MAIN

Setiap pemain bola sepak kebiasaannya mempunyai cara tersendiri untuk menyerlahkan personaliti mereka di atas padang.

Selain menggayakan but berwarna-warni serta pelbagai corak, gaya rambut juga memainkan peranan sangat penting.

Bagi pemain berambut panjang sudah kebiasaan mereka akan menggayakan headband bagi memastikan permainan mereka lancar dan tidak terganggu.

Namun berbeza dengan pemain superstar terkenal, Ronaldo yang mengenakan headband ketika pasukannya menewaskan Atletico Madrid 1-0 pada perlawanan UEFA Champions League.

IKLAN

Rambut Pendek Tapi Pakai Headband, Peminat Pelik Dengan Gaya Terbaru Ronaldo
Rambut Pendek Tapi Pakai Headband, Peminat Pelik Dengan Gaya Terbaru Ronaldo

BACA: 5 Ritual Pelik Ronaldo Lakukan Sebelum Perlawanan

IKLAN

Apa yang menjadi tanda tanya peminat adalah Rolando menggayakan headband tersebut walaupun dia berambut pendek.

Jadi ia semacam tidak membawa apa-apa fungsi kerana pemain berambut panjang memakainya bagi mengelakkan rambut menggangu penglihatan mereka.

IKLAN

Sejujurnya ia sedikit pelik. Malah ramai pengguna laman media sosial tertanya-tanya apakah sebab di sebalik pemakaian headband tersebut bagi Ronaldo.

Rambut Pendek Tapi Pakai Headband, Peminat Pelik Dengan Gaya Terbaru RonaldoMungkin ini adalah gaya terbaru dari pemain berusia 34 tahun ini. Atau mungkin dia sudah menunjukkan simptom sindrom pertengahan umur?

Siapa tahu gaya ini mungkin akan jadi ikutan pemian muda yang lain.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI