Perkara paling ditakuti oleh setiap lelaki ialah apabila rambut yang merupakan mahkota mereka mengalami masalah seperti kelemumur dan sedikit demi sedikit mengalami keguguran yang akhirnya menyebabkan kebotakan. Hal ini akan menyebabkan lelaki merasa rendah diri. Tambahan pula, lambakan shampoo dan perawatan rambut tidak semestinya berkesan dan yang pasti kosnya akan ‘mencekik’ kamu. Jadi apa kata kita mencuba cara altenatif ini di rumah.
Murah, mudah dan berkesan okay.!
Tetapi, bagaimana caranya?
Air garam ada kandungan yang berfungsi melicinkan rambut kita juga dapat menolong menjaga kulit kepala hingga mampu kurangkan keguguran rambut. Sesudah bersihkan rambut dengan syampu, sukat sebanyak 100-150 gm garam yang digaul rata dengan air serta rendam rambut kedalam air garam sepanjang 3 – 5 minit.
Urut lembut kepala supaya liang-liang rambut boleh menyerap kandungan garam dengan cara yang sempurna. Bersihkan rambut anda dengan air bersih selepas itu serta ulangilah 2 kali dalam 1 minggu. Hasilnya akan kelihatan selepas 1 bulan kemudian.
Ads
Kelebihan Membersihkan Rambut Dengan Air Garam:
1. Menyingkirkan Kelemumur
Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor
Ads
2. Rambut Kelihatan Lebih Segar
Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.
3. Mengawal Minyak Berlebihan
Ads
Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.
4. Mengelak Keguguran
Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.
Kesimpulannya: Membersihkan rambut dengan air garam banyak faedahnya, jadi janganlah lupa cuci sekurang-kurangnya 1 minggu sekali mengggunakan air garam.
SUMBER: bulletinmedia.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila sampai je musim tengkujuh, bukan panas dan sejuk saja tak menentu, suhu badan anda pun tak menentu. Ramai yang terpaksa menanggung akibat demam dan selsema pada musim ini. Tak perlu tunggu musim tengkujuh pun, kalau dah seseorang itu terkena serangan selesema dan demam, pasti banyak pekerjaan anda yang tergendala kan? Andai kata hari ini anda selesema dan tidak sedap badan, sambil-sambil anda scroll telefon anda tu, apa kata anda cuba 7 makanan ini untuk cepat baik dari selesema.
Bawang putih
Bawang putih bukan saja boleh merawat kulit, atau menghalau hantu (gurau), malah ia merupakan sumber makanan alami yang melawan selesema. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen bawang putih mengalami selesema yang lebih rendah secara keseluruhan dan kurang parah jika mereka terkena serangan. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang merangsang sistem kekebalan tubuh. Jadi, masak makanan yang melibatkan bawang putih dengan banyak. Nak makan terus macam tak lalu pulak kan.
Ikan
Asid lemak omega-3 adalah campuran yang membantu dalam pengurangan keradangan (yang menghalang sistem imun anda). Salmon dan Tuna yang dimuatkan dengan kompaun super ini boleh membantu anda ketika anda dalam kesejukkan. Mereka bekerja untuk membebaskan sistem imun anda untuk menjalankan tugasnya.
Sup Ayam
Dalam keadaan hidung tak selesa ni, sedap kalau dapat makanan panas-panas. Asid Amino yang terdapat dalam ayam sebenarnya membantu memecahkan lendir dalam paru-paru anda dan dapat membuka ruang pada hidung anda yang tersumbat tu. Air rebusan ayam tersebut membuat anda terhidrat dan melegakan sakit tekak juga. Sup ini mempunyai elemen anti-radang juga membantu mengurangkan kesak nafas.
Lada cilil
Lada cili tidak boleh menghentikan selesema serta merta, tapi ia dapat membersihkan saluran hidung anda dan membuat anda berasa lebih baik dalam masa yang sama. Lada cili mengandungi capsaicin, yang berfungsi dengan merangsang dan kemudian menurunkan intensiti isyarat sakit di dalam badan.
Air kelapa
Air kelapa yang datangnya terus daripada buah kelapa itu sendiri, bukan yang telah diproses atau dijadikan Coconut shake! Khasiat air kelapa ini banyak sebenarnya, ia mampu untuk menjaga hidrat tubuh anda semasa sakit. Air kelapa mengandungi kedua-dua glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk membuat anda terhidrasi.
Halia
Ini senang. Anda hanya perlu ambil 1 uncang teh dan beberapa hirisan halia ini membantu anda untuk merawat mual dan sakit. Akar halia tersebut mengandungi unsur anti radang membantu melegakan sakit tekak dan membunuh virus yang menyebabkan selesema.
Ais Krim
Ini kalau selesema hari-hari pun tak kesah kan. Ais krim sebenarnya makanan yang paling efektif untuk anda yang sedang bertarung dengan hidung dan tekak. Ais membantu untuk membuat anda terhidrasi dan mengurangkan kesesakan. Ia adalah pilihan yang terbaik antara makanan kerana ia menenagkan kerongkong anda dari bengkak. Kalau boleh jangan beli ais krim diluar kerana kemanisan melampau. Anda boleh buat sendiri dengan membuat air buah dan bekukan ia. Jangan dan habis selesema, penyakit lain pula datang kalau anda makan ais krim bukan-bukan di luar sana.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sangat kondusif, rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti teruja dengan stail dekorasi yang disampaikan. Memilih warna merah garang sebagai warna utama, gimnasium yang terletak di Uptown Danau Kota ini juga nampak gah dengan hasilan kreatif dari lakaran grafiti benar-benar menghidupkan mood untuk terus beraksi lasak di sini. Lengkap dengan sejumlah alatan senaman berkualiti yang diimport dari luar negara, Brootherhood Gym ini layak dilabel sebagai pusat sehenti kecergasan terbaik yang wajib anda kunjungi sendiri. Di sini juga turut empunyai fasiliti seperti sauna, surau serta menjual serbuk minuman protein yang memudahkan lagi urusan pengunjung.
“Faktor gaya hidup yang berubah menyebabkan ramai orang menjadikan aktiviti bersenam di gimnasium sebagai keperluan untuk mengekalkan kesihatan di samping untuk menjaga penampilan. Tujuan setiap individu datang ke gimnasium juga berbeza-beza. Dahulu, golongan lelaki lebih ramai ke gimnasium untuk melakukan senaman latihan beban (weight training), kini mereka lebih menumpukan untuk kekal aktif dan menguruskan badan.”
“Sambutan yang diterima setakat tiga bulan kami beroperasi ini amat menggalakkan kerana gimnasium adalah lokasi terbaik dan selamat untuk melakukan senaman. Ruangannya lebih selesa dan tertutup di samping menyediakan perkhidmatan menyeluruh serta waktu operasi yang panjang. Kebanyakan pengunjung gimnasium saya adalah mereka yang aktif dalam dunia sukan bina badan, di sini kami mempunyai jurulatih terlatih dalam bidang tersebut.”
“Kami juga menawarkan khidmat latihan senaman yang efektif, ruang suasana yang selesa, ada langkah-langkah keselamatan barang-barang pengguna dan semua pengunjung. Kini gimnasium ini hanya akan dibuka kepada ahli yang berdaftar sahaja, kerana kami mahukan pengguna kami merasai rasa eksklusif dan dihargai apabila sertai kami di Brotherhood Gym,”jelas pemiliknya Sir Azri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun kurus, anda pasti berdepan dengan penyakit double chin berleluasa kan? Tak kan nak potong rahang untuk mendapatkan jawline yang cantik? Berdosa tau. Tak perlu buat banyak-banyak senaman untuk buang double chin anda tu. Ini langkah-langkah mudah untuk anda amalkan apabila bangun dan sebelum tidur setiap hari.
Urut
Teknik urut ini sangat membantu untuk anda hilangkan double chin anda. Hanya perlu urut menggunakan jari-jari di bahagian rahang anda sambil mendongak. Urut bahagian ini dengan mengunakan minyak atau losyen supaya permukaan licin. Lakukan rutin ini sebanyak 15 kali pagi dan malam.
Cium Syiling
Dongakkan kepala anda dan muncungkan bibir anda selama 5 saat. Buat rutin ini sebanyak 15 kali pagi dan malam
Kunyah gula-gula getah
Anda akan banyak menggunakan otot-otot dibahagian leher ketika ini. Anda boleh lakukan senaman ini ketika sedang berkerja ataupun ketika memandu.
Air masak
Air masak sebenarnya sangat membantu, pastikan urin anda putih setiap hari. Itu bermakna kandungan air dalam badan anda sudah cukup.
Bina badan
Tahukah anda, apabila anda mula bina badan, otot-otot dibahagian lain akan menarik lebihan lemak dari leher? Sebab itu, lelaki-lelaki yang bina badan akan mempunyai jawline yang sangat mengancam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.