Ya, anda tidak keseorangan. Ramai di antara kita sebenarnya sudah mula menunjukkan simptom ‘burn out’ dari segi mental. Kita sudah lebih setahun berdepan dengan pandemik COVID-19 dan majoriti masa tersebut kita terpaksa duduk di rumah atau harus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Apatah lagi melihatkan jumlah kes yang agak menggila sekarang pastinya ramai rasa ‘down; dan tiada motivasi untuk melakukan pelbagai jenis perkara. Dan ini termasuklah senaman. ‘Burn out’ boleh menyebabkan kita seakan rasa putus asa dan malas melakukan perkara-perkara yang sudah menjadi rutin seperti bersenam.
Apabila kita kurang bersenam, kondisi ini pula boleh menjejaskan kesihatan. Ia akan jadi lebih teruk jika pemakanan dan diet harian juga tidak dijaga. Manakala bagi mereka yang bergelut dan putus punca pendapatan ia lebih menyukarkan.
Selain baik untuk kesihatan fizikal melakukan senaman juga banyak memberikan faedah kepada kesihatan mental. Kali ini, MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh meningkatkan motivasi diri untik kembali bersenam.
Let’s go!
Ads
USAH TANGGUH
Pertama sekali, jauhi sikap bertangguh. Ya, memang ramai akan jadi macam makin malas dan bertangguh untuk bersenam. Cara paling mudah atasi masalah ini ialah terus lakukan! Jangan tangguh dan cakap “esok sajalah”. Lakukannya hari ini!
TULIS OBJEKTIF & SASARAN
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit.
Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
Ads
JADUAL SENAMAN YANG BAIK
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri.
Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
MULA PERLAHAN-LAHAN
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan.
Ads
Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
DISIPLIN DIRI
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.
Semoga anda terus bersemangat untuk bersenam dan hadapi hari-hari yang mencabar di masa akan datang. Teruskan duduk di rumah, keluar hanya perlu sahaja. Paling penting dapatkan vaksin anda.
Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagaikan tidak dimamah usia! Mungkin itulah apa yang terlintas di kepala bila melihat sosok badan pelakon popular Bollywood ini.
Filem-filem popular lakonannya seperti ‘Hum Aapke Hain Koun’, ‘Hum Saath-Saath Hain’ dan ‘Bajrangi Bhaijaan’ telah dijadikan filem rujukan penting industri perfileman Bollywood.
Dia juga merupakan figura yang terkenal dengan memiliki kondisi fizikal tegap dan awet muda. Mungkin anda sendiri tertanya-tanya apakah rahsia Salman Khan mampu mengekalkan penampilan dan bentuk badannya yang mantap hingga sekarang?
OBSESI KECERGASAN
Salman Khan merupakan selebriti yang cukup obses dengan kecergasan dan kondisi fizikalnya. Kegigihannya menjaga badan menjadi ikutan ramai terutamanya peminat yang mendambakan bentuk badan serupa.
Walaupun sentiasa dihimpit dengan jadual yang cukup ketat namun Salman Khan sentiasa mencari masa untuk melakukan senaman kira-kira satu hingga dua jam setiap hati terutamanya di gimnasium.
Rutin senamannya melibatkan kombinasi beberapa jenis senaman. Antara senaman yang wajib dalam senarai rutinya ialah bench press, latihan angkat berat, larian treadmill, sit up, push up, latihan sirkir dan juga beberapa jenis plank.
Kesemua jenis senaman di atas cukup penting dalam rutin hariannya dan dilakukan dengan penuh disiplin.
REHAT FIZIKAL & MINDA
Selain melakukan senaman yang besifat cukup intensif, Salman Khan juga memastikan badannya mendapat cukup rehat. Disebabkan itulah dia turut mengambil beberapa hari untuk berehat dari melakukan apa-apa senaman bagi merehatkan otot badan.
Salman juga merupakan seorang yang cukup meminati aktiviti berbasikal. Malah banyak laporan mendapati kelibatnya melakukan kayuhan basikal di sekitar lokasi tumpuan. Tempoh kayuhan normal yang biasa dilakukan ialah selama dua hingga tiga jam.
Seperti mana yang kita tahu melakukan senaman sahaja tidak cukup tanpa diet yang baik. Memetik Health Site.com, Salman Khan akan mengambil telur putih dan susu rendah lemak untuk sarapan.
Manakala untuk makan tengahari pula dia biasanya makan lima keping chapati bersama sayur yang dibakar dan juga salad sayuran hijau. Bagi makan malam pula dia memerilih telur putih atau ayam bersama-sama dengan sup sayur.
Salman Khan juga mengamalkan konsep ‘eat clean’ di mana dia kurang mengambil makanan bergula dan diproses. Bukan itu saja, dia juga mengelak mengambil sebarang suplemen protein, steroid dan turut menasihati peminatnya juga.
Antara nasihat yang diberikan Salman Khan ialah lakukanlah senaman dengan tetap dan kerap. Jika mampu carilah ruang untuk dijadikan gym peribadi.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk seleksi update menarik seperti di bawah.
Pernahkah anda melihat individu di gimnasium mahupun sekitar mempunyai tubuh mantap, dada bidang namun kaki yang sedikit kecil? Apabila terlalu taasub dengan bentuk tubuh, kadang kala senaman membentuk kaki dilupakan hingga memperlihatkan ketidakseimbangan badan. Ini di antara latihan beban membentuk kaki terbaik untuk anda.
1.Squats
Gerakan squats ini dikatakan raja pada latihan membentuk kaki. Kamu perlu mencangkung dan berdiri semula dengan meletakkan beban pada bahu. Lakukan dalam 4 hingga 6 set setiap gerakan. Tidak perlu beban keterlaluan kerana ia mungkin mencederakan lutut anda.
2.Lying Leg Curls
Ramai yang mengabaikan latihan hamstrings, pastikan anda berikan tumpuan dan mulakan ia dengan memanaskan badan. Lakukan senaman ini sekurangnya sebanyak 3 set iaitu dengan 8 hingga 15 kali gerakan.
3.Leg Press
Hanya perlu meletakkan badan anda selari di tempat duduk yang tersedia, masukkan beban mengikut kesesuaian dan lakukan gerakan kaki melunjur ke hadapan. Lakukan 3 set gerakan untuk setiap sesi latihan.
Perut Buncit Tak Cool
Obesiti bukan lagi fenomena baru di negara ini, usah segan bila perut mula menerjah ke hadapan. Ada yang mengatakan buncit itu biasa buat lelaki, namun ia perlu dijauhi kerana pelbagai kisah sangsi mungkin terjadi. Patuhi beberapa saranan ringkas ini, buat lelaki yang sentiasa mengimpikan perut cantik dan seksi.
1.Pentingkan kualiti daripada kuantiti
Tidak perlu beria-ia dengan sit up setiap hari, mencukupi hanya 1 hingga 2 sesi dalam seminggu untuk satu latihan. Teknik yang betul dan berkualiti adalah lebih baik.
2.Fokus pada otot tertentu
Harus fokus pada sesuatu bahagian setiap hari, jangan lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi.
3.Pernafasan
Hembuskan nafas pada ‘exertion’ iaitu sewaktu melakukan crunch. Ini membolehkan anda menguruskan otot dengan sebaik mungkin.
Jaga Pemakanan
Penjagaan pemakanan yang seimbang sangat penting buat mereka yang mendambakan perut cantik, elakkan menu berminyak dan garam tinggi. Banyakkan pengambilan air serta diet seimbang.
5.Jangan Lupa Latihan Kardiovaskular
Latihan kardio sangat efektif untuk membakar kalori berlebihan, diet sahaja tidak mencukupi untuk mengejar impian tersebut!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.
Apakah tabiat-tabiat yang tidak elok untuk diamalkan sehingga membuatkan seseorang itu berhadapan dengan masalah kegemukan? Berikut penyebabnya.
TIDUR BUKAN KEUTAMAAN
Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk.
KUALITI TIDUR RENDAH
Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.
MAKAN SEBELUM TIDUR
Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam.
BANGUN LEWAT
Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.
Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru.
SUMBER : DIARI KURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.