Sempena tahun baru 2020, Reebok dilihat telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan jenamanya terus relevan dan gah di pasaran.
Pada hari ini, Reebok mengumumkan kerjasama di peringkat global bersama penyanyi R&B meningkat naik yang juga tercalon di Anugerah Grammy, Khalid.
Kerjasama dari dua nama besar dari dua industri berbeza ini bakal memperluaskan misi Reebok untuk memberi inspirasi rekaan kreativiti serta menggalakkan eksperimentasi di kalangan belia pada hari ini.
Menerusi kenyataan media dari Reebok, Khalid cukup berbesar hati dengan kerjasama ini. “Saya suka bagaimana jenama ini menggabungkan elemen lama dan baru serta memberi pernghormatan terhadap rekaan klasik dengan sentuhan berbeza.
“Saya juga berharap agar dapat memberikan inspirasi kepada generasi baru untuk terus berfikiran kreatif dan tidak takut untuk mencuba,” jelasnya.
Pada musim luruh tahun ini, Khalid akan muncul bersama Reebok menerusi kempen pertamanya, ‘Sport the Unexpected’. Ia merupakan kempen yang bakal mengetengahkan gabungan kreativiti Khalid dan Reebok menerusi penceritaan dalam bentuk visual.
“Khalid akan terus menjadi sumber isnpirasi kepada keaslian, kebanggaan dan juga imaginasi bagi golongan belia pada hari ini.
“Menerusi muzik yang original serta perkongsian perjalanan seninya, Khalid membawa simbol kreativiti yang selaras dengan misi kami di Reebok, jelas Timbalan Presiden Pemasaran dan Dagangan Digital Reebok, Matt Blonder.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Inisiatif Mesra Alam & Kitar Semula Menerusi RE.UNIQLO
Pada ketika ini boleh dikatakan hampir kesemua jenama fesyen gergasi dunia sudahmula sedar akan kepentingan dan kesedaran terhadap alam sekitar. Setiap tahun terlalu banyak pakaian yang terbuang begitu sahaja lalu menjadi penyumbang kepada sisa buangan. Inisiatif mesra alam perlu diperhebatkan dan itulah yang ingin dilakukan oleh UNIQLO menerusi programnya, RE.UNIQLO.
Menariknya, kempen RE.UNIQLO merupakan sebuah inisiatif untuk mengumpul pakaian lama jenamanya. Ia lanyas ditukar dan diberikan ‘nafas baru’ yang boleh digunakan semula. Ini merupakan salah satu usaha daripada jenama asal Jepun ini untuk sedikit sebanyak membantu mengurangkan sisa buangan industri pakaian dan fesyen.
Bersempena dengan itu pada 26 Oktober 2020, koleksi Recycled Down Jackets akan dilancarkan di Malaysia sebagai salah satu inisiatif pertama kempen ini. Keseluruhan koleksi jaket yang diperkenalkan ini telah dihasilkan daripada lebih 620,000 jaket terpakai yang dikumpulkan di Jepun sejak bulan September tahun lalu.
Tambahan lagi, UNIQLO turut bakal melancarkan inisiatif sama dengan menggalakkan pengguna untuk menderma dan menyumbangkan pakaian terpakai di lebih 21 buah pasaran global termasuklah Malaysia. Ia bermula pada 12 Oktober lalu di kesemua outletnya.
MEMPROMOSIKAN KITAR SEMULA
Sebagai sebuah jenama gergasi, UNIQLO dilihat cukup komited untuk menghasilkan pakaian yang bersifat lestari. Ini terutamnanya dengan menggunakan material kitar semula dan mengurangkan penggunaan bahan industri dalam proses pembikinan.
RE.UNIQLO merupakan usaha besar jenamanya dalam usaha memperkasakan inisiatif All-Product Recycling yag telah dimulakan sejak tahun 2006.
Projek terbaharu mereka ini dilihat sebagai bukti usaha bersunungguh-sungguh dalam aspek kitar ‘recycling, reusing dan reducing’. Langkah kitar semula ini dipercayai mampu mengurangkan sisa buangan industri, pelepasan gas karbon monoksida dan penjimatan bahan semula jadi.
Kempen peringkat global yang dijalankan oleh UNIQLO ini menyaskikan mana-mana pelanggan yang menyerahkan pakaian terpakai UNIQLO Down (item lelaki dan wanita sahaja) akan memerima baucar RM30 yang boleh digunakan untuk setiap pembelian RM300 ke atas.
Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update terhebat lelaki terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Peace For All, Koleksi Kemeja-T Baharu UNIQLO
Pengedar pakaian global UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi kemeja-T terbaru mereka, PEACE FOR ALL, yang akan tersedia secara global.
Koleksi ini menampilkan empat rekaan baharu yang dihasilkan oleh rakan usaha sama berpengaruh yang mempunyai hubungan rapat dengan UNIQLO.
Dijadualkan untuk dilancarkan pada 8 Disember 2023, semua keuntungan dari jualan kemeja-T PEACE FOR ALL akan menyokong projek yang dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Save the Children, dan Plan International.
Bagi koleksi baru ini, penyumbang termasuklah pelukis seni visual Jepun terkenal Yu Nagaba, Herzog & de Meuron iaitu arkitek Switzerland dan pemenang Anugerah Pritzker, arkitek dan pereka Perancis Emmanuelle Moureaux yang berpangkalan di Tokyo, dan adiwira legenda Jepun yang terkenal di seluruh dunia iaitu ULTRAMAN.
Yu Nagaba
Distant Voices, Close Hearts – “Hubungan yang tulus tetap wujud walaupun orang yang kita sayangi berada jauh. Simpati dan emosi menghubungkan kita, melampaui jarak dan sempadan. Jarak fizikal adalah sesuatu yang tidak penting, kerana hati kita sentiasa bersambung”.
Herzog & de Meuron
“Kami tidak percaya bahawa sehelai kemeja-T boleh menzahirkan banyak mesej filosofikal. Tetapi akhirnya, ia dapat menginspirasi beberapa pemikiran, membuat anda membayangkan sesuatu impian atau mendengar lagu dari masa lalu yang damai. Itulah yang kita sangat perlukan pada masa ini”.
Emmanuelle Moureaux
When I Saw the Earth for the First Time – “Saya membayangkan sebuah buku bergambar dengan tajuk seperti ini. Sfera berwarna-warni mewakili bumi, sfera kuning mewakili matahari, dan kanak-kanak yang memegang belon adalah anda, watak utama. Kepelbagaian makhluk yang wujud di bumi ini mencipta dan mendorong keindahan bumi. Saya mengungkapkannya melalui kesejagatan dan ketidakterbatasan warna. Saya harap warna-warna ini akan menggerakkan hati orang”.
Ultraman
Sejak tahun 1966, siri Ultraman telah menjadi sarana keberanian, harapan, dan kasih sayang, diungkapkan melalui cinta Ultraman terhadap Bumi dan pelbagai Kaiju yang unik. Rekaan ini menampilkan teks “PEACE FOR ALL” bersama Ultraman Cosmos, seorang hero yang seimbang dengan kekuatan dan kebaikan, yang berjuang untuk dunia di mana manusia dan raksasa dapat hidup bersama dalam damai.
Kesemua kemeja-T ini merangkumi saiz XS hingga 2XL, dan akan mula dijual di semua cawangan UNIQLO dan secara atas talian pada harga RM59.50 bermula 8 Disember 2023.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Bagaimana Nak Dapatkan Seluar Sedap Dipakai & Juga Segak Digayakan
Bagi seorang lelaki yang berkerjaya terutamanya boleh dikatakan sepanjang hari anda akan berada di dalam keadaan memakai seluar panjang. Bagi penulis sendiri itulah senario harian yang dihadapi dari pagi hinggalah ke lewat petang.
Jadi faktor keselesaan serta suai padan untuk penggayaan yang menarik sememangnya menjadi perkara sangat penting. Seluar kini bukanlah bertindak sebagai pakaian menutup diri semata tetapi ia telah banyak berubah menjadi item personaliti yang unik.
Mencari seluar yang benar-benar mampu memberikan kedua-dua perkara di atas sebenarnya tidaklah sukar tetapi juga tidaklah begitu mudah. Melitupi anggota badan dari bahagian perut hingga ke buku lali memerlukan tip yang sesuai jika anda ingin tampil sebagai seorang lelaki menarik.
Di antara kesilapan biasa yanh ramai orang lakukan ialah pemilihan jenis fabrik tidak sesuai dan paling teruk sama ada terlalu ketat atau terlalu longgar.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip untuk mencari seluar yang selesa dan kelihatan baik:
PILIH FABRIK SELESA
Carilah seluar yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan selesa seperti katun, linen, atau denim yang berkualiti tinggi. Elakkan bahan yang kasar atau mengakibatkan reaksi alergi pada kulit.
UKURAN SESUAI
Pastikan anda memilih ukuran yang betul untuk tubuh anda. Seluar yang terlalu ketat atau terlalu longgar mungkin tidak akan memberikan keselesaan optimum. Ujilah seluar sebelum membeli untuk memastikan ia mempunyai keselesaan dan bentuk yang baik.
POTONGAN IKUT BENTUK BADAN
Setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza, jadi carilah potongan yang sesuai dengan bentuk badan anda. Seluar yang terlalu besar di pinggang atau terlalu panjang di kaki mungkin tidak akan memberikan penampilan yang baik.
PILIHAN WARNA
Pilihlah warna-warna yang serbaguna seperti hitam, kelabu, biru tua, atau krem. Warna-warna ini mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian dan gaya, serta memberikan penampilan yang lebih bergaya.
BACA: Jangan Pandai Pakai Saja, Ini Tip & Trik Bergaya Dengan Kemeja Serta Cara Menjaganya
REKA BENTUK
Beberapa reka bentuk seluar yang popular dan serba guna adalah seluar lurus, seluar bootcut, seluar skinny atau seluar palazzo. Cari reka bentuk yang memenuhi keperluan gaya anda dan juga memberikan keselesaan.
KEBESIHAN & PENJAGAAN
Pastikan anda merawat seluar anda dengan betul mengikut petunjuk penjagaan. Seluar yang bersih dan dijaga dengan baik akan kelihatan lebih baik dan tahan lebih lama.
Dengan mengikut tip-tip ini, anda akan dapat mencari seluar yang selesa dan juga kelihatan baik pada masa yang sama. Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI