Ranking Superbike Paling Laju Di Dunia Tahun Lalu

Share

Dalam dunia permotoran tidak dapat dinafikan faktor kelajuan merupakan antara yang paling penting khususnya di kalangan penggemarnya.

Membangkitkan adrenalin tertinggi kelajuan motosikal kini berada di tahap yang cukup luar biasa. Jadi tifdak hairanlah mengapa pengeluar motosikal berkuasa tinggi begitu menekankan aspek kelajuan maksima yang boleh dicapai oleh jentera mereka.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi Top 10 motosikal yang mempunyai kelajuan maksima di dunia. Tapi sebelum itu pesanan khas dari kami untuk anda penunggang motosikal berkuasa besar, patuhilah had laju jalan raya ya. Tunggang dengan selamat bukan hanya untuk ada tapi untuk keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.

10. MV Agusta F4 1000R


Kelajuan maksimum: 291km/j

Dengan enjin 998 CC empat lejang dan 16-valve, motosikal ini turut mampu menjana kuasa 195 hp dan 110.8 Nm torque maksimum!

9. Yamaha YZF-R1
Kelajuan maksimum: 299 km/j

Jentera yang mampu memberikan anda ‘feel’ MotoGP. Motosikal dari Yamaha ini mampu memeceut dari 0-100 km/j dalam masa kira-kira 2.6 saat sahaja.

8. Kawasaki Ninja ZX-14R
Kelajuan maksimum: 299.34 km/j

Jenama Kawasaki memang cukup terkenal sejak dari dulu sebagai pengeluar motosikal berkuasa besar yang laju. Kawasaki Ninja ZX-14R dikuasakan enjin 1441 cc empat lejang liquid-cooled.

7. MV Agusta F4 RC
Kelajuan maksimum: 302 km/j

Versi MV Agusta ini diberi label jentera ‘legal’ di atas jalan raya dengan enjin empat lejangnya yang mengeluarkan 212 hp dan 115Nm maksimum torque.

6. BMW S1000RR
Kelajuan maksimum: 302.56 km/j

BMW sering diangkat sebagai pengeluar automotif yang menekankan prestasi terbaik. Itulah yang dipterjemahkan mereka menerusi motiskal BMW S1000RR. Ia sehingga kini menjadi motosikal terpantas pernah dihasilkan BMW.

5. Honda CBR1100XX Super Blackbird
Kelajuan maksimum: 305.77 km/j

Honda CBR1100XX Super Blackbird dilengkapi enjin empat lejang liquid-cooled inline 1137 cc yang mengeluarkan kuasa 152 hp. Ia kini menjadi motosikal terpantas pernah dihasilkan oleh Honda.

4. Suzuki Hayabusa
Kelajuan maksimum: 311.90 km/j

Dinamakan sempena burung terpantas di dunia iaitu Peregrine Falcon, ia merupakan jentera yang masih menduduki carta teratas motosikal paling laju dihasilkan Suzuki. Motosikal ini turut dilengkapi Speed Control System yang membantu memstabilkan enjin dalam kondisi berbeza.

3. MTT Y2K Turbine Superbike
Kelajuan maksimum: 365 km/j

Motosikal ini diangkat sebagai antara motosikal produksi paling berkuasa pernah dihasilkan. Walaupun ia tidak dikeluar secara besar-besaran namun MTT Y2K Turbine Superbike dihasilkan mengikut spesifikasi permintaan pelanggan Lebih menarik ia menggunakan enjin Rolls-Royce 250-C18 turboshaft.

2. Kawasaki Ninja H2R
Kelajuan maksimum: 400 km/j

Ninja H2R

Tidak sah rasanya jika jenama Kawasaki tidak menghiasi carta tertinggi untuk kategori ini. Kawasaki Ninja H2R mempunyai kelajuan yang di luar batas pemikiran dengan kuasa 310 hp terhasil dari enjin empat lejang 998cc DOHC. Malah ia mampu memecut hingga ke 100km/j dalam tempoh 2.5 saat sahaja.

1. Dodge Tomahawk
Kelajuan maksimum: 563.27 km/j

Sekali imbas motosikal dengan rekaan unik ini bagaikan jebtera dari filem futuristik atau aksi seperti ‘Terminator’. Ia dilengkapi enjin Dodge Viper V-10 SRT 10 8.3 liter. Dengan enjin hebat itu ia mampu menjana kuasa sehingga 500hp.Hanya sembilan unit Dodge Tomahawk sahaja pernah dihasilkan di antara tahun 2003 hingga 2006.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim