XIAOMI REDMI NOTE 5 adalah peranti pertama redmi yang dilengkapi sistem dwi-kamera yang dijual pada harga bawah rm1000. mempunyai ciri rekaan dan kemasan eksklusif dan sangat memuaskan.
Peranti dijana pemproses Qualcomm Snapdragon 636, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan sebesar 32/64GB. Dua model yang ditawarkan ini menyokong penambahan memori dalaman menggunakan kad mikro-SD sehingga 128GB. Slot kad mikro-SD berkongsi dengan talam SIM nano kedua. Pemproses Snapdragon 636 yang digunakan ini adalah lebih berkuasa dan menjimatkan bateri jika dibandingkan dengan Snapdragon 625 yang digunakan pada Redmi 5 Plus. GPU yang disertakan pula adalah Adreno 509 yang merupakan peningkatan dari Adreno 506 pada Snapdragon 625.’
TEKNOLOGI KAMERA TERBAIK
Sistem dwi-kamera menggabungkan sensor 12+5 Megapixel f/1.9+f/2.0 dengan teknologi pemfokusan Dual-Pixel. Sistem dwi-kamera yang digunakan adalah gabungan sensor warna dan sensor mengesan ke dalam. Tiada sokongan zoom optikal disertakan seperti pada Mi A1 dan Mi MIX 2S. Ini tidak mengejutkan kerana peranti dalam keluarga Redmi memang tidak pernah diberikan kemampuan yang sama dengan kamera peranti keluarga. Pengelasan dan perbezaan fungsi pada peranti Xiaomi adalah lebih jelas berbanding yang dilakukan oleh Huawei dengan subjenama Honor mereka.
RAKAMAN VIDEO SEDERHANA
Kemampuan merakam video pula, Redmi Note 5 boleh merakam pada tetapan maksimum 1080P 30FPS sahaja. Fungsi yang disokong ialah mod Potret, Panorama, Tilt Shift, Beautify dan Hand Held Twilight. Terdapat juga mod HDR yang membolehkan rakaman gambar yang lebih baik. Kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel f/2.0 dengan sokongan flash terbina. Kamera hadapan pula mempunyai sokongan Depth Effect yang membolehkan latar belakang dikaburkan. Ia mengingatkan kami kepada mod Potret Pixel 2.
Membekalkan kuasa kepada peranti ini ialah bateri sebesar 4000 mAh dengan sokongan pengecasan QuickCharge 2.0 (5V/2A) melalui port mikro-SB. Ini ialah saiz bateri yang besar dan setanding dengan yang ditemui pada Redmi 5 Plus.
Di Malaysia Xiaomi Redmi Note 5 dijual pada harga RM799 untuk versi 3GB RAM/32GB dan RM999 untuk versi 4GB RAM/64GB. Ini menjadikannya peranti dengan harga yang amat kompetitif untuk spesifikasi yang ditawarkan.