Acara pertandingan REDLINE Fitness Games kembali lagi pada tahun ini dan terus dipacu NISSAN. Seperti edisi tahu lalu ia kembali berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC).
Pertandingan kecergasan hebat ini diadakan bermula pada 13 sehingga 14 Julai 2024. Di kalangan penggiat dan peminat aktiviti kecergasan, acara ini bukan sekadar pertandingan kecergasan biasa, tetapi satu perayaan buat komuniti gaya hidup sihat.
Menariknya, REDLINE Fitness Games kali ini mencatatkan penyertaan lebih 6,000 peserta dan penonton. Sekali gus mencatatkan peningkatan ketara berbanding edisi sulung pada 2023.
Sambutan yang luar biasa ini menunjukkan betapa pentingnya acara seperti ini dalam mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.
Turut disokong Rakan Muda, REDLINE Fitness Games memperlihatkan komitmen bersama untuk memupuk budaya kesihatan, kecergasan, dan semangat komuniti.
Acara ini turut menyaksikan seorang peserta, Amanda Chen memenangi cabutan bertuah. Peserta bertuah ini membawa pulang trak pikap NISSAN Navara PRO-4X.
“Lebih daripada sekadar pertandingan, REDLINE Fitness Games yang dipacu oleh NISSAN mewakili komitmen untuk memupuk komuniti yang kuat, sihat, dan terlibat.
“Penyertaan rekod tahun ini oleh peminat kecergasan tempatan dan antarabangsa mengatasi angka tahun lepas. Ia menunjukkan pengaruh acara ini yang semakin meningkat dan usaha kolektif ke arah mempromosikan gaya hidup sihat di seluruh Malaysia,” jelas Pengarah Acara REDLINE, Callum Meehan.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Chong Motor Holdings Berhad, Daniel Ho Wai Ming, berkata, “Kami gembira untuk menamatkan acara hari ini dengan pemberian NISSAN Navara PRO-4X yang benar-benar sepadan dengan tagline kami ‘No Task Too Tough’.
“NISSAN Navara PRO-4X, yang terkenal dengan kekuatan dan ketahanannya, sepadan dengan nilai-nilai REDLINE Fitness Games yang dipacu oleh NISSAN dan melambangkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan pengembaraan.”
REDLINE Fitness Games meyaksikan peserta diuji pertandingan kecergasan yang dinamik direka untuk mendorong had fizikal dan mental. Setiap peserta melalui satu siri stesen latihan yang mencabar.
Setiap 12 stesen menguji pelbagai aspek kecergasan dengan ketat, termasuk daya tahan kardiovaskular, kekuatan, ketangkasan dan koordinasi. Inti konsep REDLINE adalah idea ‘redlining’ – mendorong diri ke puncak prestasi fizikal dan mental.
Naratif ini bukan sahaja mendorong pertandingan tetapi juga memupuk semangat komuniti ketahanan, pencapaian peribadi, dan sokongan bersama di kalangan peserta.
Untuk memastikan inklusiviti, permainan ini menampilkan pelbagai kategori untuk memenuhi tahap kecergasan yang berbeza. Kategori tersebut ialah Singles Beginner, Singles Competitive, Singles Open, Doubles dan Team Relay.
BACA: 5 Jenis Latihan Mobiliti Terbaik Untuk Membantu Semua Senaman
Kepelbagaian ini membolehkan peserta dari pelbagai latar belakang untuk terlibat dalam pertandingan. Tidak kiralah sama ada ‘beginner; atau atlet berpengalaman, semua dapat mengharungi cabaran sesuai dengan perjalanan kecergasan mereka.
Dalam kategori kompetitif, para peserta terbaik dihargai atas ketabahan mereka. Dalam kategori Men’s Singles Competitive, Marcus Funken mendapat tempat pertama, diikuti oleh Pierre Algret di tempat kedua, dan Nick Tisinger di tempat ketiga.
Manakala kategori Women’s Singles Competitive menyaksikan Claire Nesbitt mengambil tempat teratas, dengan Jasmine Miedl dan Yi Zhen Lim masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Para pemenang dalam kedua-dua kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000, RM 2,000, dan RM 1,000 untuk tempat pertama, kedua, dan ketiga masing-masing.
REDLINE Fitness Games bolehlah dianggap sebagai satu kejayaan besar terutamanya meraikan komuniti aktiviti kecergasan.
Semoga penganjuran pada tahun hadapan akan menjadi lebih mantao dan hebat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.