Saban hari nama Virgil Abloh semakin mekar di dalam industri fesyen streetwear dan juga mewah. Pengasas jenama high-fashion streetwear, Off-White yang juga merupakan Pengarah Seni Lousi Vuitton sentiasa menampilkan rekaan yang menjadi ikutan ramai.
Menerusi koleksi terbaru Louis Vuitton 2054, Virgil Abloh mengambil inspirasi rekaan futuristik.
Bayangkan apakah gaya dan trend fesyen yang akan popular pada tahun 2054? Itulah yang cuba diserlahkan oleh Virgil menerusi koleksi terbaru yang memberikan fokus kepada penggunaan teknologi pakaian terkini.
Tahun 2054 seperti yang dibayangkan menerusi koleksi eksklusif Virgil ini juga menandakan ulangtahun ke-200 jenama Louis Vuitton. Dalam imaginasinya era tersebut berkumungkinan besar trend fesyen dan pakaian telah banyak berubah dan berbeza berbanding manifestasi sekarang.
Setiap rekaan koleksi ini juga menampilkan pakaian yang kalis air. Sebanyak 14 item pakaian berbeza diperkenalkan dengan kepelbagaian fungsi penting pada era futuristik.
Koleksi terkini dari Louis Vuitton ini bakal dilancarkan pada 15 November 2019 dengan harga bermula dari USD800 hingga USD5,000.