Bagi pencinta kucing, sudah tentu perkara yang paling merisaukan mereka adalah apabila haiwan peliharaannya jatuh sakit.
Antara penyakit yang mungkin kerap berlaku kepada kucing adalah sakit mata. Anda boleh lihat sekiranya mata kucing itu berair, itu mungkin petanda yang mereka dijangkiti sakit mata. Simptomnya sama seperti manusia, mata berair.
Menurut petua orang-orang dulu, cara tradisional merawat sakit mata kucing adalah dengan menggunakan kayu manis.
Petua ini dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @matlaga.
@matlagaUbat sakit mata kucing, petua org dulu##cat ##fyp ##foryoupage ##tiktokmalaysia♬ Di Manakan Ku Cari Ganti – Live – Cast of P. Ramlee The Musical
Caranya mudah sahaja, rebuskan kayu manis sehingga mendidih. Tunggu sehingga air itu sejuk dan bertukar kepada warna coklat. Kemudian, korang celupkan tisu/kapas ke dalam air tersebut dan lapkan pada mata kucing.
Hasilnya, mata kucing itu akan menjadi kering dan tidak lagi berair.
Jika kucing korang tidak mengalami sakit mata yang teruk, bolehlah ikhtiarkan cara ini. Lebih murah dan berbaloi. Tapi, sekiranya jadi lebih teruk dan tidak pulih dalam waktu yang panjang, segeralah bawa berjumpa dengan doktor haiwan untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: matlaga