Rambut berbau sememangnya menjadi satu masalah kepada kaum lelaki yang sibuk bekerja, kurang menjaga kerapian rambut. Kita bukan sahaja nak kulit wajah yang nak dijaga rapi dan ditatang bagai minyak yang penuh, rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Lelaki yang mudah berpeluh berpeluang untuk mendapat masalah rambut berbau, sekali gus mengurangkan keyakinan pada diri kamu.
Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.
Ads
1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.
Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar.
2# Sikat dan sisir rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik.
Ads
3# Guna air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaa air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.
4# Minum banyak air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh.
Ads
5# Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau.
6# Cuci rambut setiap hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria.
7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. jadi elakkan stres yang keterlaluan.
8# Yoga atau meditasi
bagi sedikit ruang kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stress dan tekanan terutama mereka yang berkerjaya. Anda boleh melakukan yoga atau meditasi.
Selamat mencuba!
sumber: akmalrusyd.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk menghilangkan jerawat, anda tidak memerlukan bahan kimia yang kuat. Soda penaik melakukan kerja dengan mudah. Ciri antiseptik dan antiradang bahan ruji dapur ini membantu merawat penyebab serta mengurangkan gejala jerawat dan masalah lain. Di samping itu, ia membantu mengimbangi pH kulit yang membantu mengurangkan masalah kulit.
Caranya, campurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit air untuk membuat pes. Sapukan pada kulit yang terjejas selama satu hingga dua minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Ulang sekali setiap hari selama dua atau tiga hari, kemudian kurangkan kekerapan hingga satu atau dua kali seminggu.
2. Memutihkan gigi kuning
Soda penaik sangat baik untuk menjadikan gigi anda bersinar. Ia berfungsi sebagai pelelas ringan untuk menghilangkan noda kuning dari gigi di samping membantu mengeluarkan plak dengan meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria.
Anda boleh meletakkan sedikit soda penaik pada berus gigi bersama ubat gigi biasa anda. Berus gigi seperti biasa selama dua minit. Lakukan sekali sehari selama beberapa hari.
Sebagai alternatif, sediakan pemutih gigi buatan sendiri dengan empat sudu serbuk akar kunyit, dua sudu soda penaik dan tiga sudu minyak kelapa dara. Campurkan semua bahan dengan teliti. Gunakan pes ini untuk memberus gigi anda sekali sehari selama beberapa hari.
Elakkan daripada menggunakan soda penaik berlebihan kerana ia boleh mengikis enamel gigi semula jadi anda.
3. Meredakan kesan selaran matahari
Oleh kerana sifat alkalinya, soda penaik mempunyai kesan menenangkan pada kulit yang terbakar akibat selaran matahari, membantu melegakan gatal dan sensasi terbakar. Ia juga mempunyai ciri antiseptik ringan dan pengeringan yang membantu mengeringkan lepuh selaran matahari dengan cepat.
Campurkan satu hingga dua sudu soda penaik dalam secawan air sejuk. Rendam tuala kecil yang bersih dalam larutan ini, perah tuala dan tekapkan pada kawasan terjejas selama lima hingga 10 minit. Ulang dua atau tiga kali sehari sehingga anda mendapat kelegaan.
Sebagai alternatif, tambahkan setengah cawan soda penaik dalam tab mandi yang penuh dengan air. Kacau rata dan berendam dalam air ini selama 10 hingga 15 minit. Selepas keluar dari tab mandi, tekap kering atau biarkan badan anda kering sendiri. Lakukan ini sekali sehari selama beberapa hari.
4. Memperbaiki ton kulit
Warna kulit tidak sekata adalah masalah utama bagi ramai orang. Jika menginginkan warna kulit lebih cerah dan sekata, soda penaik adalah penyelesaian yang mudah dan murah.
Ia adalah agen pengelupasan yang baik membantu menghilangkan sel mati, menyeimbangkan paras pH kulit yang sangat penting untuk menjaga kulit sekata dan bersih.
Campur satu hingga dua sudu teh soda penaik dengan air atau air mawar untuk dijadikan pes sebelum dioles pada wajah. Biarkan seminit dan gosok perlahan dengan hujung jari. Cuci dengan air suam. Lakukan sekali atau dua kali seminggu saja selain pastikan lembapkan kulit selepas menggunakan soda penaik.
Sebagai alternatif, campurkan satu sudu soda penaik dan jus lemon bersama empat ke lima titis minyak zaitun. Tekapkan campuran ini pada wajah dan biarkan selama lima minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Ulang dua atau tiga kali seminggu.
5. Menghilangkan kelemumur
Kelemumur sukar dihilangkan, terutama ketika musim sejuk, tetapi ia tidak mustahil. Pelajari kaedah penjagaan rambut yang betul dan tetap, anda boleh menghapuskan kelemumur dengan mudah.
Soda penaik boleh membantu menghilangkan serpihan putih yang mengganggu kulit kepala dan rambut anda. Ia membersihkan kulit kepala dan membantu membuang serpihan.
Oleh kerana soda penaik bersifat alkali, ia membantu membawa keseimbangan pH kulit kepala ke keseimbangan yang sihat. Gosokkan satu sudu soda penaik pada rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika, kemudian bilas bersih dengan air. Lakukan ini seminggu sekali sahaja.
Sebagai alternatif, campurkan jus segar sebiji lemon dengan satu sudu teh soda penaik.
Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama dua hingga tiga minit dan kemudian bilas rambut hingga bersih.. Lakukan perawatan ini seminggu sekali untuk mengekalkan kulit kepala bebas daripada kelemumur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19 berskala global banyak pihak tampil ke depan memberikan pelbagai ciptaan dan inovasi dengan tujuan membantu pihak kerajaan dan juga orang ramai.
Di antara alat yang diperhatikan semakin diketengahkan ialah terowong nyah cemar atau penggunaan semburan nyah cemar yang dikatakan mampu mencegah penularan COVID-19.
Niat murni yang datang daripada pelbagai insitusi atau pertubuhan yang memperkenalkan alat ini cukup difahami. Ia tidak lain dan tidak bukan untuk membantu orang ramai.
Namun sebenarnya menggunakan penyembur nyah cemar ke atas manusia adalah tidak disarankan. Perkara ini dimaklumkan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jemilah Mahmood.
Pemakluman mengenai perkara ini turut diutarakan oleh beliau menerusi satu ciapan di Twitter kendaliannya.
Jelasnya, penggunaan penyembur nyah cemar terhadap orang ramai juga tidak disarankan oleh World Health Organization (WHO) seperti yang termaktub dalam garis panduan pengendalian COVID-19.
“Pertama sekali ia seharusnya tidak membahayakan. Penggunaan cara ini tidak disarankan dan bertentangan dengan garis panduan ditetapkan WHO. Hentikan sebelum ia memberi kesan buruk kepada orang ramai”.
Beliau yang juga merupakan Pengasas Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) melakukan hantaran di Twitter membalas laporan oleh sebuah portal berita tempatan yang melaporkan sebuah universiti tempatan menghasilkan peralaran nyah cemar dengan sistem semburan ke atas badan.
Penggunaan semburan seluruh badan tidak digalakkan kerana penggunaan klorin atau alkohol tidak akan dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan.
Malah bahan tersebut juga boleh membahayakan anggota badan seperti mata dan mulut. Oleh itu lebih baik kita terus mengamalkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitizer serta menjaga penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kekangan masa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kamu sering lupa sehingga melakukan perkara yang membahayakan kesihatan terutamanya selepas kamu makan. Ini antara perkara yang boleh kamu elakkan selepas makan.
1. Mandi
Apabila kamu mandi, suhu badan akan meningkat dan tubuh akan menghantar darah lebih sedikit daripada biasa kepada kulit. Keadaan ini boleh mengganggu sistem pencernaan dan metabolisme. Waktu terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
2. Tidur
Tidur dengan perut yang penuh tidak elok kerana ia akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa dan asid yang tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko strok. Sebaiknya, tidur dua jam selepas makan.
3. Bersenam
Seeloknya kamu tidak perlu bersenam selepas makan kerana ia akan membawa keadaan yang tidak selesa seperti tersedu dan loya. Lebih serius lagi, ia akan meningkatkan risiko trauma dan sawan. Jika kamu sudah gian sangat untuk bersenam, dua jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
4. Merokok
Hampir semua sistem di dalam badan digunakan sewaktu proses pencernaan aktif. Jika kamu merokok, nikotin akan diserap yang memberi kesan berbahaya. Tembakau jika akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral termasuk kalsium dan vitamin C dan D. Lebih baik jika kamu langsung tidak merokok tetapi jika kamu masih ingin merokok, sebaiknya 20 minit selepas makan.
5. Minum teh
Sesetengah individu akan minum teh selepas makan. Namun, minuman ini sebenarnya akan mengganggu penyerapan iron dan mineral yang mempunyai peranan penting dalam badan manusia. Oleh itu, kanak-kanak, wanita mengandung dan individu yang mempunyai masalah kekurangan iron tidak digalakkan minum teh dalam masa satu jam selepas makan. Lebih baik kamu minum kopi atau ambil sahaja segelas air putih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.