Dalam beberapa tahun kebelakangan jenama Reebok dilihat banyak memberi fokus kepada produk pakaian dan kasut yang lebih kepada aktiviti kecergasan seperti cross fit. Namun kini Reebok dilihat kembali ingin memperkasakan semula segmen gaya hidup.
Terjemahan terbaik untuk merealisasikan idea gaya hidup di kalangan penggemar fesyen sekarang tidak lain tidak bukan menerusi rekaan kasut.
Rata-rata bagi ramai orang bila sebut sahaja tentang kasut dari jenama ini pasti akan terbayang model Reebok Classic yang rekaannya cukup timeless dan evergreen.
Akan tetapi dengan munculnya model terbaru yang mengetegahkan rekaan lebih terkini, relevan dengan gaya semasa serta menawarkan keselesaan maksima, Reebok Zig Kinetica dilihat mambu membuka laluan baharu kepada Reebok untuk menjadi pesaing utama dalam pasaran gaya hidup.
PENGARUH LALU
Kempen memperkenalkan Reebok Zig Kinetica mula mencuri perhatian ramai apabila jagoan sukan MMA, Connor McGregor tampil menjadi menggayakan kasut ini menerusi sebuah video promo yang cukup menarik.
Nama ‘Zig’ sebenarnya bukanlah asing bagi Reebok. Pada tahun 2010 mereka memperkenalkan kasut larian diberi nama Reebok Zig.
Menariknya, tapak kasut yang berbentuk ‘zig-zag’ini menampilkan teknologi ZigTech. Pada ketika itu ia diperkenalkan sebagai teknologi untuk memberikan prestasi lebih baik untuk atlet.
REKA BENTUK
Silhouette terbaru yang muncul dalam bentuk Zig Kinetica memperlihatkan reka bentuk yang lebih dinamik. Menurut Reebok, ia diinpirasikan daripada teknologi angkasa lepas dengan sedikit sentuhan futuristik.
Ia memperlihatkan Reebok menggunakan outsole yang lebih lebar – sesuai dengan trend semasa ‘çhunky sneakers’ yang membanjiri pasaran.
Pada bahagian atasnya ia diperbuat daripada material mesh yang tidak memerangkap haba – bermakna kaki pemakainya tidak berasa panas. Mesh yang digunakan juga merupakan jenis breathable.
Tarikan luarannya pastinya terarah kepada rekaan corak embedded yang memenuhi segenap ruang bahagian tepi sama ada sebelah dalam atau luar. Rekaan inovatif ini sekali gus membawa siri Zig Kinetica ini keluar dari gym terus ke jalanan.
TEKNOLOGI TAPAK
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, Zig Kinetica dilengkapi dengan tapak kasut dengan rekaan berbentuk zigzag. Ia bukanlah sekadar bentuk kerana ia mampu memberi pulangan tenaga kepada pemakai dengan menggunakan tiga sistem diperkenalkan oleh Reebok:
- Floaride fuel – sejenis foam yang membantu memberikan rasa lantunan untuk kegunaan harian
- Zig energy shell – selain memberikan rupa lebih estetik ia membantu mengembalikan tenaga kinetik
- Zig energy bands – tapak getah yang digunakan mampu meregang lalu memberikan efek seperti spring buat pemakainya
SIZING
Buat anda yang berminat dengan kasut ini bolehlah kekal true-to-size. Berita baik untuk anda yang memiliki kaki lebar, Zig Kinetica merupakan kasut yang tepat kerana ia mempunyai ruang mencukupi di bahagian hadapan dan tengah.
Berbeza dengan kasut larian yang lebih tirus di bahagian tengah, Zig Kinetica memberikan keselesaan sepanjang hari.
Bagi penulis sendiri yang sudah menggunakan kasut ini buat tiga hari berturut-turut, tidak salah untuk mengatakan bahawa Zig Kinetica merupakan antara kasut paling selesa pernah dipakai.
Cuma jika dibandingkan dengan kasut lain sepertinya ia sedikit berat namun tidaklah rasa membebankan. Bagi pengguna kasual yang mencari keselsaan untuk hari yang panjang, Zig Kinetica merupakan jawapan yang tepat.
Reebok Zig Kinetica kini boleh didapati di pasaran tempatan menerusi butik Reebok, Royal Sporting dan Stadium terpilih di seluruh negara pada harga RM459 bermula hari ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI