Rekaan Inovasi ‘Lipat’ Terbaharu Dilancarkan Samsung Menampilkan Galaxy Z Fold3 & Galaxy Z Flip3

Share

Selepas beberapa minggu pengenalan teaser serta kempen yang dijalankan Samsung akhirnya melancarkan peranti boleh lipat terbaru mereka dengan pengenalan Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G menerusi persembahan ‘Galaxy Unpacked’ yang dilancarkan semalam.

Peranti generasi ketiga ini menampilkan penambahbaikan utama seperti lebih ketahanan lebih lama serta pengalaman yang lebih optimum daripada rekaan sebelumnya. Dari reka bentuk ikonik hingga ke hiburan yang mengasyikkan, Z Flip3 dan Z Fold3 menawarkan kepada pengguna cara baharu yang unik untuk bekerja, menonton dan bermain.

Galaxy Z Fold3

Buat pengguna yang inginkan peranti utama berfungsi penuh produktiviti dan hiburan mempesonakan, Z Fold3 merupakan pilihan yang tepat. Ia hadir dengan penggunaan multi-tugas dengan prestasi tahap lebih baik, paparan Infinity Flex 7.6-inci dan mempunyai sokongan S Pen buat pertama kali bagi peranti boleh lipat.

Galaxy Z Fold3

Manakala buat mereka yang lebih ‘stailo’, peranti penuh gaya berserta pelbagai fungsi, Z Flip3 merupakan yang paling ideal dengan reka bentuknya elegan, kompak dan bersaiz poket. Ia turut dilengkapi ciri-ciri kamera ditambah baik, serta skrin lebih besar yang dibina untuk penggunaan pantas.

Galaxy Z Fold3

“Dengan Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, Samsung sekali lagi menetapkan semula jangkaan dengan telefon pintar boleh lipat yang memperkasa pengguna dengan fleksibiliti dan versatiliti yang diperlukan dalam dunia yang bergerak pantas pada hari ini,” jelas Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics, Dr. TM Roh.

“Sebagai perintis dan peneraju industri dalam kategori boleh lipat, kami bangga untuk membina inovasi dalam legasi kami dengan mencipta Z Fold3 dan Z Flip3.

“Peranti ini melengkapkan pengguna dengan teknologi yang membuka cara baharu bagi memaksimumkan dan menikmati setiap momen dengan ekosistem yang dibina berdasarkan keterbukaan dan inovasi,” jelasnya lagi.

Galaxy Z Fold3

CANGGIH SERTA TAHAN LAMA

Generasi terbaharu Galaxy Z ini turut dibina dengan rekaan canggih dan tahan lama. Buat pertama kalinya pada telefon pintar boleh lipat, Z Fold3 dan Z Flip3 dilengkapi dengan IPX8 menjadikannya rintang air.

Ia juga dibina dari material Armor Aluminium serta terkuat pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy. Selain itu ia lengkap dengan teknologi Corning Gorilla Glass Victus paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika ia terjatuh tanpa sengaja.

Galaxy Buds2

Selai dua peranti telefon pintar, Samsung turut mengetengahkan Galaxy Buds 2 dan Galaxy Watch4. Galaxy Buds2 – direka untuk keselesaan dipakai sepanjang hari, dan memberikan kualiti bunyi premium membuatkan anda asyik ketika anda mendengar audio menggunakannya, di mana sahaja anda berada.

Galaxy Watch4

Sebagai salah satu edisi terbaharu untuk barisan Galaxy Buds–Galaxy Buds2 menyertai Galaxy Buds Live dan Galaxy Buds Pro, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memenuhi keperluan mereka. Sebagai sebahagian daripada ekosistem Galaxy, Galaxy Buds2 menjadi pasangan sempurna untuk telefon pintar, tablet, atau jam pintar Galaxy anda.

Pastinya penggema rperanti pintatr sudah tidak sabar untuk merasai sendiri kehebatan pengenalan peranti terbaru Samsung ini terutamanya dua telefon pintar boleh lipat yang cukup berinovasi tinggi.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim