Redah Hutan Sejauh 10km & Pikul 40kg Peti Ais, Jasa Guru Ini Menjadi Inspirasi Buat Semua!

Share

Besar sungguh jasa seorang guru. Tidak hanya mengajar tetapi juga tanggungjawabnya sebagai seorang berperikemanusaiaan.

Demi memastikan keselesaan anak murid sorang guru ini sanggup meredah hutan, sungai, bukit, jambatan gantung dan titian kayu sejauh 10 km dengan memikul peti ais seberat 40 kilogram hanya demi kemudahan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Longkungongon, Penampang.

Perjalanannya itu mengambil masa tujuh jam lebih malah video berdurasi dua minit 10 saat mendapat tontonan lebih 203,187 dan rata-rata netizen terharu dan memberi reaksi kagum dengan pengorbanan Cikgu Harry atauy nama sebenarnya Harry Yanto Bikal.

Melalui Harian Metro, peti ais yang dipikulnya itu adalah hasil kutipan wang dari guru-guru di sekolah berkenaan untuk memastikan bahan-bahan seperti ayam, ikan dan sayuran bertahan selama beberapa hari untuk diberikan kepada pelajar asrama yang dibeli di pekan Donggonggon, bulan lalu.

“Usaha ini sudah lama dirancang kerana tidak mudah untuk mengangkat peti ais dengan keadaan jalan tidak boleh diakses apa sahaja kenderaan.

“Ini kerana laluan untuk ke SK Longkungongon melalui hutan berbukit dan menyeberangi beberapa sungai menyebabkan tiada kenderaan boleh sampai ke situ.

“Namun keadaan itu tidak mematahkan semangat saya dan guru menyediakan yang terbaik kepada murid,” katanya guru berusia 39 tahun ini kepada Harian Metro.

Malah dia turut memberitahu, kebiasaanya dia hanya menganbil masa 5 jam sahaja untuk sampai ke sekolah tetapi kerana memikul peti ais, dia mengambil masa tujuh jam untuk sampai ke sekolah kerana dia terpaksa berhenti beberapa kali untuk berehat selain sentiasa berhati-hati ketika menuruni bukit yang curam dan laluan sungai licin.

“Pada 7 pagi saya bersama rakan tiba di laluan utama selepas menaiki kenderaan dari pekan Donggonggon. Saya dan rakan meneruskan perjalanan sambil memikul peti ais diikat rapi pada belakang dengan menggunakan tali.

“Kebiasaannya saya hanya mengambil masa tiga hingga ke lima jam untuk sampai ke sekolah. Namun dengan memikul peti ais, tempoh masa untuk tiba di sekolah memakan masa selama tujuh jam,” katanya.

Dia memberitahu, akibat itu dia terkena lebam di bahagian bahunya, namun apabila menatap wajah anak murid yang gembira dengan peti ais yang dibawanya, sakit serta penat automatik hilang.

Dia tidak berhenti berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Penampang serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak menyalurkan bantuan.

Malah dia berharap pihak berwajib dapat membina satu laluan yang boleh dilalui oleh kenderaan untuk sampai di SK Longkungongon.

Sumber: Harian Metro 

Published by
lany