Buat anda yang membesar dengan muzik rap pada era awal tahun 2000-an pastinya tidak asing lagi dengan nama 50 Cents. Rapper yang nama aslinya, Curtis James Jackson III dalah seorang rapper, aktor, produser, dan pengusaha asal Amerika Serikat.
50 Cent cukup dikenali ramai hasil album debutnya, ‘Get Rich or Die Tryin” yang dirilis pada tahun 2003. Album ini menghasilkan beberapa hit besar seperti ‘In Da Club’ dan ’21 Questions’.
Selain karier musiknya, 50 Cent juga dikenal sebagai aktor dan produser, terutama untuk serial TV ‘Power’ yang populer. Ia juga terlibat dalam berbagai perniagaan, termasuk minuman dan pelaburan di sektor teknologi dan hiburan.
50 Cent memiliki kisah hidup yang menarik, termasuk masa mudanya yang penuh tantangan di jalanan New York, percobaan pembunuhan yang hampir merenggut nyawanya, dan kemudian kebangkitannya menjadi salah satu artis hip-hop paling sukses di dunia.
Selain itu, 50 Cents merupakan seorang rapper yang dikenali sebagai seorang yang spontan dan juga pemurah. Terbaru, beliau dilaporkan telah membuat kejutan apabila menaja sebuah pasukan bola sepak remaja di Wales.
Memetik laporan Independent, rapper dari Amerika Syarikat tersebut bersetuju menjadi salah satu penaja utama pasukan bola sepak bawah 14 tahun, AFC Rumney.
Pasukan bola sepak remaja yang berpangkalan di Cardiff kini akan menyarung jersi ‘away’ dan baju sukan mereka yang dihiasi dengan jenama G-Unit. Ia merujuk kepada kumpulan hip-hop Amerika Pantai Timur yang termasuk 50 Cent serta Tony Yayo dan Lloyd Banks.
Walaupun Humphrey Ker mungkin merupakan arkitek di sebalik pengambilalihan Wrexham oleh Ryan Reynolds dan Rob McElhenney pada November 2020, namun kredit harus diberikan kepada salah seorang ibu bapa pemain AFC Rumney yang membantu merealisasikan perkara ini.
Laporan berkata, salah seorang bapa kepada pemain pasukan kelab ini merupakan seseorang yang telah bekerja bersama 50 Cent dalam siri jelajahnya yang terbaru. Dia telah berjaya meyakinkan rapper tersebut untuk menaja pasukan bola sepak AFC Rumney.
Pengurus pasukan bola sepak AFC Rumney, Richie Brown berkongsi berita itu di Facebook. “Kami benar-benar berasa terharu bahawa Gadis u14 kami telah ditaja oleh pelakon dan penerbit muzik superstar terkenal di dunia 50 Cent dan G Unit.
“Dia telah memberi sumbangan kepada pemain-pemain kami dengan kit away baharu berkualiti tinggi yang kami nantikan untuk dipakai musim ini. Dia juga sangat bermurah hati dengan menyediakan seluruh pasukan kami dengan pakaian sukan kelab yang serba baharu.
“Terima kasih banyak atas sokongan anda, juga terima kasih yang tidak terhingga kepada John Hall kerana mendapatkan tajaan untuk kami.”
Semoga kisah menarik ini dapat memberikan inspirasi kepada artis-artis dan juga ahli perniagaan yang berjaya untuk memberi sumbangan kepada komuniti sukan dari peringkat akar umbi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.