Apa yang anda tahu tentang klip dan fungsi cermin padang belakang (rear mirror) yang ada dalam kenderaan anda?

Kalau waktu siang, mesti anda selalu laras ikut kedudukan mata untuk lihat di belakang ada kenderaan atau tidak.

Tetapi pada waktu malam? Haa.. yang ini ramai tak tahu tentang fungsinya yang sangat bermanfaat untuk pemandu.

Lagi pun, pernah tak anda perasan ada satu suis kecil di tengah-tengah cermin pandang belakang ini dekat bahagian bawah?

IKLAN

Kurangkan silau

Ramai Yang Tak Tahu Fungsi Klip Pada Rear Mirror, Antaranya Kurangkan Silau!

Sebenarnya suis berkenaan berfungsi untuk kurangkan silau cahaya dari kenderaan arah belakang.

Tidak kiralah sama ada pencahayaan yang datang itu suluh rendah (low-beam), suluh tinggi (high-beam), lampu kabus dan limpah.

IKLAN

Bagaimana cara guna?

Ramai Yang Tak Tahu Fungsi Klip Pada Rear Mirror, Antaranya Kurangkan Silau!

Pada waktu normal, suis cermin pandang belakang itu haruslah berada pada posisi ditolak ke belakang biar selaras dengan penglihatan anda.

IKLAN

Jika memandu malam, anda perlu menarik suis berkenaan ke hadapan agar permukaan cermin dapat dihalakan sedikit ke siling bumbung kereta.

Jadi selepas ini tak adalah anda nak silau-silau lagi sewaktu memandu akibat terkesan dengan cahaya dari kereta belakang!

Ramai Yang Tak Tahu Fungsi Klip Pada Rear Mirror, Antaranya Kurangkan Silau!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI