Rasa Kebas & Menyengat Di Tangan, Itu Mungkin Tanda Anda Alami Sindrom Terowong Karpus!

Share

Kita sering mengambil berat akan kesihatan anggota badan dengan melakukan senaman. Antara anggota badan yang sering diberikan perhatian yang sangat tinggi ialah perut, dada, bisep dan trisep.

Namun sedarkah anda bahawa tangan anda juga memerlukan perhatian yang baik? Setiap hari kita secara puratanya banyak melakukan aktiviti dengan menggunakan tangan. Jadi pernahkah anda terfikir bahagian tangan anda boleh berdepan risiko alami kecederaan?

Foto: Jersey Shore Wellness Center

Antara kondisi tangan yang sering berlaku ialah Sindrom Terowong Karpus. Sebuah perkongsian menarik

telah dilakukan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

Beliau merupakan seorang doktor yang sering membuat perkongsian berguna kepada follower di Facebook. Jika belum follow, segeralah follow sekarang kerana beliau sentiasa berkongsi pelbagai tip dan informasi berguna tentang kesihatan.

Berikut merupakan perkongsian Dr. Kamarul Ariffin tentang Sindrom Terowong Karpus.


 

AWAS JIKA KAU ORANG ADA TANDA-TANDA INI!

  • Rasa kebas dan menyengat di tangan
  • Sakit yang meluap-luap di tangan atau jari-jari.
  • Sakit semasa menaip, menulis dan mengemas.
  • Kebas atau semut-semut di tangan dan jari pada waktu malam terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari manis.

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidapi “Sindrom Terowong Karpus” atau “Carpal Tunnel Syndrome”.

APA ITU SINDROM TEROWONG KARPUS?

Ia adalah kesakitan pada saraf median yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan pada saraf itu yang berpanjangan.

BAGAIMANA IA BERLAKU?

  • Pergerakan berulang kali atau berterusan tangan ataupun pergelangan tangan (contohnya penggunaan papan kekunci komputer)
  • Tekanan dan gegaran yang berlebihan pada tangan atau pergelangan tangan
  • Tendon pada kawasan terlibat bengkak dan menekan saraf median, mengakibatkan kesakitan dan kekebasan pada pergelangan/tapak tangan.
  • Kecederaan atau kepatahan tulang di pergelangan atau tapak tangan.
  • Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti yang berlaku sewaktu mengandung atau pada pesakit kencing manis.
  • Posture yang tidak betul atau tidak ergonomik.

BAGAIMANA NAK KURANGKAN GEJALA INI?

  • Hadkan pergerakan pergelangan tangan
  • Berehat seketika di antara kerja (pacing)
  • Buat regangan pergelangan tangan
  • Ambil Paracetamol

KALAU TAK OK JUGA, MACAM MANA?

Jumpa doktor untuk pemeriksaaan dan rawatan:

  • Ubatan anti radang dan penahan sakit
  • Fisioterapi (regangan & modaliti lain)
  • Suntikan corticosteroid
  • Pembedahan tenosynovectomy

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti FB Anda

Ikuti FB saya untuk nota kesihatan yang sahih, ringkas dan padat.


Semoga perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini boleh memberikan manfaat sebaiknya untuk anda semua.

Perkongsian asal:

Published by
Farizul Izwany