Tiada istilah pejam mata dan biarkan ia berlalu dalam budaya rasuah boleh meruntuhkan bukan sahaja institusi kerajaan malah memberikan kesan besar kepada individu dan masyarakat.
Cuba kita fikir mengapakah pihak berkuasa sering melaungkan kempen anti-rasuah? Ini kerana impaknya sangat besar terhadap kehidupan rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik. Pembelaan terhadap setiap lapisan masyarakat perlu dibela sebaiknya. Tiada kompromi dalam tangani rasuah.
IMPAK PADA NEGARA
Sebelum menyentuh impaknya terhadap individu terutamanya pada kerjaya, elok kita membicarakan tentang kesan terhadap skala lebih besar iaitu pada negara. Berikut merupakan kesan-kesan jenayah rasuah kepada negara
Melumpuhkan fungsi dan perjalanan sesebuah organisasi
Pentadbiran sesebuah kerajaan dan negara akan menjadi huru-hara dan lemah
Imej dan kredibiliti negara akan tercalar dengan teruk sekali
Kualiti infrastruktur tiada berkualiti sekali gus membahayakan nyawa orang awam
Pembangunan menjadi tidak sekata lalu menyebabkan jurang kekayaan semakin besar
Menjadikan budaya rasuah itu sebagai satu norma di kalangan kakitangan organisasi terutamanya kerajaan, tidak amanah dan gagal melaksanakan tugas dengan baik
KESAN KEPADA INDIVIDU DAN KERJAYA
Sama ada mengaku atau tidak, jauh di dalam sudut hati penerima atau pemberi rasuah, hidup mereka tidak akan tenang. Wang atau hasil rasuah akan habis begitu sahaja.
Ini beberapa kesan rasuah terhadap indvidu:
Ads
Jika ditangkap mereka akan kehilangan kerja dan punca pendapatan dalam sekelip mata
Maruah mereka akan tercalar dan dipandang hina bukan sahaja msyarakat malah ahli keluarga sendiri
Natijah hukuman daripada undang-undang kepada penerima rasuah adalah cukup berat
Kesan perbuatan terkutuk ini juga akan turut tempias kepada ahli keluarga
Nasib isteri dan anak-anak mungkin terkontang-kanting dan terabai
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Ads
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada:
rasuahbusters@gmail.com atau
(WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter: rasuahbusters
Usaha kecil menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.
Ads
#RasuahBusters
#JanganAmbil
#JanganBeri
#Ideaktiv
Ayuh sertai gerakan RasuahBuster dan REFORMASI MORAL di laman sesawang rasmi di www.rasuahbusters.com.
Sama-sama kita jadi barisan hadapan banteras rasuah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
10 Perkara ni korang wajib buat time raya ni kalau nak hari raya lebih ‘best’ dan bermakna. Yelah kan bukan selalu kita berjumpa adik beradik, sepupu dan sanak saudara kan. Kalau setiap tahun buat benda sama je bosan jugak, kan? Apa kata ‘upgrade’ Hari Raya anda dengan 10 perkara bermanfaat ini untuk Aidilfitri yang lebih bermakna.
1. Letak telefon jauh-jauh and be offline
Terutamanya masa makan. Luangkan masa yang ada tu dengan bersembang dan bertanya khabar.
2. Puji pakaian atau rupa seseorang dengan ikhlas
Pujian paling simple seperti “Awak nampak cantik hari ni” atau “Cantiknya baju awak!” sudah cukup untuk membuat seseorang happy.
3. Jangan hanya tahu makan. Belajar masak dan ambil tahu resipi rahsia saudara mara.
Ayam Masak Merah yang Mak Long selalu buat tu terlalu lazat? Dah tiba masanya untuk belajar dan dapatkan resipi rahsia Mak Long.
4. Main bunga api
Serlahkan aura kebudak-budakan yang dah lama tersimpan dalam diri anda dengan bermain bunga api. Kalau main dengan kanak-kanak lagi best.
5. Ziarah kubur kenalan yang dah lama kita tak pergi
Kalau bukan sebab Hari Raya, peluang untuk pergi menziarah kubur memang tipis. Apa kata ambil masa dan inisiatif untuk ziarah kubur kenalan masa Raya ni. Kan lebih baik. 🙂
6. Bagi Duit Raya kat budak-budak, sikit pun jadilah
Masukkan RM1 dalam sampul dan berikan pada kanak-kanak yang ziarah ke rumah. Confirm mereka akan tersenyum lebar dapat Duit Raya!
7. Berborak dengan datuk dan nenek tentang kehidupan
Mereka dah hidup lama. Jadi, tentulah mereka ada banyak pengalaman yang berguna untuk kita praktikkan dalam hidup.
8. Peluk mak ayah dan tengok pada kedutan yang ada pada kulit mereka
“While we are busy growing up, we often forget our parents are growing old too”
Sedarlah anak-anak, ibu bapa kita semakin hari semakin tua. Peluklah mereka, kucuplah mereka, dan hargailah mereka.
9. Kumpulkan semua family dan bermaaf-maafan
Bukan selalu dapat berkumpul, kan? Setahun sekali je boleh dapat moment macam ni.
10. Ambil gambar raya yang epik dengan sepupu-sepupu!
Ambil gambar dengan pose yang sama, lepas tu boleh tengok perbezaan pada gambar lama dan gambar baru. Serius seronok!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita sudah pun tiba di penghujung tahun 2024. MASKULIN yakin ramai yang sudah memiliki rutin larian yang baik. Tidak kurang juga yang baru memasang azam untuk mulakan aktiviti ini pada tahun 2025. Salah satu aspek paling penting ialah kasut larian!
Untuk aktif sebagai seorang pelari, memiliki kasut larian latihan harian yang baik adalah kunci untuk memastikan anda kekal selesa dan mengelakkan kecederaan.
Kasut yang sesuai memberikan sokongan, penyerapan hentakan, dan cengkaman yang diperlukan untuk pelbagai jenis permukaan.
Walaupun anda baru bermula atau seorang pelari berpengalaman, memilih kasut yang sesuai dengan bajet tidak bermaksud mengorbankan kualiti. Berikut adalah senarai kasut larian harga mampu milik terbaik untuk 2024, bersama kelebihan dan kelemahannya.
1. New Balance Fresh Foam 680 v8
Pros:
Tapak Fresh Foam memberikan keselesaan dan penyerapan hentakan yang baik.
Reka bentuk mesra pengguna sesuai untuk pelari kasual dan jarak sederhana.
Harga yang berpatutan dengan prestasi premium.
Cons:
Agak berat berbanding model lain dalam kategori yang sama.
Tidak sesuai untuk pelari yang mahukan kasut ultra ringan.
Setiap kasut dalam senarai ini menawarkan ciri unik yang sesuai dengan keperluan dan bajet pelari.
Sama ada anda seorang pelari kasual atau mahukan kasut yang tahan lasak untuk latihan intensif, pilihan ini menyediakan variasi untuk semua. Pilih kasut yang paling sesuai dengan keperluan larian harian anda dan rasai perbezaannya.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahang panas sekarang memang tak boleh bawa bincang!
Ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di negeri Pantai Timur dan juga Utara – rata-rata mengalami cuaca panas yang cukup menduga.
Situasi ini dirasai sendiri penulis ketika pulang beraya beberapa minggu lalu. Memang cuaca panas kali ini sangat lain macam perginya.
Selain menggunakan penghawa dingin, terdapat beberapa cara dan langkah yang anda boleh lakukan untuk menyejukkan ruang di dalam rumah. Lebih menarik, perkongsian MASKULIN kali ini tidak melibatkan kos yang tinggi pun!
Ikuti cara-caranya di bawah!
KETULAN AIS
Gunakan gabungan kipas angin berdiri dan ketulan ais dengan penuh efisien! Letakkan beberapa ketulan ais di dalam bekas. Letakkan bekas tersebut betul-betul di hadapan kipas angin.
Jadi angin yang bertiup akan datang dengan haba sejuk dari ais. Pastinya ia lebih menyamankan ruang yang panas dan ada bahang. Kosnya pun tidaklah mahal pun.
AIR DALAM BESEN
Salah satu cara menyejukkan ruang di dalam bilik contohnya ialah dengan meletakkan bekas atau besen berisi air. Pernah tak anda terfikir mengapa bilik air sering saja sejuk? Ya, ia disebabkan ada air terisi di dalam bekas.
Untuk melegakan haba dalam bilik, letakkan besen berisi air dengan kuantiti yang agak banyak. Sebagai contoh letaklah dua atau tiga besen. Barulah anda dapat tidur pun dengan aman, nyaman dan tenteram.
GUNA LAMPU LED
Menggunakan lampu LED adalah lebih mesra alam, murah dan juga tidak mengeluarkan haba. Berbeza dengan lampu mentol yang lama, ia mengeluarkan haba agak panas. Apatah lagi jika terdapat beberapa buah mentol digunakan senrentak di dalam bilik.
KIPAS KE TINGKAP
Teknik halakan kipas ke arah tingkap juga boleh membantu anda mengeluarkan haba panas dari bilik. Bila cuaca panas, sebelum anda nak tidur halakan kipas ke luar atau menghadap tingkap. Lakukan selama 10 ke 15 minit nescaya bahang panas akan berkurangan.
TUTUP LANGSIR
Pada waktu siang, tutuplah langsir tingkap atau sliding door. Ini terutamanya jika rumah anda menerima pancaran matahari secara terus. Dengan langkah ini, cahaya matahari tidak akan menembusi dan memasuki ruang di dalam rumah. Sekali gus mengelakkan bahang terperangkap.
FABRIK YANG BETUL
Mahu tidur yang selesa? Pilihlah fabrik cadar yang baik terutamanya dari jenis kain ‘sejuk’ seperti cotton.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat serta menghadirkan keselesaan dalam kehidupan seharian anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.