Rambut Mula Gugur? Amalkan 5 Petua Ini Untuk Elak Kepala Botak

Orang kepala botak pasti merasakan ini merupakan satu kondisi yang cukup mencabar apabila tinggal di negara bercuaca tropika.

Apa tidaknya, mereka tidak mempunyai sebarang perlindungan pada rambut dan cahaya matahari akan terus terkena kulit kepala. Jika memakai topi pula, ia pasti rasa tidak selesa dengan peluh yang mengalir.

Sebuah kaji selidik yang dijalankan terhadap responden wanita mendapati tiga daripada lima orang mengatakan lelaki yang mengalami rambut gugur merupakan antara faktor mereka hilang minat atau ada perasaan terhadap seseorang lelaki.

Tapi anda jangan keliru, botak dengan pilihan sendiri dan botak akibat masalah rambut adalah dua perkara yang berbeza.

Kondisi lelaki dengan rambut botak tengah merupakan dilema besar buat lelaki zaman sekarang. Bahkan lelaki di usia muda juga tidak terlepas daripada masalah ini, ya!

Kini, ada pelbagai jenis rawatan moden untuk mengurangkan keguguran rambut lelaki. Jadi MASKULIN kongsikan petua untuk anda mengatasi masalah rambut gugur dengan bahan berasaskan semula jadi.

Ads

Artikel berkaitan: Masalah-masalah Rambut Lelaki Yang Jika Tak Dirawat, Buat Anda Hilang Keyakinan Diri

Artikel berkaitan: Dulu Rambut Gugur & Kelemumur, Lepas Pakai Produk Ini Rambut Makin Lebat

#1: Kacang Hijau

Rambut Mula Gugur? Amalkan 5 Petua Ini Untuk Elak Kepala Botak

Ads

Ambil kacang hijau dan rendam selama satu malam. Kemudian, tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau itu ke kulit kepala. Sambil itu picit kulit kepala anda dengan perlahan-lahan. Ini merupakan cara biasa yang pernah diamalkan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut.

#2: Daun Pandan

Rambut Mula Gugur? Amalkan 5 Petua Ini Untuk Elak Kepala Botak

Ambil daun pandan dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, daun pandan tadi dicampurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil sedikit santan dan campurkan dengan daun pandan yang ditumbuk tadi, kacau sehingga rata. Biarkan selama setengah hari, selepas itu sapukan pada rambut. Biarkan selama 45 minit, kemudian bilas dengan air. Anda boleh mengamalkan seberapa kerap yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Ads

#3: Minyak Kelapa

Rambut Mula Gugur? Amalkan 5 Petua Ini Untuk Elak Kepala Botak

Lebatkan rambut dengan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman sebelum anda membilasnya dengan air bersih. Tapi anda mungkin berasa sedikit tidak selesa dan janggal kerana bau minyak kelapa yang agak kuat. Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

#4: Vitamin Semula Jadi

Rambut Mula Gugur? Amalkan 5 Petua Ini Untuk Elak Kepala Botak

Benda yang anda makan juga memainkan peranan penting dalam melebatkan rambut dengan lebih berkesan sekali gus mengatasi kepala botak. Ambil banyak makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Perbanyakan mengambil makanan yang berasaskan sayuran hijau dan buah-buahan kerana ia mengandungi nutrisi yang membantu untuk menguatkan akar rambut. Selain itu, ia juga menjadikan rambut anda lebih menarik dan lebat.

Subscribe dan tonton video fitness di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI