangsa untuk membawa kepada anda pakaian yang paling eksklusif untuk Raya 2018. Berjimatlah sehingga 70% diskaun ke atas pakaian yang terpilih juga. Pada 16 May sahaja, nikmati diskaun tambahan 25% ke atas item istimewa terpilih Ramadan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak beberapa tahun ini, golongan lelaki dilihat lebih gemar memakai kurta, lebih-lebih lagi di hari Jumaat untuk menghadiri solat Jumaat di masjid. Berbanding dahulu,Baju Melayu sering menjadi pilihan utama lelaki.
Artikel kali ini, MASKULIN akan kongsikan beberapa faktor mengapa kurta lebih menjadi pilihan lelaki berbanding Baju Melayu.
Keselesaan
Perkara utama yang sering dipertimbangkan lelaki dalam berpakaian adalah keselesaan. Rekaan kurta tanpa berkolar sering menjadi pilihan kebanyakan lelaki. Sesetengah lelaki kurang gemar memakai Baju Melayu berkolar Cekak Musang kerana kurang selesa.
Lebih bebas digayakan
Jika anda perhatikan, ramai lelaki tidak gemar memakai Baju Melayu secara lengkap. Baju Melayu lengkap merangkumi baju dan seluar, dan lebih lengkap jika bersamping. Atas faktor keselesaan dan ingin kelihatan lebih santai, ramai lelaki gemar memakai bahagian baju sahaja dan digandingkan dengan seluar yang lain.
Kurta pula merupakan baju sahaja tanpa seluar. Oleh itu, ia bebas digayakan dengan seluar biasa dan tiada ‘peraturan’ pemakaian lengkap bagi kurta.
Keserbagunaan
Bukan sahaja untuk menghadiri aktiviti kerohanian di masjid, ia juga boleh di pakai untuk harian dan menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Jika anda tahu cara untuk menyuai padankan kurta dengan seluar yang bersesuaian, anda pasti boleh menghadiri pellbagai acara dengan memakai kurta.
Suai padankan dengan kain pelikat untuk ke masjid, ataupun seluar slack mahupun khaki untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jika ingin kelihatan santai untuk aktiviti harian, padankan dengan seluar jeans atau apa-apa seluar bagi bagi penampilan yang lebih moden.
Bagaimanapun, masih ramai yang menggemari Baju Melayu kerana nilai tradisionalnya. Yang penting, hormati nilai pakaian budaya dan usah biarkan nilai keasliannya hilang dibawa arus kemodenan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.