Buat anda yang membesar dengan muzik rap pada era awal tahun 2000-an pastinya tidak asing lagi dengan nama 50 Cents. Rapper yang nama aslinya, Curtis James Jackson III dalah seorang rapper, aktor, produser, dan pengusaha asal Amerika Serikat.
50 Cent cukup dikenali ramai hasil album debutnya, ‘Get Rich or Die Tryin” yang dirilis pada tahun 2003. Album ini menghasilkan beberapa hit besar seperti ‘In Da Club’ dan ’21 Questions’.
Selain karier musiknya, 50 Cent juga dikenal sebagai aktor dan produser, terutama untuk serial TV ‘Power’ yang populer. Ia juga terlibat dalam berbagai perniagaan, termasuk minuman dan pelaburan di sektor teknologi dan hiburan.
50 Cent memiliki kisah hidup yang menarik, termasuk masa mudanya yang penuh tantangan di jalanan New York, percobaan pembunuhan yang hampir merenggut nyawanya, dan kemudian kebangkitannya menjadi salah satu artis hip-hop paling sukses di dunia.
Selain itu, 50 Cents merupakan seorang rapper yang dikenali sebagai seorang yang spontan dan juga pemurah. Terbaru, beliau dilaporkan telah membuat kejutan apabila menaja sebuah pasukan bola sepak remaja di Wales.
Ads
Memetik laporan Independent, rapper dari Amerika Syarikat tersebut bersetuju menjadi salah satu penaja utama pasukan bola sepak bawah 14 tahun, AFC Rumney.
Pasukan bola sepak remaja yang berpangkalan di Cardiff kini akan menyarung jersi ‘away’ dan baju sukan mereka yang dihiasi dengan jenama G-Unit. Ia merujuk kepada kumpulan hip-hop Amerika Pantai Timur yang termasuk 50 Cent serta Tony Yayo dan Lloyd Banks.
Walaupun Humphrey Ker mungkin merupakan arkitek di sebalik pengambilalihan Wrexham oleh Ryan Reynolds dan Rob McElhenney pada November 2020, namun kredit harus diberikan kepada salah seorang ibu bapa pemain AFC Rumney yang membantu merealisasikan perkara ini.
Ads
Laporan berkata, salah seorang bapa kepada pemain pasukan kelab ini merupakan seseorang yang telah bekerja bersama 50 Cent dalam siri jelajahnya yang terbaru. Dia telah berjaya meyakinkan rapper tersebut untuk menaja pasukan bola sepak AFC Rumney.
Pengurus pasukan bola sepak AFC Rumney, Richie Brown berkongsi berita itu di Facebook. “Kami benar-benar berasa terharu bahawa Gadis u14 kami telah ditaja oleh pelakon dan penerbit muzik superstar terkenal di dunia 50 Cent dan G Unit.
“Dia telah memberi sumbangan kepada pemain-pemain kami dengan kit away baharu berkualiti tinggi yang kami nantikan untuk dipakai musim ini. Dia juga sangat bermurah hati dengan menyediakan seluruh pasukan kami dengan pakaian sukan kelab yang serba baharu.
Ads
“Terima kasih banyak atas sokongan anda, juga terima kasih yang tidak terhingga kepada John Hall kerana mendapatkan tajaan untuk kami.”
Semoga kisah menarik ini dapat memberikan inspirasi kepada artis-artis dan juga ahli perniagaan yang berjaya untuk memberi sumbangan kepada komuniti sukan dari peringkat akar umbi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sememangnya Masjid merupakan rumah bagi mereka yang beragama Islam. Negara Malaysia merupakan negara yang majmuk dengan kepelbagaian bangsa dan agama, dan rata-rata dari rakyat Malaysia amat menitikberatkan keharmonian negara tercinta ini. Jika anda saksikan klip video ini, jelas menunjukkan dua orang perempuan sedang menari di atas tembok yang berlatar belakangkan masjid Kota Kinabalu. Persoalannya, tarian kpop ke tu?
Dipercayai tarian di dalam klip video ini, tarian yang dilakukan oleh dua individu ini adalah tarian kpop. Memang menjadi kewajipan peminat-peminat kpop yang ‘gila’ dengan artis kegemaran mereka dengan meniru tarian mereka dengan melakukan cover magi menzahirkan rasa cinta mereka terhadap kpop. Mereka juga akan mengambil peluang untuk menggunakan latar belakang yang menarik bagi mencantikkan video cover mereka itu nanti.
Contoh Tarian Public Challenge Kpop.
Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) yang telah melaporkan inseden terbabit mahu pihak berwajib ambil langkah sewajarnya terhadap insiden dua pelancong asing yang membuat tarian seksi atas pagar perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas. Gelagat yang sempat dirakam penduduk setempat itu turut tular dan ramai pihak mahu tindakan segera diambil bagi elak ia berulang.
Apa komen anda mengenai isu ini?
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hal paling utama dalam usaha untuk menurunkan berat badan adalah anda harus membakar kalori jauh lebih banyak daripada kalori yang masuk ketika anda makan. Kejayaan anda dalam melakukan diet menurunkan berat badan adalah bergantung kepada rutin yang konsisten dari anda. Jangan sampai anda menyerah kalah di tengah jalan. Yang pasti perlu untuk tekad dan keinginan yang jitu untuk merubah bentuk tubuh anda yang berisi menjadi bentuk tubuh yang ideal.
Bagaimana tips cara paling berkesan untuk mengurangkan berat badan? Jom lihat ulasan lengkap dari kami :
1) Sarapan Lebih Awal
Sarapan lebih awal pada waktu pagi akan membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Misalnya jika anda bermula untuk sarapan setiap jam 7 pagi, maka anda mampu untuk mengawalkan waktu sarapan menjadi seawal jam 6 pagi.
2) Minumlah Sebelum Makan
Apabila kita minum segelas air sebelum kita mulakan makan, maka perut kita akan berasa seolah-olah lebih kenyang sehingga secara automatik bahagian makan anda akan turut berkurang (tidak terlalu banyak) dan jika dilakukan secara rutin maka berkesan untuk menurunkan berat badan kita.
3) Gunakan Piring Berukuran Kecil
Anda boleh mengurangkan bahagian makanan anda dengan selalu menggunakan piring yang berukuran kecil sehingga makanan yang masuk ke tubuh anda tidak menjadi terlalu banyak. Cara ini telah terbukti cukup efektif dalam menurunkan berat badan anda.
4) Jangan Malas Bergerak
Anda haruslah juga bergerak sebanyak mungkin. Jangan hanya berbaring dan melepak di rumah. Kerap melakukan aktiviti yang menggerakkan tubuh pada setiap hari. Anda juga boleh mencuba untuk kerap naik turun tangga atau berjalan di sekeliling kawasan perumahan anda.
5) Paparan Sinar Matahari
Berdasarkan penelitian, sering berada di luar rumah dan terdedah kepada sinar matahari, akan mampu meningkatkan metabolisme pada tubuh sehingga tubuh sanggup untuk membakar lebih banyak kalori. Hal ini juga mampu membantu dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebelum mempertimbangkan minat untuk mengikut jejak langkah dalam bidang hiburan, Datuk Awie mahu semua anaknya menumpukan terhadap pelajaran terlebih dahulu.
Memetik laporan Harian Metro, Awie mengakui anak lelakinya Putra Ahmad Merrah, 17, mempunyai minat ke arah muzik, namun dia tidak pernah menggalakkan atau memaksa kerana mahu anaknya mendahulukan pelajaran.
“Saya tak pernah galakkan, tapi kalau dia berminat itu hak dia sebenarnya. Apa yang saya suruh adalah belajar dulu.
“Insya-Allah, kalau dah okey semua daripada segi akademik, maka dia boleh menyambung dengan apa saja yang dia minat.
“Itu yang pertama. Tapi kalau nak paksa atau suruh anak ikut jejak langkah saya dalam bidang seni, tidak sama sekali. Malah, saya pernah bercakap dengan Merrah supaya jangan jadi penyanyi sebaliknya berada di belakang tabir,” katanya.
Lebih Suka Anak Jadi Pembikin Berbanding Penggiat
Sebagai anak seni, Awie memberitahu dia lebih gemar melihat anaknya menjadi seorang pembikin berbanding penggiat.
“Jadi seorang pembikin dan bukan sebagai seorang penggiat. Hanya Merrah saja yang saya lihat minat menyanyi. Kakak-kakaknya mengambil kursus ‘Event Management’ dan ‘Creative Visual’.
“Saya sendiri berada dalam bidang ini, jadi saya lebih suka mereka menjadi pembikin daripada penggiat. Apatah lagi jika tiada akademik, jadi bahan ketawa orang saja,” katanya.
Menerusi perkahwinan pertama Awie dengan bekas isteri juga penyanyi, Arni Nazira, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, kini menuntut di universiti.
Awie kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun bercerai pada 1 November 2014. Mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Puteri Qasseh Antasha, 14.