
Kepada pemilik kereta Toyota baru, anda layak merebut peluang memenangi Toyota Vios Edisi Sports atau percutian ke Jepun bagi mengunjungi Tokyo Motor Show 2017. Kempen ‘Buy & Win’ berkenaan akan memilih dua pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah utama Vios Edisi Sports Edition dan 45 pemenang bakal memenangi tiket ke Tokyo Motor Show 2017. Lebih menarik pemenang tiket ke Tokyo berkenaan boleh membawa pasangan bersama untuk melihat pameran automotif tersebut.
Kempen yang bakal berakhir pada 30 September itu dianjurkan pada masa yang tepat. Ini kerana, pihak UMW Toyota Motor menawarkan rebat tunai sehingga RM5, 000 bagi model Vios, Camry, Hilux Double Cab, Corolla Altis, Fortuner, Sienta dan Avanza (bergantung kepada model).
Selain itu, pelanggan yang membeli Vios baharu juga akan menerima aksesori percuma bernilai RM4,000 manakala pembeli Corolla Altis akan menerima aksesori bernilai RM5,700. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, pembeli Vios juga berpeluang menikmati Ganjaran Merdeka bernilai RM500.
Untuk makluman, Vios Edisi Sports adalah inspirasi daripada kereta perlumbaan Vios Challenge yang akan memulakan perlumbaan pusingan pertama di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini. Model tersebut dijual pada harga RM85,000 seunit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
INDONESIA LANCAR CIVIC TYPE R-KUASA KURANG 10hp, HARGA RM320K

Nampaknya Indonesia terlebih dahulu melancarkan model Honda Civic Type R. Dibawakan oleh PT Honda Prospect Motor (HPM) pada Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 (GIIAS), model prestasi Honda itu dijual pada harga Rp995 juta (RM318,400).
BACA>>>>>SELEPAS CR-V, CIVIC TYPE-R AKAN MENYUSUL KE PASARAN TEMPATAN
Harga tersebut tidak jauh berbeza dengan harga yang dianggarkan oleh penulis apabila model tersebut tiba ke pasaran tempatan.
Di bawah hud Civic Type R terletaknya enjin 2.0 liter VTEC turbo yang mampu menghamburkan kuasa 306hp pada 6, 500rpm dan tork 400Nm yang dicapai seawal 2, 500rpm.
Sayangnya kuasa Civic Type R yang dibawa masuk ke pasaran Indonesia itu sedikit rendah berbanding spesifikasi yang ditawarkan di United Kingdom dengan kuasa 316hp.
Kemudian, jana kuasa berkenaan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual bersama tiga mod pemanduan iaitu +R, Sport dan Comfort.
BACA>>>>>SAKITNYA TUH DI SINI! BARU SAHAJA DIPANDU SEJAUH 243KM-CIVIC TYPE R INI KEMALANGAN
Rekaan yang ditampilkan oleh Type R lebih agresif dan memiliki penampilan gaya perlumbaan. Lampu utama disematkan dengan ciri LED. Manakala imej sporty boleh diserlahkan menerusi rim aloi 20 inci bersama tiga ekzos.
“Honda Civic Type R akan melengkapi varian Civic di Indonesia untuk memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat yang menginginkan karakter litar,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Asian, Shinji Aoyama.
Pada bahagian kabin ditawarkan dengan skrin sentuh 7-inci dan Apple CarPlay serta Android Auto. Pelanggan di Indonesia boleh memilih pilihan warna Rally Red, Championship White, Brilliant Sporty Blue dan Sonic Grey Pearl.
Tambahan dua lagi warna iaitu Crystal Black Pearl dan Polished Metal akan ditawarkan tahun depan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kereta Jadi ‘Kuat Makan’ Minyak, Itu Antara Petanda Minyak Enjin Perlu Ditukar Segera

Tidak kiralah sama ada kereta baru atau lama penjagaan atau servis terutamanya menukar minyak enjin sangatlah penting. Disebabkan itulah setiap kereta telah dinyatakan awal-awal oleh pengeluar atau pusat servis bilakah masa terbaik untuk kita tukar minyak enjin.
Kenapa perkara ini sering diberikan penekanan oleh mereka? Ia sebenarnya bagi memastikan kereta dapat berfungsi pada tahap paling baik. Dan lebih penting ia boleh mengelakkan enjin dari berdepan kerosakan yang tidak sepatutnya.
Bukan sahaja melancarkan fungsi pergerakan enjin malah minyak ini juga boleh memberikan perlindungan kepadanya. Namun ada ketikanya mungkin kita lupa atau terlepas pandang terhadap servis minyak enjin ini.

Maklumlah kebiasannya ia perlu ditukar setiap 10 ribu kilometer perjalanan atau setiap 6 bulan. Jadi untuk selamat, perhatikan 5 petanda ini yang menunjukkan kereta anda benar-benar perlu ditukar minyak enjin!
BAU HANGIT & TERBAKAR
Ini petanda yang kita semua cukup takuti! Tahukah anda ini merupakan salah satu bentuk amaran menunjukkan enjin kereta sedang menghadapi masalah. Bau ini keluar kerana kepanasan yang melampau berlaku dan ada minyak terbakar dalam sistem ekzos.
Ia juga biasanya akan disertakan dengan warna asap kereta asama ada kelabu atau biru. Jika anda simptom ini tukarlah minyak enjin dengan segera.
GEGARAN ENJIN
Apabila enjin tidak dapat berfungsi dengan baik kerana minyak enjin berkurangan atau tidak elok, ia boleh menyebabkannya bunyi bising dan juga bergegar dengan kuat.
Salah satu tugas minyak enjin adalah untuk melancarkan fungsinya. Namun jika ia tidak elok, enjin akan jadi terlalu panas dan juga bergegar. Jika ini berlaku tukarlah minyak enjin.

SIMBOL LAMPU MINYAK MENYALA
Perkara ini bukanlah satu misteri. Jika ia menyala ini bermakna ada yang tidak kena dengan enjin anda. Dan salah satu penyebabnya mungkin minyak enjin yang berkurangan. Jika minyak enjin sedikit lampu amaran itu boleh menyala.
Malah kadang-kadang ia menyala bersama dengan satu lagi amaran iaitu ‘check engine’. Jika minyak enjin kurang, tambahlah dengan segera. Kemudian bawa kereta ke bengkel dengan segera.
PERUBAHAN WARNA KETARA
Tahukah anda minyak enjin yang bersih biasanya berwarna coklat. Selepas semakin lama digunakan ia berubah menjadi semakin gelap dan hitam sepenuhnya. Jadi semasa melakukan pemeriksaan selain paras minyak perhatian juga kualiti warnanya. Jika terlalu cair dan gelap itu bermakna minyak enjin perlu ditukar dengan segera.
KERETA KUAT MAKAN MINYAK
Anda perasan semakin lama semakin kuat kereta ‘makan’ minyak. Perbelanjaan pun jadi naik tak tentu fasal. Jika ini berlaku itu salah satu puncanya adalah disebabkan minyak enjin berkurangan dan tak cukup. Minyak enjin yang terlalu cair juga boleh menjadi punca. Ini kerana enjin kereta perlu bekerja lebih keras maka lebih banyak bahan api yang diperlukannya.
Diharapkan perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
BMW iX3 Edisi Akhir Baharu: Gabungan Prestasi M Performance dan Kemewahan Elektrik

BMW Malaysia baru saja melancarkan BMW iX3 Edisi Akhir Baharu, sebuah versi terkini dari rangkaian SAV (Kenderaan Aktiviti Sukan) elektrik mewah mereka.
BMW iX3 terbaru ini menggabungkan ciri-ciri estetika M Performance sebagai standard, menambahkan daya tarik yang lebih atletik pada bentuknya yang sudah sporty.
Ia dibangunkan di atas dasar model ‘Impressive’ dan memperkenalkan elemen-elemen M Performance. Antaranya penutup cermin dari gentian karbon, kemasan ambang pintu dari gentian karbon dan spoiler belakang yang elegan.

Penutup cermin karbon ini bukan hanya menambah keindahan, tetapi juga menonjolkan teknologi tinggi yang ada pada SAV ini. Spoiler belakang yang berwarna hitam berkilat mencipta penampilan yang lebih agresif dan menarik.
Ditambah lagi dengan suspensi M Adaptive, BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini menawarkan pengalaman memandu yang lebih dinamik.
Pemilik boleh memilih antara mod standard yang nyaman atau beralih ke mod Sport untuk pengalaman memandu yang lebih menakjubkan.
KESELAMATAN DAN KENYAMANAN
Kemewahan tidak diabaikan dengan kehadiran bumbung kaca panoramik, sistem penyaman udara tiga zon, kerusi sukan elektrik untuk pemandu dan penumpang depan, serta roda M aerodinamik 20 inci.
Ciri-ciri canggih seperti Pembantu Pemandu Profesional dan Pembantu Parkir Plus menawarkan keselamatan dan kenyamanan tambahan. Selain itu, lampu laser BMW dan sistem audio Harman Kardon melengkapi pengalaman premium.
Dari segi kinerja, BMW iX3 Edisi Akhir Baharu dikuasakan motor elektrik yang efisien, menghasilkan hingga 286 hp dan tork 400 Nm, memungkinkan akselerasi dari 0 ke 100 km/jam dalam hanya 6.8 detik.
Bateri berteknologi tinggi menyediakan jarak jangkauan hingga 461km per cas, menjadikan SAV ini pilihan yang praktis untuk perjalanan jauh.
Tersedia dalam enam warna yang menarik dan pilihan upholsteri kulit Vernasca, BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini juga menawarkan paket pembiayaan yang memudahkan pemilikan.
Menerusi pelan Easy Drive, pembeli dapat menikmati ansuran bulanan serendah RM4,036.00, sementara pelan Straight Line menawarkan ansuran dari RM3,531.00.
PROGRAM BERJADUAL
Pemilik BMW iX3 Edisi Akhir Baharu juga akan mendapat manfaat dari waranti tanpa batas lima tahun dan program servis berjadual percuma. Ia hadir bersama jaminan bateri selama delapan tahun.
Keselamatan dan keselesaan tambahan dijamin dengan bantuan tepi jalan dan talian kemalangan dari BMW, serta servis dalam talian.
Dengan harga jualan RM299,800.00 dan pakej servis tambahan pada harga RM19,800.00,. BMW iX3 Edisi Akhir Baharu menawarkan gabungan kemewahan, teknologi dan kriteria yang membuatnya menjadi pilihan menarik di pasar SAV.
BACA: Kebocoran Minyak Enjin – Punca & Bagaimana Nak Baikinya Dengan Mudah
Untuk informasi lebih lanjut, calon pembeli disarankan untuk mengunjungi laman sesawang BMW atau menghubungi pengedar rasmi BMW Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI