Rasa Menggerutu Bawah Mata & Leher? Buang Kolesterol Dengan 5 Bahan Ini!

Share

Rasa menggerutu di bawah kelopak mata dan sekitar leher? Ketahuilah bahawa itulah tanda tubuh anda memiliki jumlah kolestrol yang sangat tinggi.

Apa sebenarnya kolestrol itu?

Kolestrol adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah dan ia berfungsi untuk menghasilkan membran sel serta menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Untuk fungsi ini, ia dipanggil sebagai kolesterol baik.

Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, anda sebenarnya memberi peluang kepada kolesterol ‘jahat’ untuk berkumpul dengan banyaknya dalam dalam dinding arteri pada tubuh anda.

Jadi, apabila kolesterol tinggi, mudahlah anda terdedah kepada pelbagai penyakit seperti sakit jantung, sesak nafas dan bermacam-macam lagi melainkan anda fokus untuk mengawalnya dengan tip berikut :

5 makanan mampu kurangkan kolesterol jahat

1. Biji ketumbar

Biji ketumbar bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.

Caranya : Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

2. Bawang merah

Para saintis menemui fakta bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik.

Caranya : Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

3. Indian Gooseberry atau buah pokok Melaka

Buah-buahan jenis ini memiliki agen hypolopidemic semula jadi yang boleh menurunkan kolesterol jahat.

Caranya : Anda boleh mendapatkan buah-buahan ini dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong.

4. Cuka epal

Cukai epal boleh mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.

Caranya : Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

5. Jus oren

Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.

Caranya : Minum jus oren segar dua kali sehari.

Semoga bermanfaat!

Published by
Akyem Samad