Gaya Hidup

Rawat Sakit Gout Tanpa Ubat Tahan Sakit Hanya Dengan 2 Bahan Ini!

Share

Sakit gout sering menyerang bahagian sendi terutamanya di kaki, lutut, siku dan pergelangan tangan. Bila sakit gout ini datang, pesakit boleh jadi serba tak kena malah kesakitannya juga sukar untuk digambarkan.

Jangan nak kata sentuh, kalau bahagian yang sakit gout itu terkena dengan hujung kain atau angin dari kipas pun boleh buat pesakit meraung. Begitulah penangan sakit gout ini!

Untuk meredakan kesakitan yang dialami, biasanya pesakit akan mengambil ubat tahan sakit ataupun suntikan bagi meredakan kesakitan. Namun jika anda ingin mencuba cara semula jadi, apa kata ikuti petua yang dikongsikan page Resepi Orang Kampung ini.

#PETUAGout: Rawat dengan air tin. Paling senang.

Bahan yang senang dicari, mudah dibuat, rasanya pun sangat sedap. Rugilah kalau tak mencuba.

Bahan:

1. 1 tin jus nenas FnN atau jenama lain.
2. 1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
3. Campurkan air nenas tin ke dalam air mineral 1.5 liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakkan air tumpah.
4. Bacaan Bismillah 11x.
5. Selawat Nabi 11x.
6. Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
7. Habiskan air campuran nenas tersebut 1.5 liter dalam masa 2-3 jam.
8. Ulang semula kaedah di atas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukkan pengurangan.
9. Tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.

Kredit: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir, Shah Alam

Published by
Roselinda