Ransang Otak Jadi Bijak, Ini 5 Aktiviti Yang Boleh Dijadikan Hobi Bermanfaat

Share

Apabila kita bercerita tentang bagaimana hendak menjadi bijak, pasti ada yang berkata pergilah belajar di sekolah, kolej atau mana-mana institut pendidikan tinggi. Tapi kalau anda dah berumur, takkanlah nak masuk belajar dengan orang-orang muda yang lain, mestilah segan kan?

Jangan risau, nak jadi bijak tak semestinya anda perlu masuk semula ke institusi pendidikan. Kami kongsikan dengan anda apa yang boleh anda buat untuk jadi bijak dengan cara menggunakan hobi anda. Sila baca 5 hobi yang membantu anda menjadi bijak ini dengan teliti ya.

1. Bermain Alat Muzik

Tahukah anda bahawa bermain alat muzik ini boleh membantu anda menjadi bijak? Tidak kiralah anda bermain peralatan apa, sama ada gitar, piano, drum dan lain-lain lagi, ia membantu meningkatkan keupayaan kognitif anda, menguatkan memori, keupayaan membaca dan juga meningkatkan keupayaan otak anda untuk memproses sesuatu maklumat.

2. Membaca Jambatan Ilmu

Sesuai dengan kata pepatah ‘Membaca Jambatan Ilmu’, membaca sememangnya boleh membantu anda menjadi bijak. Dengan membaca ia akan meningkatkan bilangan perbendaharaan kata anda, kemahiran menulis dan juga pengetauan am. Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa dengan membaca dapat meningkatkan rasa empati, mengurangkan tekanan dan meningkatkan keupayaan kita untuk mengingat.

3. Menulis Dengan Tangan

Pada zaman serba canggih ini, ramai orang memilih untuk menulis menggunakan gajet-gajet seperti laptop ataupun tablet. Tetapi, apa kata kali ini jalankan hobi menulis anda dengan menggunakan tangan. Menurut kajian, menulis menggunakan pen ataupun pensel dapat meningkatkan keupayaan otak apabila anda perlu fokus pada maklumat visual dan juga kemahiran bermotor (motor skills) anda.

4. Bermain game

Sama ada anda bermain video game ataupun game yang lain seperti puzzle game dan board game, ia dapat meningkatkan aktiviti neuroplasticity di dalam otak anda di mana ia berkaitan dengan fungsi fokus dan sensorimotor anda. Selain itu, ia juga dapat meningkatan keupayaan mengingat dan juga menyebabkan mood anda berada dalam keadaan baik.

5. Bersukan

Bagi anda yang mempunyai hobi bersukan, anda sebenarnya sedang berada di laluan yang betul untuk menjadikan anda lebih bijak. Bersukan membantu meningkatkan pembangunan neuron dan mengaktifkan pengaliran darah ke otak yang merangsang otak untuk bertindak dengan lebih baik.

Adakah hobi anda adalah salah satu daripada 5 hobi yang membantu anda menjadi bijak ini? Jika ada, maka tahniah! Anda sedang berada pada landasan yang betul untuk menjadi lebih bijak. Jangan lupa kongsikan perkara ini dengan kawan-kawan anda agar lebih ramai orang di sekeliling anda menjadi bijak.

Published by
Ruziana Zainal